Thursday, August 31, 2017

Nutriferon Shaklee AntiVirus Untuk Denggi, Chicken Pox & Jangkitan Virus


Assalamualaikum semua.  Memandangkan hari ni ramai yang nak balik kampung sebab esok dah Raya Haji. Jadi Cik Dila nak pesan siap-siap supaya bawa bekalan vitamin untuk kuatkan sistem imun di musim-musim raya ni.  Maklumlah nanti akan berjumpa dengan sanak saudara mesti ada yang terjangkit selsema, demam atau sebagainya.  Taknak lah nanti kita pula yang tak sihat di hari raya kan?  Ok,  meh Cik Dila perkenalkan NutriFeron Shaklee yang wajib dibawa ketika travel.

Ok,  ini rupa NutriFeron Shaklee yang telah pon dipatenkan.  
Jadi company lain tak boleh tiru ramuan yang terdapat dalam NutriFeron Shaklee ni. 


NutriFeron Shaklee dihasilkan setelah 40 tahun kajian oleh Dr.Kojima. Lama kan masa yang di ambil untuk mengkaji jenis tumbuhan yang mana berkait rapat dengan sistem imun manusia.  Tumbuhan ini apabila digabungkan dapat menggalakkan penghasilan interferon yang mana menguatkan sistem imun badan manusia secara optimum.

Kenapa Shaklee Hasilkan NutriFeron?

Shaklee hasilkan NutriFeron adalah untuk menguatkan sistem imun manusia dan mengelakkan diri dari penyakit yang dibawa oleh virus atau kuman. Haaa,  jangan main-main ye virus ni. Contoh penyakit yang melibatkan virus adalah kayap,  Chicken pox,  kudis buta, H1N1, denggi dan lain-lain.

Setelah kajian Dr. Kojima selama 40 tahun, akhirnya beliau telah menjumpai 4 jenis tumbuhan yang mana apabila digabungkan dapat menghasilkan lebih banyak interferon.  Tapi tumbuhan ini apabila di ambil secara asing tidak dapat menghasilkan interferon. Jadi,   Shaklee ambil dan patenkan ramuan 4 tumbuhan ini di dalam NutriFeron.

Apa itu INTERFERON? 
Interferon ni merupakan perisai untuk melindungi badan dari virus, kuman dan bacteria. 


4 Tumbuhan Di Dalam NutriFeron

1. PUMKIN SEED (biji labu)
- digunakan untuk perlawasan air kencing
- untuk mengatasi masalah hormon
-menjaga sistem yang tak nampak (imun dan hormon)

2. JAPANESE HONEYSUCKLE
- bertindak sebagai anti inflammation spt bengkak, nanah, kemerahan
-Antioksidan
-antibacterial &  AntiVirus

3. SAFFLOWER
-menguatkan macrophage (bahan yang makan virus)

4.PLANTAGO SEED
- menjadikan sistem imun meningkat dengan baik

NUTRIFERON sangat bagus dalam melawan virus.  Dan paling terbaik di ambil bersama Garlic, Vitamin C dan Vivix.  Nutriferon tidak ada fungsi antifungus jadi wajib ambil bersama Garlic (antifungus).

Contoh penyakit virus :
Kudis buta
H1n1
Denggi
Hepatitis
Kayap
Chicken pox
Kencing tikus

Bagi anda yang mempunyai masalah jangkitan virus,  anda perlu ambil Nutriferon 
untuk kuatkan antibodi melawan virus di dalam badan. 

Pastikan anda mendapatkan produk shaklee dari team terlatih #SuperstarzFamily
 #BuildByMe atau dari Cik Dila sendiri yang mempunyai pengalaman 20 tahun produk
 dan bimbingan terus dari doktor dan pakar nutrisi.
 
Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873


Wednesday, August 30, 2017

Mealshakes Shaklee Supplemen Kanak-Kanak dan Warga Emas

Mealshakes Shaklee merupakan supplemen multivitamin dan multimineral dalam bentuk serbuk.
 Ia juga merupakan food supplemen yang lengkap kerana mengandungi protein dan fiber. Mealshakes ini kebiasaanya di ambil oleh orang yang sukar untuk menelan tablet. Jadi untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap bagi orang yang tidak boleh telan tablet atau sukar untuk menelan tablet, boleh la minum Mealshakes Shaklee.


ini lah rupa serbuk Mealshakes Shaklee berperisa vanila.
Bau sangat sedap macam aiskrim vanila tau!

KENAPA SHAKLEE HASILKAN MEALSHAKES?

Shaklee hasilkan Mealshakes adalah untuk memenuhi keperluan nutrisi manusia yang ada halangan seperti kesukaran untuk menelan tablet.

BAHAN UTAMA DALAM MEALSHAKES.

1. SUSU LEMBU
 Shaklee ambil susu lembu kerana di dalam susu lembu terdapat kalsium dan kaya dengan lactalbumin.

2. ALMANNA ( ARABIC GUM)
Almanna merupakan bahan utama dalam Mealshake yang membuatkan Mealshake ini istimewa kerana mempunyai makanan sunnah. Almanna ialah prebiotik iaitu bahan yang mengalakkan flora sihat di dalam usus yang mana bagus untuk penghadaman)

3. SOLUBLE FIBER 
Dalam mealshakes juga terdapat soluble fiber ( fiber larut) yang mempunyai magnesium dan kalsium). Sangat bagus untuk kanak-kanak yang mengalami sembelit.

4. FRUKTOSE 
Mealshakes ni rasanya manis kerana menggunakan gula dari buah semulajadi. 

5. BIOTIN
Dalam Mealshake juga terdapat BIOTIN dan asid folik yang bagus untuk ibu hamil




TAHUKAH ANDA?
  • 1 hidangan Mealshakes jika di ambil 3 kali sehari dengan dos yang betul memenuhi 100% zat yang diperlukan oleh tubuh.
  • gabungan Mealshakes dan ESP memenuhi keperluan 100% protein jika di ambil dengan sukatan y

MEALSHAKES UNTUK SIAPA?
  • orang tua 
  • orang yang tiada selera makan
  • ibu hamil dan ibu menyusu
  • kanak-kanak sembelit
  • orang tak boleh telan tablet

Sekiranya anda ingin dapatkan Mealshakes Shaklee, pastikan anda mendapatkannya dari Cik Dila atau team terlatih kami #SuperStarzFamily & #BuildByMe dengan kepakaran doktor dan pengetahuan produk selama 20 tahun.

