Tuesday, August 7, 2018

Resepi : Ayam Masak Cili Api Kacang Buncis

Assalamualaikum. Uii dah lama sangat tak share resepi masakan tau. Kadang kala tu sempat masak je tak menyempat nak tulis blog.hehe.
Harini nak kongsi satu resepi ni sebab first time masak.Kalau nak tahu,  saya ni tak minat sangat sayur yang di masak.  Suka lagi makan ulam ulaman.
Tapi selepas kahwin,  tahu jela. Kadang kala kena juga cuba selera orang lain. Hehe. Hikmahnya,  banyak juga la sayur yang saya dah makan berbanding masa bujang dulu memang makan kangkung dan bayam jela. Hihi


Ok, bahan-bahan yang di perlukan:


- ayam yang dah siap di potong dan di bersihkan
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- cili padi
- kacang buncis

Cara masak:

1. Goreng ayam dengan kunyit dan garam.  Tak perlu garing sangat.
2. Ketepikan ayam. Blend kasar halia,  bawang merah, bawang putih dan cili api.
3. Toskan air lepas blend sebab nak menumis.  Tumis dengan minyak yang secukupnya.
3. Lepas dah naik bau,  masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacang buncis. 
4. Gaul sebati sambil letak garam dan rasa. Letak sedikit kicap untuk kasi warna dia nampak menarik.(bagi aku la. Hehe)
5. Agak-agak kacang buncis dah sedikit layu,  tutup api.
6. Sedia untuk dimakan!

Simple je kan?
Kalau dah tak tahu,  nak masak apa boleh la cuba resepi ni.


Selamat mencuba! 

Post a Comment