Monday, October 9, 2017

Resepi Peria Katak

Assalamualaikum dan selamat petang. Harini duk santai-santai teringat pasal PERIA KATAK. sebenarnya Cik Dila tak pernah pon makan peria apatah lagi peria katak. Tapi takpe, Cik Dila simpan je dulu resepi kat dalam blog ni. Mana tahu ada rezeki dan kena dengan tekak boleh la masak Resepi Peria Katak ni.


Bila google tentang peria katak ni, terlalu banyak khasiatnya untuk tubuh kita. Next post, Cik Dila akan ceritakan tentang khasiat peria katak ni ye. Sekarang masa untuk masak peria katak ni.

Resepi Peria Masak Lemak

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • santan
  • 1 biji peria katak
  • 4 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 batang serai
  • kunyit hidup / kunyit serbuk
  • air asam / asam keping
  • 1 biji telur
  • 5 biji cili padi ( tambah lagi kalau nak pedasss)

Cara Masak:

1. Blender lumat bawang putih, bawang merah, cili padi dan kunyit.
2. Masukkan santan, bahan blender , serai diketuk dan asam keping / air asam.
3. Biarkan ia mendidih sambil kacau supaya tak pecah minyak.
4. Masukkan peria katak yang telah siap dipotong.
5. Biarkan sampai peria lembut.
6. Pecahkan telur.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Siap untuk di hidang!

Nampaknya cara masak peria ni simple je cuma kena rajin atau tidak je. hehe.
 yang pasti bila masak sebegini akan mengurangkan pahit peria ni dan boleh la ditelan oleh tekak. Apapon selamat mencuba respei baru yang banyak khasiat untuk tubuh kita!


Post a Comment