Klik: Daftar Ahli untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873 




Tuesday, August 29, 2017

Herb-Lax Shaklee: Detox Cuci Usus Untuk Kempis Perut

Assalamualaikum. Hari ini Cik Dila nak kongsikan tentang Herb-Lax Shaklee. Herblax atau nama panjangnya herbal laxatif merupakan ramuan herba yang bertujuan untuk melawaskan pembuangan air besar.Herb-Lax Shaklee juga merupakan salah satu produk yang berasaskan herba.Jom kita tengok kenapa Shaklee menghasilkan Herb-Lax Shaklee.

ok, inilah rupa tablet Herb-Lax Shaklee.

KENAPA SHAKLEE HASILKAN HERB-LAX ?

Dalam dunia ini, banyak jenis julap iaitu : 

1. julap dari industri dadah/ubat.
2. julap dari industri perubatan herba.

Shaklee sangat mementingkan produk yang selamat dan keberkesanan produk terhadap pengguna menyebabkan Shaklee hasilkan sendiri Herb-Lax dengan 9 ramuan herba.

9 RAMUAN HERBA DALAM HERB-LAX.

1. Alfalfa
Oleh kerana akarnya yang panjang dan menyerap pelbagai mineral, ia berfungsi untuk detox darah, usus dan liver.Alfalfa yang digunakan sama dengan Alfalfa Complex Shaklee dan terdapat sedikit sahaja di dalam Herb-Lax.

2. Senna ( daun inai)
 Merupakan bahan utama dalam Herb-Lax dan berfungsi untuk mengalakkan pembuangan di hujung usus. 

3. Buckthorn Bark
Kaya dengan Magnesium dan berfungsi melembutkan najis.

4. Blue Malva Flower 
Berfungsi sebagai pelincir untuk memudahkan najis keluar dengan mudah.

5. Licorice Root
Membantu detoksifikasi. Shaklee menggunakan akar likoris untuk memperbaiki dinding usus.

6. Rhubarb Root
Berfungsi untuk laxatif dan melawan inflammation dalam usus.

7. Culver's Root
-Membantu masalah lebihan air dalam badan ( gemok air)
-Membuang dalam bentuk air sebab tu , lepas ambil Herblax najis keluar macam cirit birit.

8. Fennel Seeds
-Berkesan untuk sembelit,kembung perut.
-Berfungsi membuang toksin dalam usus.

9. Anise Seed
- Berfungsi untuk pencernaan 
- Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.

BAHAYA HERBLAX
  • tidak boleh di ambil secara berterusan lebih dari 14 hari.
  • Fungsi HerbLax mengalakkan pembuangan air besar jadi kena guna ketika ada masalah pembuangan sahaja.


Sekiranya anda mempunyai masalah pembuangan , sembelit, kerap kembung perut dan sakit ulu hati boleh lah berikhtiar dengan Herb-Lax Shaklee. Pastikan anda mendapatkannya dari team terlatih #SuperstarzFamily & #BuildByMe macam Cik Dila sendiri. Team kami boleh access terus dengan doktor berpengalaman dan mempunyai 20 tahun pengetahuan produk.

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan produk shaklee dengan lebih jimat.

No ID : 1211873




Friday, August 25, 2017

Amalan Berpantang Turun Temurun Versi Orang Jawa

Assalamualaikum. Hai semua.Bercakap soal pantang,  masih ada lagi orang yang berpantang secara kampung.  Hehe. Cik Dila pon berpantang style kampung yang mana berpantang selama 44 hari dan diteruskan sehingga 60 hari.Orang dulu dulu sangat menitik beratkan soal berpantang.  Mungkin orang sekarang semakin kurang berpantang menyebabkan banyak masalah kesihatan yang timbul.


Antara masalah yang timbul apabila tidak berpantang dengan betul :
- mudah masuk angin
- tak boleh langsung makan makanan berangin
-mudah rasa lemah badan
- rahim jatuh
- badan cepat letih
- seram sejuk
- dalaman sejuk

Sebab tu orang tua sangat menjaga dan akan pastikan kita berpantang dengan betul. Alhamdulillah Cik Dila  sendiri pon telah melalui fasa berpantang dan banyak yang Cik Dila belajar.  Jadi Cik Dila kongsikan di entry  ini untuk menjadi rujukan buat ibu2 yang bakal berpantang.  
.
Amalan Berpantang Turun Temurun Versi Orang Jawa

1. Berurut selama 3 hari 
Berurut ni sangat penting untuk melembutkan urat-urat yang tegang selepas bersalin. Masa kita menghadapi contraction yang sangat hebat,  seluruh badan kita menahan sakit menyebabkan urat menjadi tegang.  Jadi wajib berurut selama 3 hari berturutrut-tu untuk melegakan urat yang tegang.Selain itu, dapat melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan.  Seelok nya berurut sebaik sahaja bersalin kerana badan masih lagi lembut dan angin mudah masuk. 

2. Berstokin.
Wajib berstokin selama tempoh berpantang untuk elak angin masuk dalam badan.  Ini penting juga untuk elak daripada bentan (sejuk kat dalam).  Kalau boleh masa berpantang pastikan berada dalam keadaan berpeluh sentiasa.  Cik Dila masa berpantang memang berpeluh aje sampaikan rasa rimas dan busuk! Hehe.

3.Mandi air rebusan daun-daun
Mandi rebusan air daun-daun yang dipetik segar sangat menyegarkan!  Antara daun yang digunakan ialah daun sirih,  daun jambu batu,serai wangi.  Setiap pagi,  mandi lah air rebusan ni sampai 44 hari.  Insyallah kulit cantik dan badan pon segar. 



4. Bertungku
Bertungku memang amalam orang-orang kampung.  Ada yang bertungku dengan batu sungai yang bupat tu.  Taoi Cik Dila lebih selesa pakai tungku yang ada pemegang sebab senang nak songket rahim naik ke atas.

Kenapa kena bertungku? 
Bertungku untuk mempercepatkan rahim kecut selepas bersalin.  Bertungku juga membuatkan dalaman kita panas,  memudahkan darah nifas keluar dan membuang angin.  Bagi sesiapa yang mengalami senggugut yang teruk,  sangat digalakkan untuk bertungku. Bertungku ni ada waktu yang tertentu.  Bukan dibuat pada bila bila masa ye.  Waktu yang terbaik  adalah jam 5-6pagi dan 5-6 petang. Setiap hari bertungku lah sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Pasti kan kita tahu cara tungku dengan betul.Kalau tak tahu, boleh mintakan bidan ajarkan.  Selepas 30hari, baru boleh tungku di rahim dan songket untuk naikka  rahim.  Nanti lepas pantang,  boleh la amalkan senaman kegel untuk naikkan rahim pula. 

