Tuesday, July 4, 2017

Senarai Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital Bersalin.



Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi harini genap sebulan sudah baby saya dilahirkan. Tiada apa yang saya harapkan melainkan baby yang saya lahirkan ini membesar dengan sihat dan menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Kalau ikutkan due yang doktor bagi mengikut tarikh last period ialah 14 June 2017. Tapi nampaknya baby keluar awal 10 hari dari tarikh yang dijangka.hehe

Untuk first pregnancy ni, memang dah bercadang nak balik Pahang, bersalin dan terus berpantang kat sana. Almaklumlah baby first , i really need my mom. hee.So far , barang-barang semua dah di checklistkan untuk jadikan rujukan untuk first time mommy to be.

Ini adalah senarai barang penting yang dirasakan perlu untuk dibawa ke hospital :

Checklist barang ummi (hajat nak anak-anak panggil ummi) :

 1.  Buku Merah
  Buku ni memang penting, tak boleh tinggal ye. Kena bawa untuk kegunaan pihak hospital.

 2. Maternity Pad
Yang ni, saya guna pad overnight je, pad yang biasa saya guna bila datang bulan sebab ni je yang paling selesa.

3. Kain batik, baju, tudung
Kain batik untuk pakai bila dah boleh discaj.Mak kata lepas bersalin kena pakai kain batik je. Gigih lah mencari lagi 2 pasang kain batik sebab kat rumah ada 2 helai je. hehe . Tudung pon dah prepare yang sarung je senang tak perlu nak pin-pin bagai. leceh kot. haha

 4. Stokin 

Stokin kena pakai untuk elak masuk angin. Bukan kite je yang masuk angin, baby pon akan masuk angin sebab menyusu badan kan.

5. Selipar
Haa, ni penting, jangan pakai kasut lak pi hospital. Ikut suka lah nak bawa spare selipar atau pakai je terus selipar masa pergi hospital nanti.

 6. Tuala mandi, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka
Ni pon penting, biasanya lepas bersalin kena stay kejap kat wad bersalin kan? So make sure barang -barang mandi ada untuk bersihkan diri.

 7. Seluar dalam dan bra nursing

Haa, ni pon jangan sampai terlupa bawak pulak.

8. Buah kurma

Buah kurma standby untuk bagi tenaga masa bersalin nanti. Moga dipermudahkan proses bersalin nanti insyallah.

9. Set bersalin shaklee

Untuk set bersalin Shaklee tak jauh beza pon dengan Set Hamil dan Set Berpantang. So, bawa siap-siap ESP untuk bagi tenaga , BCOMPLEX untuk melegakan saraf dan elak stress lepas bersalin nanti, OSTEMATRIX untuk melegakan otot dan paling penting elak sembelit lepas bersalin.

10. Beg plastik baju kotor.
Plastik ni penting untuk asingkan baju yang kotor. Takdelah baju kotor dan baju bersih campur satu tempat.

11. Minyak angin.
Bawa minyak angin untuk sapu atau urut bahagian yang sakit masa nak bersalin nanti.

Ok, setel bahagian ummi punya barang. hehe

Senarai keperluan untuk barang baby :

1. Pampers newborn



Pampers ni saya dan suami decide beli sepeket yang sederhana je. Ada 40 keping. Cukuplah untuk test dulu sebab tak tahu lagi saiz baby.Nanti boleh beli lagi. Tapi nak bawak ke hospital tak perlu banyak-banyak. Hanya bawa 10 keping pampers je letak dalam bag baby.

2. Baju baby

ini hasil tangkapan saya dan suami untuk baju baby kami. Tapi untuk bawa pergi hospital, saya sediakan :

Baju lubang-lubang  - 1 helai
Baju dan seluar lengan panjang - 2 helai
Rompers - 1

saja bawa spare lebih sikit kot lama kena tahan kat wad kan? Bawa je lebih takpe , jangan bawa kurang. kang susah pulak.

3.Barut BABY



Barut is penting untuk elak baby kembung perut dan mudah masuk angin.Barut ni akak ipar bagi , jadi memang tak beli yang baru. bawa dalam 3 helai pon cukup.Barut ni akak ipar yang bagi. Jadi guna je mana yang ada sebab kejap jee baby pakai barut kan.hehe

4. Selimut atau kain bedung

Sebenarnya tak beli pon kain bedung sebab tak jumpa yang dicari. Jadinya guna yang akak ipar bagi yang ada hood tu.

 5. Tuala mandi

Tuala mandi baby , ummi dah beli 2 helai , satu warna biru , satu lagi warna hijau. Tapi ikut pengalaman memang kena beli lebih sebab kekadang tuala tu terkena kencing atau berak baby.

 6. Sapu tangan

Sapu tangan ni  penting untuk baby sebab mudah muntah susu. so nak elak dari kesat guna baju baby baik sediakan sapu tangan.

7. Spray Air & Tisu basah / wipes


Wipes ni penting untuk baby yang baru lahir. Kalau baby berak atau kencing tak perlu kita nak bawa ke toilet untuk basuh. cukup sekadar spray air dan lap guna wipes.


 8. Stokin & sarung tangan

Stokin dan sarung tangan baby penting tau! jangan sampai lupa bawa. Baby baru lahir mudah sejuk, kena pastikan sentiasa pakai stokin dan sarung kaki.

 9. Minyak telon

Minyak telon ni puas saya cari dan alhamdulillah jumpa juga. Dulu masa kitorg kecik memang mak guna minyak telon ni untuk sapu kat perut baby untuk elak kembung. Sampai sekarang yakin dengan minyak telon ni.

10.Topi


Topi baby ni diperlukan bila nak keluar dari hospital. Kepala baby kan lembut lagi, jadi lebih elak kepala tu ditutup.Lagipon suka sangat tengok baby pakai topi. Its sooooo cute! hehe
tapi kepala baby terlalu kecik nak pakai topi ni. hehe takpe simpan sampai baby muat la jawapnye.

nilah beg yang dibawa ke hospital.


masa 38 weeks tu memang bawa je beg ni kemana-mana sebab mak kata standby je kot2 tengah berjalan nak bersalin ke apa kann. Dan akhirnya 38 weeks 4 days dah mula rasa sakit contraction. 

okla, nanti saya share pengalaman saya bersalin ye untuk next entry.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untu pembaca blog ini. :)

Post a Comment