Monday, October 9, 2017

Khasiat Peria Katak

Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia diakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Ada 2 jenis peria iaitu :
  1. peria biasa ( berbentuk panjang)
  2. peria katak (saiz kecil dan kulit menggerutu)
Peria ini mudah diperolehi di negara beriklim tropika ,panas dan khatulistiwa seperti Malaysia, Indonesia,Sri Lanka, India dan Filipina.ok , jom kita tengok Khasiat Peria Katak untuk kesihatan.



Khasiat Peria Katak

1. Setiap 100 gram peria mengandungi protein untuk membina tisu badan, 3.7 gram karbohidrat (tenaga) ,2.8 gram serat (penghadaman) dan 94.03gram air.

2. Setiap 19 mg kalsium dalam peria katak boleh menguatkan tulang dan gigi.Sejumlah 296 mg Potassium , 17mg Magnesium,0.43gram zat besi,lemak dan mineral.Tinggi kandungan Vitamin A, Vitamin C ,Karotena dan Asid Folik.

3.Peria boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.
- caranya minum segelas perahan buah peria muda yang dicampur perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama 3-4 bulan.

4. Peria membantu pesakit gout ,lelah, darah tinggi dan kencing manis.
- Caranya, minum segelas perahan buah peria muda bersama perahan limau nipis.

5. Peria mengatasi masalah ketagihan alkohol.
- Caranya, ambil segengam daun peria ,cuci bersih dan hancurkan dengan segelas air.Tapis dan cuba minum air perahan darinya.

6. Peria merawat buasir.
- Caranya , campurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan.Akarnya dilumatkan dan airnya di sapukan di bahagian buasir.

7. Peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan.
- Caranya , makan buah peria muda sama ada secara mentah, rebus, goreng atau dijadikan antara bahan asas dalam hidangan masakan seharian.

8. Peria merangsang pengeluaran susu badan.
- Caranya, jadikan peria muda sebagai ulam.Jangan lupa rendam dengan air garam untuk buang toksik.Elok bagi wanita yang baru bersalin.

Ramai juga orang yang menggunakan peria katak sebagai ikhtiar untuk masalah kesihatan.Alhamdulillah syukur sangat dengan nikmat tumbuhan yang Allah cipta ni semuanya memberi manfaat kepada kesihatan kita. Tapi biasalah , peria yang terkenal dengan rasanya yang pahit semestinya ramai tak suka makan walaupon khasiatnya banyak untuk kesihatan. 

Untuk anda yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, gout, darah tinggi eloklah amalkan makan peria katak ni dan boleh cuba resepi yang lazat ini.
Kalau tak mampu nak telan jugak, boleh cuba vitamin Shaklee :)


Klik : Daftar Ahli untuk pembelian produk shaklee lebih jimat.

No ID : 1211873

Post a Comment