Monday, October 16, 2017

Pengedar Shaklee Seremban, Pengedar Vivix Shaklee Malaysia

Salam semua, saya Diela Pengedar Shaklee Seremban dan Pengedar Vivix Shaklee Malaysia dalam team yang berpengalaman 20 tahun dalam Shaklee. Saya juga merupakan Pengedar Shaklee Seremban yang mendapat bimbingan doktor dan pakar nutrisi.

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan lebih jimat.

No. ID : 1211873


Rawatan Kencing Manis

Ramai pesakit kencing manis beranggapan penyakit kencing manis hanyalah bergantung kepada ubat-ubatan.Hal ini menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk mendapatkan rawatan kencing manis kerana risaukan kesan sampingan berbanding dengan kebaikan yang bakal diperolehi. Persoalan sekarang apakan Rawatan Kencing Manis yang paling selamat?



Tujuan rawatan kencing manis adalah :

1. Bebaskan pesakit daripada kompilkasi yang berkaitan dengan kandungan gula yang tinggi seperti lesu, letih, tidak bermaya, kerap kencing dan kerap dahaga.
2. Menurunkan paras gula kepada paras yang normal.
3. Mengesan dan mencegah komplikasi kencing manis.
4. Mengawal dan mengubati kompilkasi kencing manis yang sedia ada. 

Perkara Penting Yang Pesakit Kencing Manis Perlu Tahu.

Perkara pertama yang perlu pesakit kencing manis tahu adalah kencing manis merupakan penyakit yang perlu dikawal.Pesakit juga perlu faham penyakit ini bukanlah dapat disembuhkan dengan masa yang singkat. Hal ini penting supaya pesakit tidak terburu-buru mencuba pelbagai rawatan yang boleh menyembuhkan kencing manis dalam masa yang singkat.

RAWATAN KENCING MANIS

Rawatan kepada penyakit kencing manis adalah dengan mengubah pemakanan harian. Pesakit kencing manis perlu tahu makanan yang tinggi kandungan gula dan makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks sangat bahaya kepada mereka. Makanan ini lah yang membuatkan paras gula dalam darah meningkat dengan mendadak dan boleh sampai tahap merisaukan! 

1. Karbohidrat kompleks.

makanan yang tinggi Glisemik Index sangat bahaya kepada pesakit kencing manis. Glisemik yang tinggi bermaksud makanan bertukar  menjadi gula dalam badan dengan cepat. Ini menyebabkan gula dalam badan meningkat. Contohnya , nasi putih. Sebab itu, pesakit kencing manis hendaklah mengurangkan porsi nasi ketika makan dan sebaiknya menggantikan dengan makanan karbohdirat yang rendah Glisemik Index seperti ESP SHAKLEE. 

2. Ikhtiar dengan VIVIX

Mungkin ramai pesakit kencing manis berharap mereka boleh kembali sihat seperti biasa. Lagi-lagi pesakit yang sudah pon di potong kaki kerana kencing manis.VIVIX shaklee dapat membantu membaiki sel-sel yang dah rosak dalam badan akibat kencing manis. Kalau perasan, kaki yang buruk dan hitam akibat kencing manis adalah disebabkan sel-sel dalam kaki yang dan rosak dan memburuk dari dalam. Di situlah peranan VIVIX untuk membantu membaiki sel-sel yang dah rosak dengan membina sel-sel baru. 

TESTIMONI PESAKIT KENCING MANIS DENGAN IKHTIAR VIVIX SHAKLEE




Sekiranya anda berhajat untuk ikhtiar dengan VIVIX shaklee, dapatkan produk shaklee dengan team SuperStarzFamily berdekatan anda. Pastikan anda mendapatkannya dari team kami kerana team kami mendapat bimbingan dari pakar nutrisi serta doktor berpengalaman dan 20 tahun pengetahuan produk.

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga yang lebih jimat.