5. Param
Param atau di kenali sebagai bedak panas. Bedak panas digunakan selepas mandi dan sapukan ke seluruh badan dan biarkan ia kering.  Bedak ini akan memanaskan badan kita.  Dalam pantang,  badan tak boleh sejuk untuk elak bentan.  Jadi,  sangat perlu pakai dan makan benda-benda yangpoanas. 
Selain tu,  Cik Dila juga gunakan krim mustajab untuk sapu di bahagian perut dan paha untuk pecahkan lemak-lemak yang terkumpul sepanjang mengandung.hehe

6. Pilis
Pilis ni diletakkan di dahi /kawasan kepala untuk elak batu morayan naik ke mata yang menyebabkan pitam. Ini petua orang dulu-dulu.  Dalam pantang,  tak boleh tunduk untuk elak pening/pitam.  Tapi Cik Dila rasa memang betul sebab kalau selalu tundujk, kita akan rasa macam pening. Tapi ikut orang juga.  Ada orang alah dengan plis ni. Jadinya tak perlu la pakai.  Cik Dila pon alah tapi masa alah tu dah nak abis pantang.  Kualit bahagian pilis tu jadi kering  dan mengerutu terus Cik Dila stop pakai.

7. Jamu
Makan jamu untuk panaskan badan dan memberi tenaga. Selepas bersalin,  badan kita menjadi lemah dan penat akibat contraction dan proses melahirkan.Sebab tu,  jamu perlu di ambil di dalam pantang.  Tapi kalau ikut keluarga Cik Dila,  nenek dan mak Cik Dila sendiri makan jamU seumUr hjdup mereka.  Oh ye,  jamu yang Cik Dila makan adalah jamu yg dibuat sendiri oleh nenek Cik Dila.  Bukan tu sahaja,  jamu,  pilis dan param pon nenek Cik Dila yg buat. So memang yakin dan selamat sebab takde bahan kimia.  Semuanya guna rempah ratus aje yang di blender di masak dan ditapis. 


8. Bengkung
Bengkung ini adalah yang paling mencabar untuk isitomqah selama 44 hari dalam pantang. Hehe Sebabnya setiap kali nak ke tandas kena buka dan pakai semula.  Jadi sangat mujahadah dan kena rajin untuk ulang-ulang pakai.Sekarang pon dah banyak bengkung yang instant dan mudah tapi bengkung yang paling terbaik macam gambar kat atas ni.  Bengkung bukan sahaja dapat mengempiskan perut tapi berfungsinya juga untuk menaikkan rahim sebab tu kalau perasan simpulan tu berada di tengah-tengah dan mesti diikat ketat supaya bila kita duduk, rahim kita akan di songket naik.Selain itu,  bengkung yang kuat dapat mengempiskan perut yang buncit selepas bersalin. Kalau perasan perut kita akan sedikit buncit dan lembik.  Lembik tu disebabkan otot di kawasan perut menjadi lemah. Maka kenalah rajin buat sit up untuk bantu perut kembali anjal dan flat kembali.  

Ini sahaja rutin yang Cik Dila amalkan ketika dalam pantang.  Yang penting kena rajin dan berpantang dengan cara yang betul untuk kesihatan diri di masa akan datang.  Mungkin sakit tu tak datang sekrang tapi kesannya apabila usia kita tua nanti  .

Selain berpantang secara tradisional,  Cik Dila juga mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk kekal bertenaga dalam menguruskan rumah tangga, baby yang baru dilahirkan disamping susu badan meriah ibu pon tak stress. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan SET BERPANTANG SHAKLE,  
boleh lah dapatkan produk shaklee dengan Cik Dila atau
 team #SuperstarzFamily #BuildByMe kerana kami adalah team yang terlatih
 dengan pengetahuan produk 20 tahun serta doktor berpengalaman.  

Klik : Daftar Ahli untuk mendapatkan Produk shaklee dengan harga lebih Jimat.  

No ID: 1211873


Thursday, August 24, 2017

GLA COMPLEX SHAKLEE Lebih Baik Dan Berkesan Dari Evening Primrose Oil

GLA adalah singkatan bagi Gamma Linolenik Asid yang merupakan sebatian dari kumpulan omega 6.Sebelum Cik Dila ceritakan lebih lanjut mengenai GLA COMPLEX SHAKLEE ,  kita kena tahu omega ni ada banyak jenis iaitu omega 3 (minyak ikan Omega Guard), omega 5, omega 6,omega 9. Kesemua omega ni memerlukan ratio yang seimbang supaya dapat berfungsi dengan baik.Maksudnya tak boleh terlebih dan tak boleh terkurang.

inilah rupa GLA SHAKLEE berbentuk softgel.

Kira-kira 50 tahun dahulu, saintis menemui terdapat bahagian dalam tumbuhan boleh memperbaiki hormon wanita iaitu borage seed.GLA ini merupakan bahan aktif yang terdapat dalam EPO (Evening Primrose Oil). GLA mengandungi komponen asid yang badan tidak boleh hasilkan sendiri.

Kenapa Shaklee hasilkan GLA COMPLEX SHAKLEE?
1. Borage seed oil dalam GLA lebih kaya berbanding EPO. ( bukan senang nak dapat borage seed oil ni)
2. Mempunyai Vitamin E untuk menstabilkan GLA.
3. Mempunyai Prostaglandin
4. Kalis suhu panas yang sederhana.

Prostaglandin ini sangat penting untuk kesihatan prostat.

Antara kebaikan Prostaglandin ialah:
- berfungsi menstabilkan hormon
- bagus untuk sistem saraf
-menstabilkan sistem imun
- mengurangkan gejala menopause
- membantu masalah kencing tak lawas
- menjaga kesihatan jantung
- melawan keradangan

GLA BUKAN SAHAJA UNTUK PEREMPUAN. 

Bagi anda yang mengalami PMS atau sengugut yang teruk dan period tak teratur 
 atau mengalami masalah prostat bagi lelaki boleh lagi berikhtiar 
dengan GLA COMPLEX SHAKLEE. 
Salah seorang customer Cik Dila pernah berikhtiar dengan GLA COMPLEX SHAKLEE kerana sengugut yang teruk sehinggakan terpaksa ponteng kuliah.  Kesian kan?  Tapi dia bijak,  lepas doktor cadangkan untuk ambil EPO,  dia terus beli GLA untuk selesaikan masalah dia.  Dan Alhamdulillah  senggugut dia dah hilang sejak amalkan GLA COMPLEX SHAKLEE dan 
dia tidak lagi ponteng kuliah.

Pastikan anda mendapatkan produk shaklee dari team yang terlatih macam Cik Dila sendiri atau #SuperstarzFamily  & #BuildByMe dengan pengetahuan produk 20 tahun serta doktor berpengalaman.

