Thursday, September 22, 2016

Giveaway By BusyraTakiyudin


Hai, Busyra ! :)


Salam perkenalan dari  Dieyla. 
Btw , umur kita sama. hehe 


ok, this is my comment for your blog :

Rasanya blog awak simple and nice dah tapi lebih cantik kalau
 nama BusyraTakiyudin kat header tu guna warna yang lebih terang dan jelas. 
Jenis font dah cantik sangat dah. Terbaik! 

Yang lain dah ok sebab simple but nice. 


Kacang Panggang Masak Sos



Kacang panggang  ni memang favourite dila kalau nak tahu.
Dila memang suka sangat makan kacang panggang ni lagi-lagi dengan telur goreng.
Memang awesome sangat rasanya! 
actually sangat mudah untuk dimasak dan kalau dah takde idea
 sangat nak masak. Ini memang resepi pilihan terbaik.hihi

Sebenarnya , mak dila yang ajar makan kacang panggang ni. Mak dila ni jenis 
suka masak western food sendiri . Chicken chop pon dia pernah buat. 
Memang terbaikk la kan masakan mak-mak kita. Dila ni baru jugak belajar-belajar
 nak masak sedap. Maklum lah belum ada anak.
 Nanti dah ada anak memang hari-hari fikir nak masak apa kann? 
macam mak kita la. tu yang jadi teror masak tanpa sengaja tuu. hihiks!

Tapi , kacang panggang ni tak elok makan selalu sebab makanan dalam tin. 
jadinya jangan laa pulun seminggu masak benda ni berkali-kali pulak ye. hehe.
Lagi satu cara masak pon berbeza. Ada orang panas kan je makanan dalam tin ni. 
Tapi dila masak cara kampung jela. 

nak tahu camne masak cara kampung ni?

meh tengok...

BAHAN NAK MASAK :
  1.  Satu tin kacang panggang ( tak kisah brand apa, dila pakai Ayam Brand)
  2.  Bawang merah dimayang ( hiris halus-halus)
  3.  Bawang putih di cincang halus
  4.  Cili padi di potong kecil
  5.  Sos cili ( Jalen lagi sedap rasanye.hihi)

CARA MASAK :
  • Tumiskan minyak ( dalam dua sudu minyak)
  • Tumiskan bawang putih sampai naik bau , pastu masukkan bawang merah.
  • Agak-agak dah layu, masukkan kacang panggang sekali dengan kuahnya.
  • Masukkan sos cili. agak-agak je ikut rasa nak pekat mana,
  • Ambil sudu dan rasa. kalau kurang rasa tambah je sos. 
  • Taburkan cili padi , gaulkan biar sebati dan biarkan sekejap
  • Agak-agak dah mendidih lama, tutup api
  • Siap! 
  • Hidangkan dengan telur goreng.



taraaaaaa!

nilah rupa masakan kacang panggang masak sos!
simple sangat kann.
sedap makan masa panas-panas tau.

Selamat mencuba!







Wednesday, September 21, 2016

7 Cara Tangani Stress Tanpa Perlu Makan Ubat



Stress merupakan perkara yang normal yang di hadapi oleh manusia.
Semua orang pernah stress,cumanya  yang membezakan kita semua adalah 
cara kita menangani STRESS tersebut. 

Harini saya nak kongsikan bagaimana Cara Menangani Stress dengan 
cara semulajadi tanpa perlu makan ubat untuk menghilangkan stress.

jom tengokk..

1. Pastikan tubuh badan kita cukup nutrisi.


Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut dan nak nampak kurus cantik. 
Makanan sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Makanan yang kaya
 dengan nutrisi membantu kesihatan mental dan fizikal.Bila mental sihat , 
takde lah rasa nak stress memanjang.

2. Planning apa nak buat.

Hari kita akan terasa terlalu sibuk sampai tak sempat nak buat apa-apa kalau kita tak planning.
Mulakan hari dengan plankan perancangan yang paling utama untuk diselesaikan. Jangan lupa masukkan dalam jadual tugasan hakiki kita seperti makan, masak,
 ambil anak sekolah dan sebagainya.
Kadangkala kita terlupa tugasan hakiki ini yang membuatkan kita rasa tak 
cukup masa untuk uruskan rumah tangga dan bisnes. 
Bila apa yang kita rancang tu tak jalan seperti yang dirancang , ingatlah Allah
 sebaik-baik perancang. Insyallah hati tenang jiwa pon lapang.


3.Bersenam secara rutin.



