Wednesday, February 20, 2019

Resepi Ayam Paprik

Hai, dalam lama tak jenguk blog ni. Rasa macam dah bersawang sangat. Tapi bila fikir balik kan.. blog ni blog penyelamat untuk tulis resepi tau! hihi.
 Jadi harini nak share dengan korang semua resepi masak ayam paprik. 

Sebenarnya resepi ayam paprik ni sedap sangat tau lagi-lagi mak yang masakkan. Bila teringin rasa nak makan paprik je of course suruh mak masakkan. Tapi dah kahwin ni kena belajar lah kan resepinya. Bila-bila boleh cuba kat rumah sendiri. Jadi sempatlah aku menyalin resepi sesambil masak supaya tak lupa cara masaknya. Yang penting cara masak tu yang kena tahu baru hasilnya sedapp hingga menjilat jari tau. 




Bahan-bahan yang diperlukan:


  • Ayam cincang - potong 20 bahagian
  • Bawang merah
  • Bawang putiH
  • Halia
  • Cili kering



  • Sayur - biasanya guna carrot, kacang panjang dan kobis bunga.Carrot tetiba takde pulak.haha
  • Serai - ketuk je ,guna dalam 4-5 batang


  • Daun limat purut - wajib ada! kalau tak ada ni tak jadi la paprik korang. guna lebih kurang 1 plastik kecil then, koyak-koyakkan

      • Sos cili
      • Sos tiram
      • Kiub pati ayam 
      • Kicap manis

      * Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering blender sampai lumat. Tapi cili kering kena blender dulu kasi lumat sampai hilang biji, gituuuu. hehe


      Cara masak :


      • Tumis bahan blender dengan minyak secukupnya.
      • Sambil tu letak gula sikit, kiub dan serai.
      • Pastu masukkan segala macam sos yang di senaraikan tadi. Agak-agak jer..
      • Koyak-koyakkan limau purut biar sebati 
      • Dah didih lama, dah naik bau daun limau purut masukkan ayam. 
      • Biar didih lagi sekali, masukkan semua sayur yang dah siap di potong. 
      • Rasa dan agak-agak sayur dah lembut , tutup api.
      • Siap dan boleh dimakan dengan nasi yang panas. Fuhhh
      Dulu tak nak masak paprik sebab bahan dia banyak dan leceh. Tapi bila dah buat bahan dia memang banyak sikit , cuma cara dia tak lah leceh sangat. hihi. 



      Ok, pasni kena belajar masak rendang pula. Aku ni jenis orang yang kena buat sambil mak ajar baru konfiden nak masak masakan tu. Kalau tengok kat youtube, beribu cara orang berbeza tapi tak tahu mana satu yang sedappp.hehe. Jadi, kena belajar dengan mak jela, sebab masakan mak semuanya sedappp. hihi

      ada masa, aku tulis resepi lain pulak ye.
       Selamat mencuba!