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID  : 1211873


Tuesday, August 22, 2017

Khasiat Garlic Complex Shaklee: Kapsul Bawang Putih Terbaik

Garlic atau dikenali sebagai bawang putih digunakan sebagai antibiotik semulajadi.  Tapi bawang putih ini hendaklah dimakan secara mentah untuk mendapat khasiat yang mahal dalam bawang putih itu tersendiri. Masalahnya sekarang lebih ramai yang sukakan bawang putih di dalam masakan yang mana khasiatnya sudah pon musnah kerana suhu yang tinggi.  Sebab itulah Shaklee menghasilkan Garlic Complex untuk memenuhi keperluan manusia dengan khasiat bawang putih. 

Garlic Complex merupakan salah satu supplemen yang berasaskan herba.

Ok,  inilah rupa kapsul bawang putih,  Garlic Complex Shaklee.

Kenapa Garlic Complex dihasilkan?
1.  Bahan aktif iaitu Allicin sangat bagus yang terdapat dalam bawang putih tetapi ianya mudah termusnah melalui masakan atau suhu yang tinggi.
2. Garlic sangat bagus dimakan mentah tapi tak ramai yang sanggup nak makan bawang putih mentah setiap hari.
3. 10-20 ulas garlic mentah mesti dimakan setiap hari untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari bawang putih.  Tetapi mestilah bawang putih itu ditanam secara organik dan bebas racun perosak.

Manfaat Dari Garlic Complex.
  • natural
  • antibiotik
  • antifungal /antikulat
  • antivirus
  • dapat elak darah beku
  • melawaskan perut
  • membantu mengurangkan angin medu
  • melancarkan perjalanan usus
  • membantu merawat keputihan(bacteria) yang tidak normal 
  • mencairkan darah (berhati-hati sekiranya ambil ubat cairkan darah) 
  •  menstabilkan glukos dalam darah


Bahan Yang Terdapat Dalam GARLIC COMPLEX.

1. Bahan utama ialah Allicin. 
Allicin ni merupakan kumpulan sulfur yang mana ia sangat mudah termusnah dengan suhu yang tinggi.  Ia juga berbisa kepada microb.

2. VINYTHIDINS DAN AJOENE 
- Sangat berbisa untuk parasit, virus, kuman dan bakteria.
- dapat menipiskan kahak/mucus

3. Daun spearmint  dan rosemary
- membantu seimbangkan bau garlic
- membantu sistem pencernaan
- membantu penghadaman(buang angin)

Kenapa kena pilih Garlic  Complex Shaklee?
  •  diperbuat daripada garlic organik yang ditanam di California pada musim panas
  •  tidak boleh makan dengan perut kosong sebab ada kesan penipisan
  • 1 tablet garlic complex bersamaan  2 ulas garlic (bukan garlic kat Malaysia ni)


Sekiranya anda inginkan manfaat Garlic Complex Shaklee,  pastikan anda dapatkannya dari Cik Dila atau team terlatih kami #SuperstarzFamily & #BuildByMe dengan pengetahuan produk 20 tahun pengalaman serta doktor berpengalaman.

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.
No ID : 1211873


ESP Shaklee Testimoni 20 Tahun: Lelaki, Student, Ibu Hamil, Ibu Menyusu

Assalamualaikum semua. Hari ini Cik Dila nak kongsikan Produk Terkenal Shaklee iaitu ESP . ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan sumber protein berkhasiat tinggi dari kacang soya Non GMO.  ESP Shaklee ini dihasilkan oleh Shaklee dalam bentuk serbuk dan mudah dibancuh.Ok jom tengok apa specialnya ESP SHAKLEE ni sampaikan jadi kegemaran semua orang di Malaysia.

Inilah ESP shaklee yang menjadi kegemaran ramai.

KENAPA KENA PILIH PROTEIN KACANG SOYA? 

Protein ada 2 jenis iaitu protein dari tumbuhan (kacang soya) dan protein dari haiwan.
Beza protein kacang soya dan haiwan ialah :


Protein haiwan
- sumber dari daging,  ikan,  telur, tenusu
- mengandungi kolestrol
- risiko tinggi dengan bahan kimia iaitu suntikan hormon cepat besar, 
suntikan hormon tambah daging dan suntikan antibiotik agar elak sakit.



Protein tumbuhan 
- mengandungi 9 asid amino perlu yang kualitinya sama dengan protein haiwan. 
- tidak mengandungi kolestrol 
-mempunyai isoflavon yang tiada dalam protein haiwan



Ok,  dah nampak kan kenapa kita kena pilih protein tumbuhan sebagai sumber protein yang utama. 

Kebaikan Protein Soya.
- diperlukan untuk pertumbuhan kulit, kuku,  rambut dan otot yang sihat.
-mengandungi ISOFLAVON yang dapat Mengurangkan risiko kanssr payudara dan prostat serta melegakan gejala menopause.
- diperlukan untuk pembentukan sel-sel baru kerana setiap kali sel kita akan mati.
-menyokong paras LDL kolesterol sihat
-menyokong perkembangan bayi untuk ibu hamil
-penghasilan susu ibu yang penuh dengan nutrisi untuk ibu yang lepas bersalin dan ibu menyusu
- dapat meningkatkan sistem imun /antibodi.


Apa Istimewanya ESP SHAKLEE? 
1. 1 hidangan ESP bersamaan 14gram protein.
2. Tiada kolesterol
3. Rendah lemak
4. Non GMO -  Kacang soya yang digunakan dipantau rapi dan menggunakan suhu yang tidak merosakkan protein itu sendiri

Master Salwa atau lebih dikenali dengan gelaran MAMI dalam team #SuperStarzFamily mengamalkan ESP SHAKLEE lebih 20 tahun bersama adik lelakinya. Alhamdulillah adik lelakinya kekal menjadi seorang lelaki sejati ( isu jadi pondan bila makan soya) dan tahap kesihatan dalam keadaan baik ( bebas dari kanser) dengan izin ALLAH.

Oh ye,  sekiranya anda mempunyai penyakit kanser breast,  cyst, fibroid,  PCOS dan mendapat confirmation dari doktor anda tidak digalakkan ambil ESP.  

Bagi anda yang ingin dapatkan ESP SHAKLEE serta manfaatnya dengan cara makan yang betul, pastikan anda mendapatkannya dari Cik Dila atau team terlatih kami #SuperstarzFamily & #BuildByMe yang mempunyai pengetahuan produk dengan pengalaman 20 tahun.
 
Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga yang lebih jimat.
No ID : 1211873


Monday, August 21, 2017

Cara Detox Badan, Hati dan Usus Dengan DTX Complex

DTX COMPLEX merupakan salah satu produk shaklee yang berasaskan herba selain Herbalax, Alfalfa,  Peppermint Ginger dan Garlic. Herba yang digunakan adalah herba yang bebas daripada racun serangga. Ok, jom tengok macam mana rupa DTX ni.