Bersenam ni tak semestinya senaman yang berat-berat dan menyusahkan.
 Cukup buat senaman yang paling simple yang penting konsisten. 
Mungkin mak-mak di rumah boleh cuba senaman yang mudah sambil-sambil 
melakukan kerja rumah tu. Bila kita buat senaman secara rutin, badan kita akan
 rasa cergas dan mood pon happy.

4. Perbetulkan Solat



Solat mengajar kita asas untuk hidup. Sebab itu dalam solat kita kena kusyuk.
 Kusyuk kat sini maksudnya kita fokus. Solat juga merupakan tiang agama.
Bagaimana mungkin kita ingin membina rumah jika tiada tiang? 
 begitu juga dengan hidup kita.
Hidup kita akan rasa kucar kacir jika kita tak rasakan Solat adalah asas untuk 
kehidupan yang menenangkan jiwa. Dan fokus sangat penting dalam menentukan
 masa depan kita. Jika anda fokus untuk berjaya, Terus kan Fokus sehingga berjaya!

5. Bersosial secara sihat.



Bersosial ni boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus. 
Yang tak bagusnya bila kita bersosial dengan orang-orang yang negatif dan 
yang tidak memberikan kita sebarang kebaikan pon malah mengajak kita 
ke arah keburukan. Sebab itu, pastikan kawan-kawan kita semuanya positif supaya
 minda kita dalam keadaan tenang dan sentiasa berfikiran positif. 
Insyallah Stress takkan muncul.

6. Me-Time





Kadangkala disebabkan kesibukan kita seharian bekerja dengan mengurus 
rumah tangga, bisnes dan anak-anak menyebabkan kita mudah STRESS. 
Sebenarnya ada masa-masa yang kita perlukan ME-TIME untuk reflect diri
 atau memuhasabah diri sendiri sambil mencari ketenangan untuk diri sendiri. 
Insyallah dengan cara ini , kita boleh recharge semula
diri kita dan membangkitkan semangat yang baru. 


7. Luahkan kepada yang Lebih Memahami.



Lumrah manusia adalah ingin meluahkan segala yang ada di hati. 
Bagi yang dah berkahwin, mungkin suami adalah tempat meluahkan segala isi hati.
 Tapi sebenarnya untuk mendapat jiwa yang tenang adalah meluah pada yang 
MAHA PENCIPTA kerana Dia saja yang memahami segala isi hati kita. 
Keluh lah kepada Allah , Mengadu lah kepada Allah dan luahkan segala rasa kepadaNYA , 
insyallah Allah bantu kuatkan kita dalam apa jua cabaran yang kita hadapi.


Sesungguhnya manusia takkan pernah lagi dari masalah,
 Anggaplah masalah itu ujian dari Allah untuk kita belajar dan cuba untuk
 bangkit semula dengan semangat yang baru :)

Moga-moga tips ini bermanfaat untuk orang yang 
mudah STRESS dan selalu STRESS.




Monday, September 19, 2016

Detox Penting Atau Tak Penting Sebenarnya?


Bila sebut pasal detox , semua orang membayangkan ianya satu
 PROSES MEMBERSIHKAN USUS ATAU PROSES KURUSKAN BADAN

Ramai juga di kalangan kita menganggap detox ni penting sebab nak kuruskan badan.
Nak tahu detox ni Penting ke Tak penting ,

JOM TENGOK... 

Kebiasaan orang sekarang menganggap DETOX dengan cara:

- minum jus buah
- minum teh detox
- pakai patch detox yang tampal kat kaki

Hakikatnya , ini bukanlah pemahaman sebenar mengenai DETOX.

ANALOGI DETOX


Orang yang beranggapan Detox hanyalah bersihkan usus sahaja ibarat orang yang mementingkan ruang tamu sahaja padahal rumah tersebut penuh sampah ,busuk dan berulat. 

Masalah rumah busuk dan berulat ini takkan selesai selagi kita tak bersihkan KESELURUHAN RUMAH, bukan hanya ruang tamu sahaja. 

Walaupun  kita selalu bersihkan ruang tamu,  hakikatnya rumah kita tetap berbau busuk dan berulat.
sama macam konsep DETOX. 

PENGERTIAN DETOX YANG SEBENAR

Satu proses pembersihan dalaman untuk buang bahan toksik yang dah terkumpul dalam badan dan ianya bukan hanya melibatkan USUS sahaja tapi SELURUH TUBUH BADAN. Kebanyakkan toksin di bawa dan disimpan di hati (LIVER) dan OTAK.