No ID : 1211873




Friday, October 13, 2017

ShakleeBaby : Produk Bayi Shaklee

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu! Alhamdulillah, harini Cik Dila happy sangat sebab produk yang ditunggu tunggu akhirnyaa dah masuk Malaysia iaitu ShakleeBaby, Produk Bayi Shaklee.Yeay!   Insyallah dah boleh start order pada hujung bulan ini. Jadi , meh Cik Dila perkenalkan apa yang ada dalam Set Produk ShakleeBaby ini.



Lepas ini, mak-mak dah boleh dah order Produk ShakleeBaby ni untuk digunakan di kulit baby kesayangan kita tu. Insyallah produk shaklee ni semuanya dijamin selamat dan takde bahan kimia tau. So, don worry be happy! :)

Produk ShakleeBaby yang masuk Malaysia ialah :
  • ShakleeBaby Gentle Wash
  • ShakleeBaby Soothing Lotion
  • ShakleeBaby Massage Oil

ShakleeBaby Gentle Wash



  • berasaskan chamomile, lidah buaya organik yang kaya dengan ekstrak oat dan minyak zaitun menghasilkan rasa yang lembut  dan  membersihkan secara lembut.
  • mengandungi 76% organik dan 99% bahan semulajadi.
  • Insyallah tidak menimbulkan alahan ( hypoallergenic) , mempunyai PH yang seimbang dan telah diuji di atas kulit yang sensitif.

ShakleeBaby Soothing Lotion

  • Di rumus khas dengan bahan-bahan semulajadi iaitu aloe organik dan minyak organik (mentega shea, biji bunga matahari, kelapa) yang dapat menambah nutrien kulit dan melembapkan.
  • Minyak lavender,chamomile, rosemary memberikan rasa menenangkan.
  • Sangat bagus untuk kulit baby yang sensitif.

ShakleeBaby Massage Oil







  • Campuran istimewa minyak organik dan minyak pati untuk pelembab kulit yang lembut.
  • Mengandungi 99% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
  • Lavender dan chamomile bertindak memberi rasa ketenangan.
  • Digunakan untuk urutan bayi selepas mandi.
Bestkan? Mana nak dapat produk baby yang dijamin selamat dan telah pon dijalankan ujian ke atas kulit sensitif ni kann? Cik Dila sendiri rasa excited dan tak sabar nak guna untuk my anak kesayangan tau! Lagipon rasa yakin sikit bila kita tahu semua bahan-bahan yang Shaklee guna untuk keluarkan produk ShakleeBaby ni. 

Jadi, bagi anda yang berminat untuk dapatkan Produk Bayi Shaklee ni, boleh la terus contact Cik Dila. Insyallah hujung bulan Oktober ni dah boleh order. Cuma satu je Cik Dila nak pesan , pastikan anda dapatkan produk Shaklee dengan team SuperStarFamily kerana team kami mendapat bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta pengetahuan produk selama 20 tahun. Insyallah anda akan diguide sebaiknya oleh team kami.

klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873






Thursday, October 12, 2017

Cara Mencegah Kencing Manis

Assalamualaikum dan salam jumaat. Kalau sebelum ni Cik Dila ada tulis entry mengenai Tanda-Tanda Kencing Manis, kali ni Cik Dila nak kongsikan cara mencegah kencing manis pula.  Dah tahu mestilah kena cegah supaya kita semua dihindari dari penyakit kencing manis ni. Nauzubillahiminzalik...

Seperti yang kita semua maklum, komplikasi kencing manis sangat bahaya untuk kesihatan kita. Sekali kita disahkan penghidap Kencing manis kemungkinan buah pinggang, jantung dan organ lain juga turut berisiko untuk mendapat penyakit lain. Jadi , kita kena tahu dan peduli tentang kesihatan tubuh kita sendiri. Lagi-lagi pada masa kini kencing manis boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira orang dewasa mahupon kanak-kanak. Malah Malaysia dikategorikan sebagai negara yang paling ramai penghidap kencing manis akibat dari gaya hidup serta pemakanan yang tidak sihat.  

