Monday, March 6, 2017

Biskut Coklat Chip Yang Ranggup

Lama rasanya tak update resepi masakan kat sini. hehe
so harini nak update pasal Resepi Biskut Coklat Chip Yang Ranguupppp!
Kalau nak tahu, sebelum ni pernah cuba nak buat biskut coklat chip tapi tak menjadiii sebab terlalu banyak resepi kat internet sampai keliru mana satu yang menjadi bila buat.hehe

Tapi hari ni, alhamdulillah dah cuba resepi lain dan menjadii! Memang seronok betul lah aku makan biskut ni. Almaklumlah penggemar biskut. hehe .

ok, jom tengok apa bahan-bahan nya.
Kali ni bahan sangat simple.

BAHAN-BAHAN :

BAHAGIAN A
2 cawan tepung ( tak kisah tepung apa-apa pon, aku pakai tepung cap sauh)
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

BAHAGIAN B 
1 biji kuning telur
1/4 minyak masak
3/4 marjerin / planta
3/4 gula perang ( tapi aku guna gula merah)

Tambahan :
coklat chip
kuaci( di bakar terlebih dahulu supaya lebih ranggup)


CARA PENYEDIAAN :

1. Gaulkan sebati Bahagian A dan bahagian B secara berasingan.
2. Campurkan bahagian A dan bahagian B dan gaul sampai semuanya sebati macam gambar di bawah.
3. Gaul kan sekali dengan coklat chip dan kuaci. Letak lah sebanyak mana yang anda mahu.

dah siap dah doh biskut :)

lepas tu , bulat-bulat kan ikut suka nak buat bentuk macam mana
 dan bakar dalam oven. pastikan jangan terlalu tebal.



biskut tengah dibakar. 

suhu 170 darjah celcius dan 35 minit.



Taraaaaa. dah siap. 
alhamdulilah menjadi! hehe 
ranggup dan tak berapa manis. 
bagus untuk kesihatan :)

SELAMAT MENCUBA! 













Post a Comment