DETOX adalah satu proses semulajadi pada tubuh manusia. 
Bila kita dilahirkan ke dunia , Allah dah siapkan sistem mekanisme DETOX yang sangat maju secara semulajadi yang mana kita tak perlukan bantuan luar.

Sistem detox yang UTAMA manusia diselenggarakan oleh HATI . 
Hati ni sifat dia , kalau rosak boleh regenerate(tumbuh) dengan sendiri.
Sebab itu ada orang yang derma hati.

Manusia harini masih terperangkap dengan masalah toxin yang sangat menebal.
kebanyakan baby harini majoriti dilahirkan mesti jaundise/ kuning .
Bacaan kuning ni dikenali sebagai bile pigmen ( bahan buangan yang tak keluar dari badan).
 Bahan buangan ini kena keluar dari badan melalui najis.Tapi baby baru lahir tak efisien
 nak buang, maka jadilah kuning.

Zaman dulu bila baby kuning,mak-mak kita jemur je dah hilang kuning. Tapi baby zaman sekarang bila kuning susah nak turunkan kuning dan ada yang sampai kena masuk NICU kerana kuning terlalu tinggi.

SEBAB APA?

sebab baby bila lahir je dah dipakaikan bedak yang wangi ( bahan kimia),syampu, losyen , minyak baby dah bermacam lagi yang mana hati baby kena bekerja kuat untuk singkirkan bahan buangan tapi ditambah pulak dengan toxin yang dia dapat dari bedak, syampu dan losyen tu.


Jadi , persoalan sekarang...

KENAPA PERLU DETOX ?


       bumi kita seolah-olah dah  disembur  dengan racun.
Dah terlalu banyak toxin yang bertebaran di sekeliling kita.

Bila sentuh mengenai isu makanan . Terlalu banyak isu pasal makanan ni.
contohnya :
  •  ikan yang tinggi merkuri,terdedah dengan pencemaran
  • ayam yang disuntik hormon 
  • buah -buahan dan sayuran di sembur seranggan perosak
  • bermacam jenis makanan junkfood
  • makanan yang diproses
Hal ini menyebabkan kita mengalami tanda-tanda yang menunjukkan 
toxin dah ada dalam badan .

Antara tanda-tanda kena DETOX:
  1. Mood swing
  2. Sembelit
  3. Masalah penghadaman
  4. Pening kepala
  5. Migrain
  6. Mata lebam
  7. Sukar tidur malam
  8. Nafas berbau
  9. Masalah kulit
  10. Berat badan naik mendadak
  11. Sakit otot
  12. Perut berangin dan sebu
  13. Craving makanan manis
  14. Susah nak fokus
  15. Mudah letih
  16. Ketagih kafein


DETOX Bukan Untuk Kurus

kalau perasan , orang yang diet mesti akan mengalami masalah yang berulang (rebounce) 
kerana tidak melalui proses detox yang mana membuang toksik yang terkumpul 
dalam badan yang boleh mengganggu penyerapankan nutrisi dan zat dalam badan.

Itu sebab anda akan mengalami kes gemuk berulang walaupon dah diet.
Dah elok turun 10 kg , naik balik 12 kg. 
Itu namanye diet yoyo. 
sebab tu, bagi sesiapa yang ada masalah berat badan dan susah nak turun 
saya lebih suka cadangkan untuk DETOX KESELURUHAN BADAN.


 7 DAYS MEAL PLAN DAN EAT CLEAN (PERCUMA) 



Kesan POSITIF Selepas DETOX :

1. Bertenaga
2. Mental alert
3. Berat badan sihat
4. Fokus
5. Pemikiran yang jelas
6. Tenang
7. Proses penyembuhan lebih cepat
8. Melambatkan penuaan
9. Kualiti tidur



Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda seperti yang saya senaraikan, 
Itu tandanya badan anda KENA DETOX!

hubungi saya untuk saya guide cara DETOX dengan Set Detox Shaklee dan 
7 DAYS MEAL PLAN untuk buang segala toksik dalam badan.

Sunday, September 18, 2016

5 Sebab Kenapa Kena Join Group SuperStarShaklee


Assalamualaikum

Bila cakap pasal ahli, semua orang berlumba-lumba nak daftar jadi Ahli sebab nak
 dapatkan keistimewaan menjadi Ahli. Bila dah jadi ahli sudah tentu dapat harga ahli yang super 
duper murah kannn! 