Inilah tablet DTX Complex Shaklee

DTX bermaksud DETOX.
DTX Complex merupakan satu supplemen yang mengandungi kompleks herba-herba berpotensi yang terbukti secara klinikal dan terbukti dalam sejarah yang mana tumbuhan- tumbuhan ini sangat berpotensi untuk kesihatan HATI sebagai organ utama yang berfungsi sebagai detox semulajadi dalam badan manusia.

KENAPA PERLU WUJUDNYA DTX COMPLEX SHAKLEE?

Memandangkan pada hari ini terlalu banyak toksin yang masuk ke dalam badan kita melalui pencemaran, alkohol, stress dan sebagainya yang menyebabkan hati terbeban dan terpaksa bekerja keras untuk membuang racun sehingga hati tidak lagi efisien untuk melakukan tugasnya.  Sebab itu,  Shaklee hasilkan DTX untuk melindungi kesihatan HATI yang sangat penting dalam badan manusia.  
Kenapa HATI sangat penting ?
Hati sangat penting untuk vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E, K diproses sebelum dihantar ke usus untuk di serap ke dalam badan. Bila hati tidak berfungsi dengan baik, makan lah segala macam supplemen pon langsung tak akan memberi kesan.

6 BAHAN UTAMA DALAM DTX COMPLEX.

1. Milk Thistle
- 80% milk thistle ada dalam 1 tablet DTX.
- merupakan tumbuhan yang sejak berkurun lamabya terbukti dapat membantu hati menjadi sihat
- sangat kaya dengan Silymarin (bahan utama)
- elak kanser hati
- merawat hepatitis

2. Artichoke
- mempercepatkan pembentukan sel hati
-melancarkan cecair hempedu/bile pigmen

3.Tumeric(kunyit)
- kunyit yang digunakan adalah bebas racun serangga.
-mempunyai curcumin(bahan aktif)  yang bertindak sebagai anti inflammation, anti bacteria dan anti virus.

4. Reishi Mushroom
- menggunakan cendawan yang tua.
- berfungsi untuk immuniti
- melawan sel kanser

5. Dandelion
-sejenis bunga
- berfungsi untuk melawan hepatitis dan tumor
- membantu badan menyerap iron dengan lebih baik
- berfungsi membantu hati menurunkan gula dalam darah.

6. Schizandra
- fungsi lebih kurang macam kunyit.
- mempunyai antioksidan untuk proses Detox
-menghasilkan protein untuk membuat sel baru.
-elak toksin melekat dalam cell membrane di Hati. 

KENAPA KENA PILIH DTX COMPLEX SHAKLEE?

1. Tumbuhan-tumbuhan di dalam DTX sukar dijumpai.  Hanya di tempat yang mempunyai tanah yang terbaik untuk penghasilan herba yang terbaik.
2. Sekalipon herba ini di jumpai di MALAYSIA kemungkinan besar ianya telah tercemar dengan racun perosak.
3. Sukatan yang selamat.  Shaklee mempunyai saintis yang mengkaji dos sukatan yang paling selamat untuk dimakan. 

Bagi anda yang penting kan kesihatan HATI, USUS dan BADAN,  dapatkan DTX COMPLEX SHAKLEE ini dari Cik Dila sendiri dari team terlatih #SuperstarzFamily #BuildByMe. 

 Pastikan anda mendapat konsultasi serta cara maka  yang betul dari team kami dengan
 bantuan pakar nutrisi dengan pengalaman 20 tahun serta doktor berpengalaman.

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk shaklee dengan harga lebih jimat.

No ID : 1211873

Sunday, August 20, 2017

Shaklee Collagen Powder Minuman Kolagen Terbaik & Berkesan

Sebut je pasal kolagen kompem semua orang akan tertumpu kepada kecantikan. Jadi, hari ini Cik Dila nak memperkenalkan kepada semua tentang produk Shaklee yang diberi nama Shaklee Collagen Powder. Kalau kita tengok sekarang ni ramai yang amalkan kolagen untuk kulit tegang, awet muda dan kulit cerah.Tapi adakah kita pasti kolagen yang kita amalkan itu selamat untuk tubuh badan kita?
Kalau nak tahu,  sebenarnya kolagen di ambil dari sumber haiwan seperti lembu,  ayam dan ikan. Kolagen takde dalam tumbuhan ye. Jom kita tengok kenapa kena pilih kolagen yang terbaik macam Shaklee Collagen Powder ni.  

kolagen Shaklee dalam bentuk serbuk. 
1 kotak ada 15 sachet.


Apa Manfaat Kolagen? 

Selalu orang makan kolagen untuk kecantikan tapi sebenarnya manfaat kolagen yang utama adalah untuk kesihatan sendi.Kolagen dalam tubuh akan semakin susut seiring dengan meningkatnya usia. Sebab itu manusia memerlukan kolagen untuk memastikan kesihatan sendi dalam keadaan baik.  Tak lah nanti semakin berumur,  kita dah tak dapat nak sujud,  rukuk dan melakukan ibadah  dengan betul. Selain itu juga kolagen diperlukan untuk kuku,  rambut dan kulit yang sihat. 

KENAPA KENA PILIH COLLAGEN POWDER SHAKLEE?
 
1. Sumber yang halal.
Shaklee mengambil kolagen dari sisik ikan merah laut dalam yang mana sumbernya sudah tentu halal kerana tak perlu risau isu di sembelih atau tidak kerana menggunakan sisik ikan.  Sebagi umat Islam kita wajib pastikan kolagen kita makan tu adalah dari sumber yang halal.

2. Kesihatan. 
Sisik ikan mempunyai kolagen dalam molekul yang besar.  Oleh sebab Shaklee sentiasa akan pastikan semua produknya selamat untuk pengguna, Shaklee mengambil langkah memperhaluskan molekul kolagen dengan menambah  laktobasilus asidofilus probiotik agar mudah diserap semaksima mungkin dalam tubuh manusia. 
Risiko yg terjadi apabila molekul dalam kolagen besar,  badan tak dapat serap dengan baik menyebabkan kolagen ini akan berlegar-legar dalam badan dan tersangkut kat mana mana yang bahagian dalam badan dan akhirnya terkumpul menjadi ketumbuhan dan ketumbuhan ini dikenali sebagai FIBROID! Haa,  takut tak?  Sebab itu jangan sembarangan makan kolagen jika belum pasti selamat sebab takut penyakit lain pulak yang datang tak tentu pasal.

3. Kecantikan
Sebenarnya kolagen lebih diperlukan untuk sendi. Oleh kerana orang sekarang sangat sukakan kolagen untuk kecantikan, maka shaklee telah menambah Vitamin  C dan Vitamin B yang berfungsi untuk menyerikan serta mencerahkan kulit.Sebab itu kalau kita perhatikan orang yang amalkan Shaklee Collagen Powder insyallah dalam masa 2 minggu dah nampak perubahan.  Ini pentingnya molekul yang kecil untuk mudah di serap oleh badan dan juga peranan vitamin C dan vitamin B  untuk kulit.

