Monday, March 6, 2017

Biskut Coklat Chip Yang Ranggup

Lama rasanya tak update resepi masakan kat sini. hehe
so harini nak update pasal Resepi Biskut Coklat Chip Yang Ranguupppp!
Kalau nak tahu, sebelum ni pernah cuba nak buat biskut coklat chip tapi tak menjadiii sebab terlalu banyak resepi kat internet sampai keliru mana satu yang menjadi bila buat.hehe

Tapi hari ni, alhamdulillah dah cuba resepi lain dan menjadii! Memang seronok betul lah aku makan biskut ni. Almaklumlah penggemar biskut. hehe .

ok, jom tengok apa bahan-bahan nya.
Kali ni bahan sangat simple.

BAHAN-BAHAN :

BAHAGIAN A
2 cawan tepung ( tak kisah tepung apa-apa pon, aku pakai tepung cap sauh)
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

BAHAGIAN B 
1 biji kuning telur
1/4 minyak masak
3/4 marjerin / planta
3/4 gula perang ( tapi aku guna gula merah)

Tambahan :
coklat chip
kuaci( di bakar terlebih dahulu supaya lebih ranggup)


CARA PENYEDIAAN :

1. Gaulkan sebati Bahagian A dan bahagian B secara berasingan.
2. Campurkan bahagian A dan bahagian B dan gaul sampai semuanya sebati macam gambar di bawah.
3. Gaul kan sekali dengan coklat chip dan kuaci. Letak lah sebanyak mana yang anda mahu.

dah siap dah doh biskut :)

lepas tu , bulat-bulat kan ikut suka nak buat bentuk macam mana
 dan bakar dalam oven. pastikan jangan terlalu tebal.



biskut tengah dibakar. 

suhu 170 darjah celcius dan 35 minit.



Taraaaaa. dah siap. 
alhamdulilah menjadi! hehe 
ranggup dan tak berapa manis. 
bagus untuk kesihatan :)

SELAMAT MENCUBA! 













Kenapa Vitamin E Complex Shaklee Lebih Selamat Berbanding Vitamin E lain?

Di dalam buku " prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr.James Scala terdapat diskusi mengenai keselamat Vitamin E dengan terperinci. Secara global,terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamat vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan perempuan membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU. 



VITAMIN E COMPLEX

1kg benih gandum + 500ml minyak sunflower + 8kg bayam + 500g badam = 400IU vitamin E

Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E , diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E ( alpha, beta , gama dan delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Vitamin E comples juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E , memelihara membran sel-sel , sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina.

MANFAAT UTAMA VITAMIN E COMPLEX

  1. Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestril HDL , mengurangkan tekanan darah , menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik , penyakit jantung , dll.
2.  Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Kajian pada tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU -800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 

3. Anti-penuaan - 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan , mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

4. Antioksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi iaitu katarak dan masalah penglihatan.

5. Kelestarian Tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih

6. Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan alur darah, memperbaiki kitaran darah,merawat bahu kejang, pening, buasir , urat varikos, sakit sendi.

7. Menghalang keguguran - Merawat musculus pectroralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom monopous seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran. 

8. Membaiki parut- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Sedikit Info berkaitan Kesuburan

Selenium -Supplemen Vitamin E pada Lelaki tidak subur : Kesan ke atas parameter air mani dan kadar kehamilan. 

" Kajian ini melibatkan 690 lelaki tidak subur dengan idiopathic asthenoteratospermia yang menerima tambahan harian Se ( 200 ug) dalam kombinasi dengan vitamin E (400 unit) untuk sekurang-kurangnya 100 hari.

hasilnya :

37% tidak respon
11% kehamilan spontan
52% mutu sperma lebih baik.

Kesimpulannya :
Tambahan Se dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai
 kesan bermanfaat dan perlindungan terutama pada motilitas sperma.









Meal Shakes Shaklee Untuk Anak Picky Eater

Selalu sangat kan ibu-ibu menghadapi karenah anak-anak yang picky eater ketika makan.
Bila masa makan je, banyak pulak peelnya tentang makanan yang kita masak.
Anak-anak yang picky eater biasanya akan kekurangan zat untuk dia membesar dengan baik.
Sebab itu, anak yang memilih makan ni tak boleh dibiarkan macam tu je.
Ibu ibu mestilah bertindak bijak dengan mempelbagaikan resepi makanan supaya kelihatan menarik.
Selain itu, bagi anak-anak minum Mealshake Shaklee untuk topup nutrisi anak-anak anda.

Meh kita berkenalan dengan Meal Shakes Shaklee.

ADA APA DENGAN MEALSHAKE SHAKLEE?

Mealshakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran , kacang soya , lactalbumin ( sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya , ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin , lactoferon , bacteriolysin dan sebagainya.

Mealshakes dihasilkan untuk semua golongan termasuk bayi, pelajar , kanak-kanak membesar, ibu mnegandung , para atlet, pengamal sayuran ( vegetarian), orang sakit , ornag yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

MANFAAT UTAMA MEALSHAKES

1. Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin , mineral dan zat yang diperlukan.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Membekalkan Nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit , kuku, rambut, organ, darah , imun dan lain-lain.

3. Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin,,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

4. Antioksida- Mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan Seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap ,zat besi, copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah /kulit yang lebih cantik.

6. Detoksifikasi- Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa-sisa buangan dari perut dan usus.

7. Kelazatan Rasa Mealshakes -Minuman yang lazat untuk diambil fuktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.


TESTIMONI MEALSHAKES 




MEALSHAKES SESUAI UNTUK SIAPA?

- anak yang picky eater
- sembelit
-warga emas
-kanak-kanak 1 tahun ke atas 
-ibu menyusu
-bermasalah menelan pil
-morning sickness yang teruk

Bagi anda yang ingin mendapatkan Mealshakes boleh terus order disini atau 
terus hubungi saya untuk dapatkan konsultasi cara makan yang betul.