Antara keistimewaan menjadi Ahli Shaklee ialah :
  • Dapat diskaun 15-20% dengan setiap pembelian produk Shaklee
  • Dapat consultation percuma dan cara makan vitamin yang betul
  • Dapat rebate dari Shaklee dengan pembelian bernilai 150 UV ke atas

Konsultasi percuma ini termasuk dalam Harga RM 68.90 yang kita  bayar untuk daftar sebagai Ahli Sebab itu , bila beli vitamin Shaklee pastikan ada yang consult cara makan yang betul. Ini dapat mengelakkan jika berlaku healing crisis atau apa -apa masalah yang kita makan, kita maklum dan ada sesetengah vitamin tak sesuai untuk ibu hamil dan orang yang ada masalah talasemia. Hah, sebab itu penting beli vitamin dengan pengedar yang ada ilmu mengenai produk Shaklee ni. 

5 Sebab Kenapa Kena Join Group SuperStarShaklee.

1. GROUP BESAR FAMILY SUPERSTARSHAKLEE

Group kami dipimpin oleh Master Salwa dan suaminya Master Ithin yang merupakan Master Coordinator terpantas dalam sejarah Shaklee Malaysia. Mereka berjaya menaiki rank tertinggi selepas 7 bulan FOKUS secara INTENSIF dalam mempromosi ONLINE dan OFFLINE.
Dalam group ni , kita akan belajar banyak perkara dari pengalaman-pengalaman orang yang dah berjaya dalam bisnes Shaklee.

2. PRODUCT KNOWLEDGE

 Master Salwa dan keluarganya dah makan Produk Shaklee selama 20 tahun iaitu bermula tahun 1996. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam Shaklee ini tidak boleh didapati di mana-mana. Tak jumpa dalam buku dan tak jumpa dekat Nutritionist Shaklee pon.Sebab nutritionist pon belajar masa nak apply kerja. Masa tu Master Salwa dah makan Shaklee lebih 10 tahun dah. In fact , Nutritionist pun selalu refer beliah dan pernah register jadi ahli Shaklee dengan beliau. Hebat ke mantap? 
Dan benda ni takkan dapat di mana-mana melainkan dalam group kami sahaja.

3. STRATEGY MARKETING

Dalam group ini juga kami diajar untuk marketing.Master Salwa telah menyediakan training khusus bekenaan Marketing. Banyak strategi marketing yang diajar oleh Master yang telah terbukti berjaya dalam Bisnes Shaklee. Kalau nak berjaya, copy paste je apa yang orang berjaya dah buat. Insyallah kita juga boleh capai kejayaan tersebut,. Jadi , tak perlu rasa susah sebab semuanya dah disediakan. Poster dan gambar-gambar juga disediakan. Tinggal kita nak bertindak atau tak je . 

4. NETWORK YANG MANTAP 

Network yang mantap dengan ramai pakar-pakar bisnes. Master Salwa adalah anak didik  kepada tuan Hasbul Aqil , Faisal Abdullah , Master Rey, Zuhairi  Nopiah dan ramai lagi. Malah beliau pernah di iktiraf sebagai otai atau BEST STUDENT oleh Tuan Hasbul Aqil dan pernah diumumkan  sebagai Pengedar Shaklee Terbaik oleh Tuan Faisal Abdullah.

Sesuatu yang sangat mahal kerana di antara puluhan ribu pengedar Shaklee di Malaysia m beliau lah yang mendapat kelebihan ini. Oleh kerana itulah , banyak tips dan ilmu-ilmu yang beliau share amat berkesan digunakan dalam bisnes, ini kerana beliau mendapat direct coaching dari pakar-pakar.

5. BIMBINGAN ONLINE YANG KONSISTEN MELALUI GROUP DAN WEBINAR

Master Salwa menyediakan bimbingan komprehensif dan intensif melalui sesi online webinar yang beliau jalankan setiap bulan. Malah setiap webinar ini dirakam dan rakaman video ini dapat di acces melalui bayaran komitmen. 



Antara gambar kelas-kelas yang saya hadiri:


first kelas yang saya hadir masa awal-awal join Shaklee.


kelas belajar cara marketing dengan Master Lyna Noh


dengar perkongsian dari Master yang pergi Conference Orlando


Kelas Rahsia Jutawan dengan Master Salwa (no 2 dari kiri) yang lebih 
mesra dipanggil " mami" 



Banyak yang saya dapat daripada group SuperStarShaklee ini. 
Saya bersyukur sangat kerana dipilih untuk join Team SuperstarShaklee yang banyak
 membantu saya untuk menjadi orang yang lebih positif , bahagia, kaya dan berjaya! 