CARA MENCEGAH KENCING MANIS



1. Aktif bersukan.

Zaman yang serba canggih dengan teknologi ini menyebabkan ramai orang lebih suka menghabiskan masa di rumah.  Sebab itu, kalau kita lihat ramai orang muda yang mengalami berat badan berlebihan akibat dari gaya hidup yang tidak sihat dan risiko untuk terkena kencing manis sangat lah tinggi apabila makanan yang dimakan tidak digunakan sebagai tenaga.



2. Kurangkan manis dalam minuman. 

Sekarang ni terlalu banyak makanan atau minuman yang dihias-hias agar tertarik mata yang memandang untuk mencuba.  Yang pasti air atau makanan tersebut amatlah tinggi kandungan gula.  Kalau di amalkan setiap hari besar kemungkinan untuk terkena kencing manis itu sangat lah tinggi.  Jadi banyakkan minum air kosong dan kurangkan manis untuk menjaga kesihatan. 



3. Karbohidrat kompleks
.
Karbohidrat kompleks iaitu nasi mempunyai glisemik index yang sangat tinggi. 
GI ini adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula dalam  badan. Oleh itu,
 semakin tinggi GI , semakin cepat kadar gula dalam darah akan naik.
 Sebab itu, jika anda disahkan menghidap kencing manis NASI adalah musuh utama anda! 


4. Minum air kosong setiap hari. 

Latih diri untuk biasakan minum air kosong sekurang-kurannya 8 gelas sehari. Air kosong bagus untuk kesihatan kerana ia dapat melancarkan sistem pencernaan dalam badan dan fungsi organ berjalan dengan baik.


5. Menjaga berat badan

Berat badan sentiasa dikaitkan dengan masalah kesihatan.  Hal ini kerana berat badan yang melebihi BMI normal sudah pasti berisiko tinggi untuk dapat pelbagai penyakit.  Tak lari juga dengan penyakit kencing manis,  darah tinggi dan sakit jantung.
  Jadi,  pastikan berat badan kita berada di tahap yang normal. 


6. Elakkan susu pekat

Susu tin pekat tu sangat tinggi kandungan gula.  Kalau boleh dalam peti ais tu jangan ada susu pekat ni bagi mengelakkan kita kerap buat air pakai susu pekat.  Susu pekat ni kalau di ambil setiap hari, di tambah pula gaya hidup yang tidak aktif memang tinggi risiko kena kencing manis.  


Sekarang kita semua dah tahu kan apa yang menyebabkan kencing manis ni, jadi sama-sama lah kita semua jaga kesihatan supaya kita tidak terkena penyakit yang boleh menyebabkan organ dalaman kita rosak secara senyap. 

Bagi anda yang terkena penyakit kencing manis ini, masih belum terlambat untuk anda berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. VIVIX berfungsi membaiki sel-sel dalaman yang rosak dan sangat berkesan dengan izin ALLAH untuk pesakit-pesakit kronik. 

Kalau nak tahu, mak mentua Cik Dila dulu pon hampir kena potong kaki disebabkan kencing manis tapi ikhtiar hanya 2 botol VIVIX sahaja Alhamdulillah dengan izin Allah luka bercantum kembali dan doktor tak jadi potong. 

Syukurrr masih boleh ikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE.


sekiranya anda ingin mendapatkan produk shaklee , pastikan anda dapatkan dari team SuperStarFamily atau dari Cik Dila sendiri kerana team kami mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta pengetahuan produk 20 tahun.

klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk Shaklee dengan lebih jimat. 

No. ID : 1211873










Monday, October 9, 2017

Simptom Kencing Manis


Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) terutama selepas pengambilan makanan oleh penghidapnya.

