Tuesday, May 30, 2017

Kuih Gula Melaka Guna Gula Kabung

Selamat pagi yang indah! Salam Ramadhan ke 5 dari saya untuk semua warga blog yang pernah singgah di blog ini. hehe. Pagi ni nak share resepi buat Kuih Gula Melaka dengan menggunakan Gula Kabung sebab kat rumah ada gula kabung je.Sebenarnya berbuka semalam buat ni , alang-alang tu memang niat nak masuk kan resepi ni dalam blog. Kot-kot la nanti nak buat boleh lah tengok semula resepi. hehe.

Ioulss memang suka yang simple-simple je. Kalau boleh takmo renyah banyak sangat bahan kalau nak buat kuih tuu. hehe. dan of coz mestilah kena ada kerajinan nak buat kuih-kuih ni kann!

Antara bahan yang diperlukan :

- Gula kabung ( gula melaka lagi sedap ye)
- tepung pulut
- tepung gandum
- kelapa yang dah diparut
- garam
- pewarna makanan

Cara buat :

1.  Potong gula kabung kecil-kecil macam bentuk dadu.




2. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas. Gaul kan dan masukkan air dan sedikit garam. Lepas tu uli sampai jadi doh.



3. Lepas tu, pergi sediakan air untuk merebus doh.
 Sementara air tengah nak mendidih, ambil doh dan masukkan gula yang dipotong tadi.


4. Lepas tu , masukkan doh yang telah diuli ke dalam air yang telah mendidih dan tunggu sehingga doh-doh ni timbul dipermukaan. 


6. Biarkan lama sikit , pastu angkat dan toskan. 


7. Letakkan dalam kelapa yang telah diisi garam dan gaulkan supaya doh tadi disalut oleh kelapa. 


8. Hidangkan di dalam pinggan dan siap untuk dimakan.


 Alhamdulillah dapat lah 2 pinggan macam ni. 
Makan panas-panas lagi sedap sebenarnya.Tapi sedikit kelainan dari segi rasa sebab guna gula kabung. 
Step dia sama je tapi lebih sedap bila guna gula melaka. 

okla, selamat mencuba :)


Post a Comment