Anda juga boleh dapat seperti mana yang saya dapat harini. 


Belajar Design Poster Dari Kritikan Orang


" Belajar dari kritikan orang lain membuatkan aku lebih berjaya"

Design is my passion.

Minat dalam design ni tak tahu muncul sejak bila.
 Yang pasti aku start cuba-cuba mendesign dengan apps di handphone.
 Masa tu guna apps picsart , photo grid dan beberapa lagi apps yang aku guna . 
Tak egat pulak. hihi

Bermulanya aku mendesign adalah bila aku mendapat jawatan sebagai 
Ajk Media di bawah agensi Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA). 
Dari situ aku belajar untuk design dan menarikkan page yang aku kendalikan. 

Aku bukan lah budak designer . Cuma kos yang aku belajar masa di kolej adalah sikit berkait. 
Tapi aku mula belajar design dengan powerpoint je. Masa ni tak reti sangat guna Adobe Ps dan Ai.
Dan aku rasa power point sangat senang untuk design apa-apa yang kita nak.
Hanya perlukan gambar berformat PNG , then boleh dah design macam
 orang yang "pro" (kononnya).haha

Aku jenis payah nak puas hati dengan design sendiri.
Setiap kali design aku akan cuba buat yang terbaik dan akan suruh orang sekeliling
 aku komen supaya aku boleh baiki dan nampak cantik di mata mereka. 
Nak kata aku hebat?
nope, tak setanding dengan orang yang pro design tapi aku sentiasa
 nak dan akan cuba yang terbaik. 

Cara aku design pulak, aku mesti akan survey dulu tema apa untuk
 design supaya mudah aku imagine design yang sesuai.
selama aku mendesign , aku hanya design poster sahaja.
belum pernah lagi design untuk banner dan flyers dan so on.

Sepanjang aku mendesign , aku tak pernah rasa penat ke malas ke , 
yang aku rasa aku happy sangat bila dapat design.Masa aku design guna powerpoint 
 aku tak belajar dari sesapa pon. Aku explorace sendiri dan aku ni jenis suka 
tengok design orang buat lawa-lawa. Aku akan rasa "nak buat lawa camtu gak".
WALAU APA CARA SEKALI PON. gituu! haha


Antara contoh poster masa awal-awal aku design: 


ni guna template yang dah ada dalam apps.


ni aku design untuk pogram. 
hehe nampak sangat newbie



Poster ni ada orang cakap aku guna Photoshop. hiks! 
padahal guna powerpoint je.

ni pon guna powerpoint.



ni dah mahir sikit main dengan background dan gambar,
masih guna powerpoint.



first button badge aku design. 



Ini hasil semua gambar yang dimasukkan dan disusun ikut citarasa aku. hehe
Majoriti poster yang aku design guna powerpoint ni memang main gambar dan warna je.


Masa ni memang 100% aku guna Powerpoint je untuk design sebab tak reti guna Photoshop.
Aku guna photoshop untuk crop gambar je dan hilangkan background ( format PNG).
Sampailah aku masuk kelas Photoshop dan try design guna Photoshop. 
Bagi aku photoshop terlalu banyak yang boleh kita guna untuk effect dan sebagainya .
sebab tu practise make perfect! kalau tak mesti akan lupa.
sebab tools dia banyak beno. hehe 

ni contoh hasil design guna Photoshop.



tulisan ni pon hasil design dari Photoshop.


PANDANGAN AKU TENTANG DESIGN

Nak design ni sebenarnya tak susah mana kalau ada minat,  idea untuk design dan kreatif.
Kreatif memang sangat penting dalam design ni sebab kekreatifan korang yang akan menghasilkan poster yang menarik dan tertarik kau memang da bomb!hehe

Bagi pandangan peribadi aku sendiri, tulisan, warna dan tajuk yang
 catchy sangat memainkan peranan. 
Design yang menarik akan membuatkan mata kita tertumpu untuk membaca sampai habis. 

Ada beberapa tips yang perlu kita titikberatkan
 semasa mendesign : 

1. Tajuk mesti BESAR dan JELAS.Pastikan di bold.

2. Penggunaan font tidak melebihi 2/3 font. 

3. Warna background dan tulisan mesti kontra supaya jelas dan tidak tenggelam.


Paling penting dalam bab design , jangan terasa bila ada orang komen pasal design kita. 
Belajar menerima dan cuba perbaiki untuk jadi lebih baik . Mana tahu, asbab diorang kritik dan komen kita, kita boleh hasilkan design yang jauh lebih baik dari sebelum ni. 

