Saturday, May 27, 2017

Supplement Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kini kita sudah pon memasuki bulan Ramadhan.  Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa ketika sedang sarat hamil. Insyallah dijangka bersalin pada 14 JUN 2017 tahun ini. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye! nervous dupdapdupdap pulak bila difikirkan. hehe

Oh ye, Ramadhan kali ni, saya sangat semangat nak share Supplement yang saya ambil untuk kekal bertenaga sepanjang puasa. Kalau sebelum ni puasa rasa mudah lemau, letih pastu bila dah petang je rasa takde tenaga langsung. Tapi insyallah dengan supplement yang saya ambil ni sangat memberikan kesan yang best dan terbaik sepanjang puasa dengan izin Allah jua.

Nak tahu apa supplement yang saya ambil?

SET RAMADHAN SHAKLEE.

kenapa produk shaklee ini dikatakan Set Ramadhan Shaklee? sebabnya, set ini sangat membantu dari segi tahap kesihatan sepanjang berpuasa. Antaranya ialah MEALSHAKE, PERFORMANCE DRINK dan semestinya ESP.

ENERGIZING SOY PROTEIN




semua orang tahu ESP merupakan produk yang LAKU KERAS dalam shaklee ni. ESP merupakan sumber protein soya Non-Gmo yang mempunyai glisemik index yang rendah. Glisemik Index yang rendah dapat membantu perut kenyang lebih lama kerana tenaga yang dilepaskan secara perlahan-lahan. Sebab tu, bila bersahur dengan ESP kita pasti akan rasa kenyang dan bertenaga sepanjang berpuasa. Lagi satu, kajian saintifik telah membuktikan dalam ESP ni mempunyai 9 asid amino perlu yang tak dapat di produce oleh tubuh kita sendiri tau. Haa, bukan itu sahaja, ESP juga tidak mempunyai kolestrol , jadi tak perlu risau ye dengan ESP kita takkan jadi gemuk kalau tahu cara pengambilan dengan betul.

Tak percaya? Anda wajib cuba tau! Bukan itu sahaja, banyak manfaat ESP ni untuk tubuh. Jangan terkejut kalau kulit makin cantik, parut menghilang dan gastrik pon hilang sapanjang puasa ni.


MEALSHAKE


Mealshakes ni merupakan multivitamin yang dapat menampung kelompongan nutrisi badan kita. Bagi korang yang tidak mampu nak telan tablet, Mealshakes adalah cadangan untuk anda mendapatkan kesemua multivitamin dan multimineral. Mealshake ni diperbuat daripada susu lembu dan berperisa vanila. Bau nya sangatlah wangi macam aiskrim vanila tau! hehe. Siapa yang pernah minum Mealshake mesti dia tahu. Sangat di galakkan untuk ambil ketika berpuasa untuk menampung kelompongan nutrisi yang kurang dalam badan. Maklumlah bila berpuasa , tak sempat nak makan bermacam jenis sayur, dan buah kan? apatah lagi makanana seimbang. So, inilah fungsi supplement ni diperlukan dalam tubuh kita. Bukan itu sahaja, korang je boleh melatih anak-anak untuk berpuasa dengan mealshakes ni tau. Insyallah sangat membantu anak-anak anda berpuasa dengan gembira. 


PERFORMANCE DRINK


Performance Drink atau lebih mesra dikenali sebagai PD, ni antara minuman kegemaran saya untuk kekal hidrat sepanjang hari. Minuman ni sangatlah sedap apabila diminum dengan air sejuk.Apatah lagi ianya berperisa oren, tiada pewarna & pemanis tiruan, tiada kolestrol, tiada gas dan tiada gula. Best kan? minuman sihat untuk kita sekeluarga amalkan sepanjang puasa ini. Bukan setakat sedap dan sihat tapi dapat membantu badan untuk kekal hidrat walaupon berpuasa. Ini sangat penting sebab ketika berpuasa badan kita akan kekurangan air.Sebab tu, kita akan rasa macam nak pitam lah, mengigil badan dan bibir kekeringan. 


Supplement ini hanya membantu menampung kelompongan nutrisi dalam badan bukan lah merawat penyakit. Jadi bagi anda yang sentiasa ingin memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang baik, dan kekal cergas , anda wajib ambil set ini dan rasai perbezaan puasa anda kali ini ! 

apepon, ikhtiar untuk kekal cergas di bulan Ramadhan agar kita semua dapat beribadah dengan gembira dan bertenaga. Nak terawih 8 rakaat pon takde hal lah! :)

Ingin mendapatkan Set Ramadhan Shaklee?
boleh segera contact saya di talian yang tertera di bawah ini. 

Saya GUNA, saya JUAL, saya CONSULT :)

Post a Comment