4 kotak kolagen Shaklee Insyallah dapat membaiki :
- kelembapan kulit
- kekedutan kulit
- keserian kulit
- kelembutan kulit 


Bagi anda yang ingin mendapatkan Shaklee Collagen Powder, pastikan anda dapatkan dari team terlatih macam Cik Dila sendiri dari team #SuperStarzFamily & #BuildByMe untuk konsultasi terus dengan pakar nutrisi dengan pengalaman 20 tahun bersama doktor berpengalaman.

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk Shaklee jauh lebih jimat! 

No ID : 1211873


Carotomax Shaklee: Beta Carotene & Pelbagai Antioksidan Hebat

Assalamualaikum. Adakah anda seorang yang rabun? Entry kali ini Cik Dila nak kongsikan tentang Vitamin Carotomax Shaklee yang mana sangat berkesan untuk sesiapa yang ingin turunkan power kaca mata anda. Shaklee menghasilkan Carotomax adalah untuk memenuhi keperluan vitamin A kepada manusia.  Haa,  kenapa penting nya vitamin A ni pada manusia?  Jom kita tengok. 

inilah rupa Carotomax Shaklee. 
Kecil molek tapi sangat bermanfaat untuk tubuh kita.

Fungsi utama Carotomax adalah membekalkan vitamin A kepada manusia.
Pentingnya kita mengambil vitamin A adalah kerana ia merupakan micronutrient yang wajib ada untuk digunakan oleh sel untuk fungsi kehidupan. Dan badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin A dengan sendirinya.  Sebab tu,  kita kena ambil dari sumber makanan iaitu lobak merah dengan syarat hendaklah di ambil secara mentah.  Hehe. sanggup ke?

Fungsi Vitamin A
- sangat terkenal dengan kesihatan mata
-untuk kesihatan sendi dan pertumbuhan sistem rangka
-untuk kesihatan mucus membrane yang sihat
-mengelakkan rabun malam
-meningkatkan sel darah putih.
- kulit jadi pinkish
-merendahkan risiko penyakit auto immune
Apa jadi jika kita kekurangan vitamin A? 
- rabun malam
-kelemumur yang tiada kesudahan
-kulit bersisik
-asyik selsema
-mulut selalu kena ulser

Ok,  dah tahu kan apa manfaat Vitamin A. Jom kita berkenalan pula dengan vitamin Carotomax Shaklee.

Apa itu CAROTOMAX Shaklee?

CAROTOMAX membawa maksud CAROTO iaitu carotenoid dan MAX iaitu maximum kerana carotomax mengandungi 6 jenis carotenoid yang paling maximum. Bahan utama carotomax ialah Astaxanthin dan Beta Carotene.

6 Jenis Carotenoid :

1. Astaxanthin
-Astaxanthin membawa pigmen yang berwarna merah kemerahan. 
- terdapat dalam ikan salmon dan lobster
- merupakan antioksidan paling tinggi daripada Vitamin E

2.Alpha Carotene
- merupakan sebatian yang sama dalam tumbuhan yang mengandungi Beta Carotene.
- bezanya Alpha Carotene  tidak menjadi vitamin A di dalam badan.  Tapi Beta Carotene akan menjadi vitamin A didalam badan.
-kaya dengan antioksidan

3. Beta Carotene
- bila badan memerlukan vitamin a, beta Carotene akan menjadi vitamin A.  Jika badan tidak memerlukn vitamin A,  beta Carotene akan di simpan di tisu badan sebagai antioksidan. 
Sebab itu ,  siapa yang amalkan carotomax ,  jangan hairan kulit dia akan jadi pinkish kerana beta Carotene ini yang berwarna merah kemerahan (ke arah pink)  duduk di bawah kulit sebagai Antioksidan.

4 . Lycopene
-merupakan pigmen yang berwarna merah
- terdapat dalam buah-buahan seperti tomato dan tembikai
- shaklee ambil lycopene dari buah tomato.

5. Lutein
-merupakan pigmen berwarna kuning gelap.
-sumber yang sama dengan zeaxanthin
- shaklee ambil Lutein dari buah labu

6.Zeaxanthin
-merupakan pigmen berwarna kuning gelap.
-sumber yang sama dengan Lutein
-shaklee ambil zeaxanthin dari jagung.

Kalau anda perasan,  Shaklee ambil 6 jenis carotenoid ini semuanya dari sumber tumbuhan yang mana langsung tiada kolesterol, tiada transfatty asid dan sudah tentu selamat untuk diamalkan. 
Tapi bagi ibu yang hamil,  Cik Dila tidak mengalakkan anda mengambil carotomax ketika hamil kerana kandungan vitamin A boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi.

Jadi,  bagi anda yang mencari supplement untuk hilang rabun atau pon untuk
 kesihatan mata yang optimum,  boleh lah berikhtiar dengan Carotomax Shaklee.
Pastikan anda mendapatkan produk shaklee dari team yang terlatih macam
 Cik Dila sendiri dari #SuperstarzFamily &  #BuildByMe

Klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih jimat.
No ID: 1211873


Thursday, August 17, 2017

B-Complex Shaklee : Vitamin B Lengkap Dengan Asid Folic

Assalamualaikum. Harini Cik Dila nak perkenalkan kepada semua mengenai vitamin yang agak famous di kalangan ibu mengandung. Vitamin B complex sangat terkenal di kalangan ibu-ibu hamil untuk elakkan kecacatan pada janin. Sebenarnya bukan itu sahaja peranan vitamin B pada tubuh kita tau.  Vitamin B adalah vitamin yang sangat penting yang diperlukan oleh badan kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin B dengan sendiri.  Nak tak nak kita kena ambil dari makanan.   
Tapi masalahnya Vitamin B ini sangat sensitif dengan  tekanan,  alkohol( perfume,  produk skincare) , toksin dan haba.  Itu sebab banyak masalah berkaitan dengan kesuburan,  kecantikan dan emosi terjadi akibat kekurangan vitamin B. Ok jom kita apa beza Vitamin B kat luar sana dengan Vitamin B-Complex Shaklee.

ini lah rupa vitamin b complex shaklee


Vitamin B juga merupakan micronutrient yang mempunyai molekul yang lebih kurang sama tetapi mempunyai tugas yang berbeza. Haa, jom kita tengok 8  jenis vitamin B yang perlu kita tahu.