Begitulah aku dengan dunia design ni.
Dan aku memang sangat alu-alukan untuk orang komen design aku supaya aku tahu apa yang perlu buat untuk cantikkan design. 
Dan untuk hasilkan poster yang mantap dan lebih cantik , aku belajar untuk design dengan Adobe Photoshop dan Illustrator, sebab gambar poster lebih sharp berbanding power point kalau diprint. 

Apepon, kalau ada minat, teruskan practise sampai perfect! 
Jangan risau kalau mula-mula buruk dan tak cantik sebab semuanya bermula dengan
 segala kecacatan tapi lama kelamaan bila digilap insyallah ia akan bersinar.

YANG PENTING , JUST DO IT :)

Apa Yang Membuatkan Saya Setia Dengan Si Dia Dan Takkan Berpaling Lagi?


Siapa kat sini pernah bercinta?
Lumrah orang bercinta mesti akan SETIA dan TAKKAN CURANG dengan yang lain .
betul tak?

 Same goes with me.
Tapi kisah yang saya nak cerita ni bukan kisah cinta antara lelaki dan perempuan.
Tapi kisah saya bercinta dengan Shaklee dan apa yang membuatkan saya
SETIA dengan " Si Dia " ni lah.

Bagaimana saya kenal dengan Shaklee?

Alkisah bermula saya mencari-cari bisnes yang mudah untuk berbisnes dari rumah.
Suatu hari ditakdirkan Allah berjumpa dengan Shaklee. Dan perkara pertama yang saya buat adalah cuba produk Shaklee dan teruskan dengan bisnes.

Apa kesan yang saya dapat dengan produk Shaklee?

Alhamdulillah lepas guna produk Shaklee, saya dapat kesan yang baik.
Paling best , tumit saya yang dulunya sakit mencucuk-cucuk kalau berdiri lama, sekarang dah tak sakit! Saya yang dulunya sembelit sekarang alhamdulillah dah bebas daris embelit. malah lebih lawasa dari dulu. Kalau dulu seminggu boleh kira 2-3 kali je membuang. Kini hampir setiap hari mesti membuang. 

Semuanya asbab je kerana Allah jua yang menyembuhkan segala-gala jenis penyakit. 
Sama macam produk lain jugak kann? 

Tapi nak cerita kat sini, 
bagaimana saya yakin dengan Produk Shaklee ni?

1. Saya yakin sebab Shaklee TAK SAMA dengan produk kat luar sana tu sebab Shaklee merupakan supplement atau makanan nutrisi untuk lengkapkan zat dan nutrisi yang 
diperlukan badan. Sebab setiap dose yang di ambil mengikut keperluan badan. 
Kena tahu setiap tubuh tak sama keperluan vitaminnya.

2. Saya yakin sebab Shaklee ada kajian landmark study yang mana para saintis yang
 terkemuka membuat kajian ke atas mereka yang dah amalkan supplement Shaklee selama
 10-20 tahun untuk tengok kesan terhadap kesihatan. Kajian ini bukan hanya kepada 
pengamal vitamin Shaklee sahaja tapi juga di uji keatas mereka yang 
TIDAK MENGAMALKAN APA-APA SUPPLEMENT dan mereka yang mengamalkan 
supplement JENAMA LAIN. Dan terbukti , Shaklee paling berkesan dalam tahap
 kesihatan lebih baik.

3. Saya yakin Shaklee produk yang sangat affordable dan murah. Ramai yang cakap 
Shaklee mahal. Tapi sebenarnya ianya produk yang tahan berbulan-bulan lamannya! 
Tengok macam Vita C Plus Shaklee, sebotol tahan 6 bulan dengan harga lebih kurang 
0.50 sen sehari je. Berbanding produk kat luar sana ada yang lebih murah
 ( kesan yang cepat sebab ada bahan kimia) dan ada juga yang terlalu mahal. 

4. Saya yakin Shaklee memang 100% guna bahan semulajadi rentetan kisah 
Dr. Forrest C Shaklee yang pernah sakit ketika beliau masih kecil yang mempunyai
 harapan yang tipis untuk hidup lebih lama.. Dan mak beliau sangat percaya kepada
alam semulajadi  mampu menyembuhkan beliau. Beliau berpindah di kawasan gunung dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta persekitaran yang sihat. 
Hasilnya , beliau sihat sepenuhnya dan meneruskan hidup sampai dewasa. 
Maka , tercipta supplement Shaklee yang berasaskan tumbuhan dan alam semulajadi. 

