Wednesday, January 4, 2017

Telur Rebus Masak Sambal Simple


Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar warga blogger sekalian?
Harapnya semuanya sihat dan ceria selalu.hehe. poyo sangat starting entry kali ini.
Bukan apa dah lama rasanya tak menaip rasa akward pulak.hehe

Sudah sekian lama tak bercoleteh di blog , jadinya hari ni terasa nak share resepi sikit lah.
Resepi kali ni simple je, pejam mata pon boleh buat dan semestinya menggunakan bahan yang memang ada kat rumah. 
cewahhh! macam pro sangat masak kan. 
takpe, janji rajin masak.
kalau teror masak tapi MALAS tak guna jugak kann. 

ok, jom tengok bahan-bahan nak masak TELUR REBUS MASAK SAMBAL ni :

BAHAN-BAHAN :

- 3 biji telur direbus dan di kupas kulitnya.
- cili kering*
-2 biji bawang*
- 3 ulas bawang putih*
--1 biji bawang besar dipotong bulat
- gula
-garam
-kicap manis
-asam jawa

p/s : sila blender bahan yang bertanda * dengan lumat

CARA MASAK :

1. Goreng telur yang dah direbus dengan minyak yang panas. Telur agak2 jadi golden brown je. jangan sampai  hangus.
2. Guna minyak yang sama goreng telur tadi tu, tumis bahan blender sampai naik minyak.
3. Sambil nak tunggu sambal naik minyak, masukkan gula sikit, garam sikit , asam jawa sikit dan kicap untuk bagi warna dia gelap sikit.
4. Jangan lupa kacau sambal sampai colour dia bertukar jadi merah gelap. 
5. bila minyak dah muncul atas sambal tu , tu tandanya sambal dah masak. Lagi lama masak l;agi sedap! 
6. Lepas tu , curahkan sambal ke atas telur atau gaul kan telur dalam sambal. Ikut lah mana korang suka. hehe.

Jangan lupa rasa sambal korang agak-agak sesuai dengan tekak ,
 dah boleh hidang dengan nasi panas. Nyum.nyum.


Inilah rupa sambal telur rebus saya. Telur 3 biji dikerat 2 jadi lah 6 biji semuanyaaaa. 
pencahayaan terlalu terang menyebabkan warna sambal ni nampak garang. hehe



Selamat menjamu selera! 

Bolehlah mencuba jika tiada idea untuk masak lunch. hehe