1) Vitamin B1 (Tiamin)
2) Vitamin B2 (Riboflavin)
3) Vitamin B3 ( Niasin)
4) Vitamin B5 ( Asid Pantotenik)
5) Vitamin B6 ( Pieredoxin)
6) Vitamin B12 (Cobalamin)
7) BIOTIN (paling mahal dan paling susah nak dapat dari makanan)
8) ACID FOLIK

Apabila kesemua 8 vitamin B ini bergabung , hasilnya sangat superb dan memberi manfaat terbaik pada tubuh! 

Simptom Kekurangan Vitamin B dalam tubuh kita :

- mudah lupa
- mudah sentap / terasa
- kepenatan melampau
- susah nak fokus
- otot lemah
- mudah rasa kebas-kebas
- badan gemuk air
- sakit kepala/ migrain
- ekzema
- ulser
- bibir pecah-pecah walaupon minum banyak air
- keputihan
- kulit sensitif
- anak lahir berkerak
- anemia
- kurang selera makan


Manfaat Vitamin B Complex :

- kuatkan daya ingatan 
- boleh menguruskan badan ( especially gemok air)
- sistem saraf sihat
- rambut lambat beruban
- tidur lena
- metabolisma sihat

Syarat Nak Pilih Vitamin B Complex :

1. Pastikan ada ke semua 8 jenis vitamin B 
2. Pastikan ada BIOTIN ( natural) 
3. Pastikan kandungan ASID FOLIK & BIOTIN 100% 
4. Bcomplex kena ambil setiap hari kerana ia larut air dan mudah diserap oleh tubuh.

BIOTIN sangat penting untuk badan manusia tetapi sangat susah dijumpai dalam makanan.Kebanyakan Vitamin B diluar sana tidak mengandungi 100% BIOTIN dan kemungkinana besar BIOTIN nya bersifat sintetik. Ini yang Cik Dila risaukan! 

sumber makanan yang mengandungi BIOTIN :
- kekacang
- walnut
- kuning telur (mentah)

Walaupon dalam makanan yang Cik Dila sebutkan ada mengandungi BIOTIN tapi susah untuk kita amalkan setiap hari kerana harga kacang walnut yang mahal dan tak sanggup nak telan telur kuning yang mentah macam tu je demi mendapatkan khasiat B complex yang lengkap. Sebab itu , Shaklee hasilkan Vitamin B complex Lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B ini untuk memudahkan kita mendapat manfaat yang terbaik untuk tubuh badan.



APA BEZA ANTARA VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE DENGAN VITAMIN B YANG LAIN?

  • Vitamin B Complex Shaklee membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang dan menepati kadar yang sepatutnya yang ditetapkan oleh WHO & URSDA.
  • NATURAL bukan sintetik.
  •  HALAL
  •  100% BIOTIN DAN ASID FOLIK yang diperlukan.
  • Mendapat kelulusan KKM
  • Larut dengan cepat
  • bersifat natural
  • Bebas GST
  • Diperakui oleh KKM
  • Sebotol B Complex Shaklee ada 120 biji ( tahan 4 bulan) 


AWAS!
B COMPLEX JIKA AMBIL SECARA BERLEBIHAN
 AKAN MENJADI TOXIN.

Bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat penuh dari B Complex Shaklee, 
 pastikan anda dapatkan produk shaklee daripada team #SuperstarzFamily untuk 
konsultasi secara terus dengan pakar nutritionist dengan pengetahuan produk yang 
diperolehi dari pengalaman 20 tahun dan bimbingan doktor berpengalaman.

No ID : 1211873
#SuperStarzFamily
#BuildByMe




Alfalfa Complex Shaklee Herba Klorofil 1001 Manfaat

Assalamualaikum. Entry kali ini Cik Dila ingin memperkenalkan Alfalfa Complex merupakan produk signature Shaklee. Alfalfa sejenis tumbuhan yang mempunyai 1001 manfaat sejak 100 tahun dahulu lagi kerana akar yang panjang menjunam ke dalam tanah sehingga mencapai sejauh 20kaki ke dalam .Akar yang panjang inilah yang menyerap pelbagai zat yang terdapat dalam tanah.Alfalfa atau dikenali sebagai Medicago sativa juga dikenali sebagai raja segala tumbuhan.  Alfa, dalam bahasa Arab bermaksud seribu dan Alfalfa bermaksud beribu-ribu oleh kerana ia mempunyai 1001 manfaat yang hebat. 
inilah rupa Alfalfa Complex Shaklee

Apa Istimewanya Alfalfa Complex Shaklee?

- ditanam secara organik di kawasan pedalaman California, tanah yang paling subur.
- bebas dari racun serangga
- hanya daun yang paling matang dipilih kerana mengandungi klorofil yang paling tinggi
- daun yang dipilih akan dikeringkan secara semulajadi iaitu nelalui udara dan matahari
- setelah dikeringkan akan dicompress menjadi tablet.
- 1 tablet Alfalfa bersamaan 300mg alfalfa kering. 
- mengandungi nutrient yang diperlukan oleh tubuh termasuk kalsium dan protein.

Manfaat Alfalfa Complex.

- Alfalfa bersifat alkali dan badan akan terlindung daripada kanser (badan berasid)
- detox usus
- detox hati
- memenuhi kelengkapan mineral yang badan perlukan
- membantu mengurangkan alahan
- kaya dengan fiber
- membantu menghilangkan bau badan
- membantu mengurankan simptom kegatalan
- membantu menghilangkan keputihan

Alfalfa Complex Shaklee mempunyai 2 saiz iaitu :
1) saiz Small : 330biji tablet (RM61)
2) saiz Large : 700 biji tablet (RM109)

Sekiranya anda seorang penghidap cyst,  fibroid,  PCOS, breast cancer anda tidak digalakkan mengambil Alfalfa kerana di dalam Alfalfa terdapat bahan yang boleh aktifkan hormon phytoestrogen.

Bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat penuh dari Alfalfa Complex Shaklee  pastikan anda dapatkan produk shaklee daripada team #SuperstarzFamily untuk konsultasi secara terus dengan pakar nutritionist dengan pengetahuan produk yang diperolehi dari pengalaman 20 tahun dan bimbingan doktor berpengalaman.

No ID : 1211873
#SuperStarzFamily
#BuildByMe


Sunday, August 13, 2017

Pengedar Shaklee Sekitar Seremban

Assalamualaikum. Entry harini Cik Dila nak memperkenalkan kepada anda semua Pengedar Shaklee Seremban untuk anda mendapatkan produk Shaklee secara COD atau Self Pickup di lokasi yang ditentukan bersama.


Di Seremban ini, Cik Dila bergerak dalam satu team yang mana anda boleh pilih mana-mana Pengedar Shaklee Seremban yang Cik Dila senaraikan kat bawah ini. Insyallah kami akan bantu anda mendapatkan produk shaklee yang terbaik sesuai dengan kesihatan anda.