5. Saya yakin Shaklee punya tagline " Always Green, Always Work and Always Safe "
memang menepati apa yang Shaklee lakukan. Shaklee telah melaburkan lebih US 250 juta
 dalam ujian klinikal , penyelidikan dan pembangunan. Shaklee juga mempunyai lebih 
100 kertas kerja saintifik dan 90 daripadanya mereka terbitkan dalam jurnal untuk
 membuktikan keberkesanan Produk Shaklee.

6. Saya yakin Shaklee mempunyai SID yang berpengetahuan mengenai produknya bukan sekadar menjual semata-mata. Apa yang saya dapat dari Shaklee ni memang banyak ilmu dan pengetahuan mengenai kesihatan, Makan nutrisi yang kita perlukan ini adalah disebabkan
 makanan yang kita makan sekrang sudah kekurangan zat dan nutrisi menyebabkan kita
terdedah dengan pelbagai penyakit. Sebab tu , pernah dengar kan orang kata punca
penyakit bermula dari perut. Yes! dari makanan itu sendiri.

7. Saya yakin Shaklee membuka peluang menjana income untuk membantu ramai orang 
keluar dari zon sempit ke zon yang lebih luas di masa depan. Kalau korang perasan , takde
 kan jumpa kedai yang jual Shaklee. Sebab Shaklee sangat memahami mak-mak yang
surirumah untuk jana income. Tak perlu nak bukak kedai pon boleh bisnes Shaklee.
 Dan jika terdapat orang yang menjual Shaklee secara terbuka ? membuka kedai ianya melanggar procedure Shaklee itu sendiri. Shaklee hanya ada HQ di beberapa tempat sahaja.
Sebab itu, saya sarankan untuk mereka yang inginkan produk Shaklee dapatkan dari
 pengedar Sah Shaklee supaya anda akan di consult cara makan yang betul.


Bagi anda yang masih mencari Produk Shaklee dan tak berapa yakin dengan
 siapa anda ingin beli , 
boleh dapatkan dengan saya :)

Insyallah , rezeki yang halal bermula dengan cara dan pelaksanaan yang betul.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca :)


Saturday, September 17, 2016

Produk Shaklee Bantu Saya Lebih Sihat Dan Bertenaga


Kesihatan adalah satu anugerah yang tidak ternilai Allah berikan kepada semua makhluknya.
Jadi, menjaga kesihatan ini adalah tanggungjawab kita sendiri untuk 
memastikan  kesihatan kita dalam keadaan baik. 

Adakah kita yakin yang kita akan sihat sepanjang hayat? 
Kita sendiri tak tahu kan.
Sebab itu, langkah -langkah untuk kekalkan kesihatan yang sihat perlu dilakukan.
Lagi-lagi makanan yang kita makan sekarang sudah kekurangan zat dan nutrisi.
Bila makanan kurang nutrisi, badan kita juga akan mengalami kekurangan
 zat dan akan terjadi lah bermacam-macam penyakit yang muncul. 


Jadi, apa yang saya lakukan untuk kekal sihat dan bertenaga?
Sudah tentu saya mengamalkan supplement
 dari Produk Shaklee. 

Antaranya :


1. Vitamin c.
siapa yang kenal saya dulu mesti tau saya ni kuat selsema. Sejuk sikit tak boleh mesti asyik bersin je sampai rimas orang dengar. Hehe.
lepas amalkan makan vitamin c, alhamdulillah saya dah kurang selsema.
Kalau kena pon memang kejap sangat. Saya bukan jenis suka ambik ubat kalau selsema atau demam. Jumpa shaklee baru lah semangat nak consume sebab ianya vitamin 😍




2. Ostematrix.
Saya pernah mengadu kat mak saya yang mana saya skit tumit bila berdiri lama. mak saya kata macam orang tua je sakit tumit lah sakit lutut la. 😅 hihi.
padahal umur muda lagi.
Tak tahu kenapa sakit dia mencucuk-cucuk .paling sakit bila saya berjalan jauh atau berdiri terlalu lama.
Masa tu saya ambil dah ostematrix. Tapi sokmo je skip makan😁
Lepas dah tau ostematrix boleh bantu msalah lenguh2 sakit tumit ni, terus konsisten
Alhamdulillah sangat membantu sebab dah tak rasa sakit bila saya berjalan jauh dan berdiri lama nak2 time memasak😅

3. Bcomplex.
Kalau nak tahu Bcomplex juga dikenali sebagai vitamin antistress. Dulu masa memula kahwin , memang selalu sangat stress. tak tahu sebab apa . haha . Alhamdulillah saya sendiri rasa kelainannya bila konsisten makan bcomplex ni. Jarang moody dan nak mengamuk dah! hehe.

