Wednesday, May 17, 2017

Mee Goreng Basah Sedap!

Assalamualaikum. Lama menyepi daripada berblogging. Ini semua gara-gara pemalas nak menaip. haha. Bukan apa, sejak mengandung ni mood lain macam. Mohon doa semua supaya sis cepat sedar diri yang blog ni ada tuan! hehe

okla, dah lama tak share resepi masakan kan? benda paling best dalam hidup try resepi dan makan!
pastu gemuk jangan salah kan orang lain pulak. haha. Don worry vitamin Shaklee kan ada.

Kalau nak tahu, mee goreng basah is my favourite masa zaman bujang-bujang dulu. Tapi sejak peristiwa order mee goreng basah kat kedai macam mee hailam, sis jadi kecewa! Baik buat sendiri kat rumah, Lagipon dah lamaaaaa sangattt tak makan mee goreng basah ni sebab mee kuning sekarang banyak kapur. Last-last teringin , beli juga mee kuning kat MYDIN SENAWANG. Alhamdulillah mee dia sedap dan takde kapur langsung!



BAHAN-BAHAN :
  • sebungkus mee kuning ( boleh makan 3 orang) 
  • cili kering diblender lumat ( ikut suka banyak mana)
  • bawang merah di potong bulat
  • bawang putih di cincang halus
  • sawi
  • sotong
  • ayam dipotong dadu
  • cili padi potong
  • kicap manis
  • kicap masin
  • sos tiram
CARA MASAK :

  1. Basuh mee kuning dengan air , basuh banyak kali lebih baik sambil gaul2 dengan tangan.
  2. Panaskan kuali dengan minyak sikit. 
  3. Tumis bawang putih dan diikuti dengan bawang merah sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan cili kering yang diblender tadi.Letak sos tiram, kicap manis dan masin. Masak sampai pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sotong dan secawan air. Biarkan sampai mendidih.
  6. Kecilkan api , masukkan sawi dan mee. Gaul sampai sebati. Jangan terlalu lama nanti mee kembang semangkuk pulak. 
  7. Jangan lupa rasa kuah . Pastikan ada rasa manis dan masin. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam sikit. 



Taraaaaa, ni lah rupa mee goreng basah.
Memang sedappp tak sabar nak makan tu pasal comot dah tepi pingan tu. 
makan satu pinggan kongsi dengan husband :)

cuba lah resepi simple ni. 
memang puas hati sungguh sebab mee kuning ni harga RM 0.70 sen
 je sebungkus memang kenyang masuk perut kitorang suami isteri. hehe

SELAMAT MENCUBA! 






Post a Comment