Jenis Diabetes

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai :
  1. Diabetes jenis I iaitu diabetes yang bergantung kepada INSULIN. Diabetes jenis ini dicirikan dengan kegagalan penghasilan INSULIN oleh pankreas.Biasanya penghidap diabetes jenis ini memerlukan suntikan INSULIN untuk pengawalan tahap glukosa dalam darah. 
  2. Diabetes Jenis II iaitu diabetes disebabkan kerintangan insulin/ penghasilan insulin yang berkurangan.Diabetes jenis ini boleh dikawal dengan memantau pemakanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas.
  3. Diabetes Gestasi ialah diabetes yang dialami oleh wanita hamil.Diabetes jenis ini lebih kurang sama macam Diabetes Jenis II kerana masalah kekurangan penghasilan insulin ketika hamil. Hal ini kerana , insulin yang diperlukan adalah lebih untuk keperluan bayi sekali. Jika badan tidak mampu menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam perut, maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.

Simptom Gejala Kencing Manis

1. Kerap Kencing

2. Cepat rasa haus

3. Rasa lapar berlebihan

4. Penurunan berat badan secara mendadak

5. Penglihatan menjadi kabur.

6. Cepat rasa letih

7. Kebas tangan / kaki

8. Nafas berbau

9. Luka lambat sembuh

10. Masalah kulit

Jika ahli keluarga anda menghidap penyakit Kencing Manis, kemungkinan anda juga boleh terkena penyakit kencing manis sekiranya tidak menjaga pengambilan makanan dan kurang bersenam.

Kencing Manis bukanlah penyakit yang disebabkan kuman, bakteria ataupon virus. Tapi kencing manis terjadi akibat kekurangan insulin yang di hasilkan oleh tubuh. Oleh itu Cik Dila pesan supaya kita semua jaga kesihatan, banyakkan bersenam dan kurangkan pengambilan gula putih. 

bagi anda yang ingin berikhtiar dengan VIVIX shaklee, insyallah Vivix dapat membantu membaiki sel-sel yang dah rosak dalam badan dengan izin Allah kerana kandungan tumbuhan yang ada dalam Vivix dapat membantu. 


antara testimoni customer yang berikhtiar dengan VIVIX shaklee.





Tak salah jika mencuba kerana kesihatan yang ALLAH bagi ini tiada galang gantinya. 
nanti Cik Dila share kan cerita tentang kaki mak mentua Cik Dila yang hampir
 kena potong kembali pulih macam sedia kala asbab amalkan 2 BOTOL VIVIX sahaja.


klik : Daftar Ahli untuk pembelian produk shaklee dengan lebih jimat.

No ID : 1211873

Khasiat Peria Katak

Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia diakui sejak zaman dahulu akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Ada 2 jenis peria iaitu :
  1. peria biasa ( berbentuk panjang)
  2. peria katak (saiz kecil dan kulit menggerutu)
Peria ini mudah diperolehi di negara beriklim tropika ,panas dan khatulistiwa seperti Malaysia, Indonesia,Sri Lanka, India dan Filipina.ok , jom kita tengok Khasiat Peria Katak untuk kesihatan.



Khasiat Peria Katak

1. Setiap 100 gram peria mengandungi protein untuk membina tisu badan, 3.7 gram karbohidrat (tenaga) ,2.8 gram serat (penghadaman) dan 94.03gram air.

2. Setiap 19 mg kalsium dalam peria katak boleh menguatkan tulang dan gigi.Sejumlah 296 mg Potassium , 17mg Magnesium,0.43gram zat besi,lemak dan mineral.Tinggi kandungan Vitamin A, Vitamin C ,Karotena dan Asid Folik.

3.Peria boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal.
- caranya minum segelas perahan buah peria muda yang dicampur perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama 3-4 bulan.

4. Peria membantu pesakit gout ,lelah, darah tinggi dan kencing manis.
- Caranya, minum segelas perahan buah peria muda bersama perahan limau nipis.