Produk Shaklee  memang banyak membantu saya dari segi 
kesihatan dengan izin Allah 😊👍
Alhamdulillah.
Better you, better world 

Tiada apa yang lebih bermakna daripada kesihatan yang sihat :)


Giveaway By Cik Purple


Assalamualaikum kawan-kawan :)

Sambil-sambil blogwalking tu , jom join giveaway cik purple ni.

Nak join, macam biasa klik banner kat atas ni ye :)

btw , Hadiah Cik Purple ni macam menarik je! 
Boleh cuci mata tengok kat sini

tertarik tengok applelady container tu, hiks! 
mana tahu rezeki kan , alhamdulillah sgt! :)


Kenapa Kita Mesti Istiqomah Mengaji


TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR 
: Oleh Ustaz Ahmad Dusuki 


■Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■Jika meninggal orang yang suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tahu, ooo, mati sudah sipembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.

■Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita didlm kubur.

■Azab kubur bermula the moment mayat tidak dapat menjawab soalan-soalan malaikat

■Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak-anak yg soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■Masa bacaan al Quran duduk atas mayat, kita akan sedar, ohh...aku dah meninggal dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz,sebelum mati, tolong pastikan sekurang kurangnya Ada alMulk dlm Dada kita.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

■Celakalah orang yang tidak dapat jawab soalan mengenai Rasullullah saw.

Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yang dulu kamu baca dengan suara yg lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kepada 2 malaikat yang akan menyoal.

■Jangan lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa... Tips dari orang-orang soleh n alim, akhir zaman ni banyakkan selawat minimum 1000 kali sehari.

Friday, September 16, 2016

Terung Masak Sambal Sardin


Terung masak sambal sardin.
hehe , mintak maaf lah sebab gambar tak berapa nak lawa.
 Masa ni last minit tangkap gambar sebab nak share resepi kat blog. 
Nak diceritakan aku ni pertama kali masak terung. 
Terung telunjuk dari kampung mak mentua bagi.
Nak siang terung pon tak reti main taram je, hehe .
Mujur sebelum ni pernah rasa masakan akak ipar aku masak terung masak sardin.
memang marvelous rasanye wehh! 

Aku yang tak makan terung pon boleh suka. hihi
Tapi terung purple tu aku tak pernah makan lagi. 
Terung ni memang dah jadi favourite kot. 

So, Kebetulan akak ipar ada , dan suruh masak terung ni.
Aku pon terus terfikir nak masak dengan sardin.
Ni semua penangan pernah makan menu terung masak sardin laa ni.
 Memang jilat pinggan lah kalau makan. hahaa , over! 


ni rupa terung telunjuk.

ok, jom tengok bahan nak masak.

BAHAN NAK MASAK:

  • Satu tin sardin ( ikut berapa orang makan)
  • Terung ( buang atas dan bawah terung , pastu belah dua )
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Asam jawa
  • Halia
* blenderkan bawang putih, bawang merah , halia dan cili padi

CARA NAK MASAK :

1. Panaskan minyak sikit untuk menumis.
2. Tumis bahan belender sampai garing
3. Masukkan terung dan biar sampai lembik /empuk
4. Masukkan sardin dalam tin dan asam jawa sikit.
5. Perasakan dengan garam dan test rasa dah ok apa semua , biar didih lama sikit ( kecilkan api)
6. Agak-agak dah sebati dan puas hati , boleh la tutup api.
7. Siap dan hidangkan dengan nasi panas.


Alhamdulillah berjaya jugak masak terung ni.
Bak kata orang yang handal memasak , masak ni tak susah yang penting kena rajin.
Dan aku memang selalu je merajinkan diri cuba walaupon takut rasa tak sedap.hehehe .
Petua mak aku , doa moga makanan yang kita masak tu sedap Insyallah nanti sedap la.
Tapi memang menjadi laaa petua mak aku ni. hihi.

okla, lain kali aku share resepi lain pulak  ye.
Yang mana aku share tu semua yang aku dah cuba masak.
Korang kalau takde idea , boleh cuba masak dan belajar-belajar makan sayur ye! :)

Selamat mencuba!