Cara Hubungi Kami :

1) Puan Khairunnisa Ramli
FB : Khairunnisa Ramli
Instagram :ibuanaksihatdotcom
No tel : 013-3943706

2) Puan NurulHayati Azman
FB : Hayati Azman
Intagram: yati.healthbeautycare
Blog: ohsemhealth.blogspot.my
No tel : 017-6890244

3) Cik Aina Farina Abdullah
FB:Aina Farina Abdullah
No tel:019-5226992


Kami menyediakan servis :

1. COD atau Self Pickup ditempat yang ditentukan bersama.
2. Boleh mendaftar ahli dengan kami untuk mendapat harga yang jauh lebih jimat.
3.Boleh mendapatkan konsultasi secara percuma. Exclusive untuk pelanggan kami sahaja.

Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan mengenai Shaklee,
 boleh hubungi kami di no telefon yang tertera dia atas 
atau hubungi Cik Dila di 0145010786 .


Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Normal

Assalamualaikum.

Entry kali ini nak bercerita mengenai pengalaman bersalinkan anak pertama Cik Dila yang diberi nama Muhammad Ammar. Alhamdulillah Cik Dila bersalinkan Muhammad Ammar secara normal pada 4 Jun 2017,  jam 3.18 petang di bulan Ramadhan. Kalau nak diikutkan masa tu Ammar baru je 38weeks 3days. Nampaknya baby nak keluar awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu 14 jun 2017.hehe.Masa ni Cik Dila dah standby dah kat rumah mak di Pahang untuk bersalin. 

3 Jun 2017 bersamaan 6 Ramadhan

Start jam 4 pagi,  masa tengah Cik Dila syok tidur tetiba je rasa sakit.  Masa tu teringat sakit tu sama macam sakit masa Cik Dila gugur dulu.  Terus bangun dari tidur dan bagitau mak. Sambil tu Cik Dila catat masa nak tengok sekerap mana contraction tu. Masa tu boleh lagi sahur. Tapi bila siangnya tu macam dah tak tahan je rasa sakitnya tu terus berbuka minum air.  Dan hari pon berlalu sambil disulami sakit contraction.  Malam tu pergi hosptal untuk cek sama ada dah ada bukaan ke belum. Tapi nurse bagitau belum ada bukaan.  Maka Cik Dila pon balik lah rumah semula. 
Malam tu,  sakit makin kerap sampai tak boleh tidur.  Tidur lena kejap je pastu bila contraction datang terus menahan sakit sambil gengam tangan husband yang tengah lena tidur sekuat hati. Hehe.
Sampai pagi tu macam rasa dah sakit sangat je.  Pagi tu dah tak sahur dah sebab tengah sakit dah tak mampu nak bangun dan makan. 

4 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan

Masa subuh tu,  pergi buang air lepas tu macam ada benda keluar.  Sekali tengok dah keluar tanda lendir campur darah.  Cik Dila ni penakut sikit orangnya.  Kalau ikutkan mak Cik Dila,  dia kata tunggu dah sakit sangat la baru pergi.  Tapi Cik Dila  tak berani pulak.  Almaklumlah anak pertama.  Rasa takut kalau tetiba terberanak kat rumah. Sampai je hospital dengan berkain batik terus cek bukaan.  Nurse kata bukaan baru 2 cm. Dia terus suruh duduk kat ward.  Tapi suami Cik Dila tak boleh masuk.  Menahan sakit la sorang-sorang dalam ward. Masa tu,  nak baca zikir ke apa dah tak ingat apa dah.  Nurse tu suruh tarik nafas, hembus nafas tu je.  Pastu tak tahan sangat dah,  suruh nurse cek lagi,  dia kata 6 cm dah masa tu dalam pukul 11 pagi camtu.  Contraction makin sakit sampai tak boleh nak makan.  Rasa macam lemah sangat menahan contraction.  Masa ni bebetul rasa nak meneran.  Nurse tu bagitau jangan teran nanti bengkak.  Cik Dila tak tahu nak bernafas dengan betul dah.  Setiap kali tarik nafas hembus mesti rasa nak terteran gak.  Sampailah contraction makin kerap,  nurse suruh baring dalam Labour room dulu.  Kali ni memang rasa nak meneran sesangat dah sampai terkencing atas katil labour room tu.  Banyak pulak tu. Haha.  Dah tak peduli dah terkencing ke apa.  Janji nak teran jam tu gak!  Nurse tu tengok Cik Dila macam dah sakit sangat je terus dia cek jalan,  dia kata dah fully 10cm bukaan.  Terus kangkang leluas dan mula lah proses PUSH PUSH PUSH.

Tak sangka pulak hospital yang Cik Dila pergi ni,  takde doktor pakar.  Jadinya dia bagi masa 40minit untuk keluarkan baby.  If tak berjaya kena hantar hospital lain pulak.  Cik Dila memang teran sehabis tenaga tapi apakah daya contraction tak lama.  Tengah2 teran,  dah takde rasa.  Banyak kali juga lah meneran sampai dah fed up.  Nurse pon garang semacam suruh Cik Dila teran bebetul sampaikan tak tahu dah macam mana nak teran.  Masa ni suami Cik Dila ada kat sebelah.  Cik Dila tahu suami Cik Dila ni tak berani sangat bab2 tengok darah banyak.  Tapi dia beranikan juga diri teman Cik Dila.  Last2 bila suami keluar untuk setelkan dokumen untuk transfer hospital,  si Ammar ni pon keluar dengan jayanya. Masa ni Cik Dila rasa speechless tengok anak sendiri.  Allahuakbar,  tak sangka saat itulah Cik Dila dah jadi seorang ibu.  

Baby Ammar masa umur sehari 

Pengorbanan seorang ibu tak berhenti setakat tu je,  lepas je Ammar keluar nurse pon mula lah menjahit Cik Dila.  Agaknya Cik Dila koyak banyak sampaikan 3 jam kena jahit.  Fuhh!  Seram dengar.  Masa jahit tak rasa sakit sangat pon tapi ngeri sebab kat bawah tu kann. 

Kesimpulan yang Cik Dila boleh buat lepas pengalaman bersalin ni adalah contraction nak beranak rupanya yang paling sakit berbanding sakit kena jahit. Serius!  Lepas ni kena belajar macam mana nak hadapi sakit contraction untuk anak kedua pulak. Ehh. Hehe insyallah 3 tahun lagi. 
Apa-apa pon Alhamdulillah  syukur kerana Allah  bagi peluang pada Cik Dila  menjadi seorang isteri dan kini menjadi seorang ummi buat Muhammad Ammar. 

Doakan anak Cik Dila membesar dengan sihat bak juara!