5. Peria mengatasi masalah ketagihan alkohol.
- Caranya, ambil segengam daun peria ,cuci bersih dan hancurkan dengan segelas air.Tapis dan cuba minum air perahan darinya.

6. Peria merawat buasir.
- Caranya , campurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan.Akarnya dilumatkan dan airnya di sapukan di bahagian buasir.

7. Peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan.
- Caranya , makan buah peria muda sama ada secara mentah, rebus, goreng atau dijadikan antara bahan asas dalam hidangan masakan seharian.

8. Peria merangsang pengeluaran susu badan.
- Caranya, jadikan peria muda sebagai ulam.Jangan lupa rendam dengan air garam untuk buang toksik.Elok bagi wanita yang baru bersalin.

Ramai juga orang yang menggunakan peria katak sebagai ikhtiar untuk masalah kesihatan.Alhamdulillah syukur sangat dengan nikmat tumbuhan yang Allah cipta ni semuanya memberi manfaat kepada kesihatan kita. Tapi biasalah , peria yang terkenal dengan rasanya yang pahit semestinya ramai tak suka makan walaupon khasiatnya banyak untuk kesihatan. 

Untuk anda yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, gout, darah tinggi eloklah amalkan makan peria katak ni dan boleh cuba resepi yang lazat ini.
Kalau tak mampu nak telan jugak, boleh cuba vitamin Shaklee :)


Klik : Daftar Ahli untuk pembelian produk shaklee lebih jimat.

No ID : 1211873

Resepi Peria Katak

Assalamualaikum dan selamat petang. Harini duk santai-santai teringat pasal PERIA KATAK. sebenarnya Cik Dila tak pernah pon makan peria apatah lagi peria katak. Tapi takpe, Cik Dila simpan je dulu resepi kat dalam blog ni. Mana tahu ada rezeki dan kena dengan tekak boleh la masak Resepi Peria Katak ni.


Bila google tentang peria katak ni, terlalu banyak khasiatnya untuk tubuh kita. Next post, Cik Dila akan ceritakan tentang khasiat peria katak ni ye. Sekarang masa untuk masak peria katak ni.

Resepi Peria Masak Lemak

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • santan
  • 1 biji peria katak
  • 4 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 batang serai
  • kunyit hidup / kunyit serbuk
  • air asam / asam keping
  • 1 biji telur
  • 5 biji cili padi ( tambah lagi kalau nak pedasss)

Cara Masak:

1. Blender lumat bawang putih, bawang merah, cili padi dan kunyit.
2. Masukkan santan, bahan blender , serai diketuk dan asam keping / air asam.
3. Biarkan ia mendidih sambil kacau supaya tak pecah minyak.
4. Masukkan peria katak yang telah siap dipotong.
5. Biarkan sampai peria lembut.
6. Pecahkan telur.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Siap untuk di hidang!

Nampaknya cara masak peria ni simple je cuma kena rajin atau tidak je. hehe.
 yang pasti bila masak sebegini akan mengurangkan pahit peria ni dan boleh la ditelan oleh tekak. Apapon selamat mencuba respei baru yang banyak khasiat untuk tubuh kita!


Thursday, October 5, 2017

Supplement Terbaik Malaysia Untuk Kesihatan

Syarikat Shaklee sudah pon berusia lebih 60 tahun sejak 1965 tahun yang lalu. Ini adalah salah satu bukti Syarikat Shaklee sangat kukuh dan sentiasa selamat untuk semua pengguna hingga ke hari ini.  Jadi,  harini Cik Dila nak berkongsikan tentang Supplement Terbaik Malaysia untuk kesihatan yang semua orang patut tahu.



Syarikat Shaklee ditubuhkan oleh Dr. Forest C. Shaklee setelah mendapati vitamin shaklee yang pertama iaitu Vitalized Mineral yang selamat dimakan selama 40 tahun. Bukti yang kukuh inilah barulah beliau yakin untuk menubuhkan Syarikat Shaklee dengan inpirasi alam semulajadi yang dapat mencegah diri dari pelbagai penyakit.

Rangkaian Produk Shaklee Di Malaysia

Mungkin ramai yang tak tahu,  shaklee bukan hanya mempunyai produk nutrisi tapi juga menyeluruh sehingga ke penjagaan kulit wajah serta penjagaan kebersihan rumah. 


Rangkaian Produk Nutrisi


Rangkaian Penjagaan Kulit Wajah


Rangkaian Penjagaan Kebersihan Rumah


Shaklee Supplement Terbaik di Malaysia. 

Always safe
Always work
Always green

Itulah tagline Shaklee yang membuktikan setiap produk shaklee sangat selamat untuk pengguna. Bukan sahaja selamat bahkan memberi kesan yang baik terhadap kesihatan menyeluruh.

SENTIASA SELAMAT ( Always Safe)

Setiap produk shaklee telah dijalankan lebih 100,000 ujian kualiti dan disertai lebih 350 ujian saringan bahan berbahaya untuk memastikan produk shaklee betul-betul selamat. Malah,  setiap botol shaklee juga dijalankan ujian untuk memastikan ianya selamat sekiranya di hisap oleh bayi.  Haa,  sampai macam tu sekali tau shaklee punya concern kat produknya. 

SENTIASA BERKESAN ( Always Work)

Untuk memastikan produk shaklee memberi kesan yang baik terhadap kesihatan, Shaklee mempunyai lebih 65 saintis yang menjalankan kajian dan pembangunan ( R&D) yang mana saintis Shaklee juga telah memenangi Nobel Prize. Bukan calang2 saintis tau! 

Selain itu,  shaklee membuat hubungan dengan sekumpulan saintis lain yang takde kena mengena dengan shaklee untuk mereka membuat kajian unggul (Landmark Study) untuk memastikan Shaklee benar-benar memberi kesan yang terbaik dalam kesihatan.  Masa yang di ambil untuk buat kajian ni bukan la sebulan dua tapi bertahun-tahun.  Bukti produk shaklee berkesan ialah sampai ke hari ini  orang masih cari shaklee untuk ikhtiar kesihatan.

SENTIASA MESRA ALAM ( Always Green)

Tak dinafikan lagi shaklee produk yang mesra alam yang mana semua ramuan dalam produknya kebanyakkan menggunakan alam semulajadi yang Allah ciptakan.  Sehinggakan pejabat Shaklee di California pon tidak menggunakan aircond kerana rasa cinta kepada alam semulajadi yang tinggi sehinggakan hanya menghirup udara segar.  Haa,  hebat ke hebat Shaklee ni? Kalau nak bandingkan dengan company lain, macam tak jumpa je kan syarikat yang teliti macam shaklee ni.

Inilah orang kata , tak kenal maka tak cinta. Jadi mari lah kenal Shaklee dengan lebih dekat , insyallah pasti akan terpikat untuk menjaga kesihatan secara luar biasa!

oh ye , jangan lupa untuk nantikan kemunculan produk baru Shaklee iaitu Shaklee Baby dan YOUTH SkinCare yang bakal masuk Malaysia tak lama lagi!
 
Bagi anda yang tertanya-tanya dan nak tahu lebih lanjut pasal shaklee,  boleh la contact Cik Dila ye.  Nanti Cik Dila akan ceritakan banyak lagi kisah shaklee yang membuatkan Cik Dila pon rasa yakin yang produk shaklee ni selamat untuk dimakan. 

Sekiranya anda ingin mencari produk shaklee,  pastikan anda mendapatkan produk shaklee dengan team #SuperstarzFamily di seluruh Malaysia kerana team kami mendapat bimbingan secara terus dengan pakar nutrisi serta doktor berpengalaman dengan 20 tahun pengetahuan produk. 

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan lebih jimat. 

No. ID : 1211873