Friday, February 17, 2017

Pizza Homemade

Sekarang ni musim Promosi Pizza dan Dominos kan? jadi teringin nak makan pizza. hehe Walaupon dah banyak kali beli Pizza dan Dominos yang tengah promo tu tetap tak jemu nak makan Pizza jugak! Dasar kuat makan tau. haha

Sebenarnya dah lama dah nak buat pizza homemade ni disebabkan rumah akak ipar ada oven, maka menumpang lah nak mencuba pelbagai resepi. So, untuk first ni kitorang buat Pizza. Kebetulan dalam peti ais memang dah ada stok daging cincang, sosej dan mushroom . So apa lagi, guna je bahan yang ada  ni untuk buat pizza. 

Hari cuti ni lah masa nak mencuba resepi. Kebetulan pulak , doh pizza ni guna doh buat cakoi je. Ini pon sebab akak ipar memang berniaga cakoi. So kitorang guna je doh ni. Nak cuba dulu tengok camne rasa.Benda dah ada tak yah membazir.Pagi tadi lepas siap-siap kemas rumah terus pergi rumah akak ipar dan terus start buat pizza. 


Antara bahan yang digunakan untuk topping pizza ialah Sosej, daging cincang ( gambar lupa nak ambil) , lada benggala dan cheese.


Potong kecil-kecil untuk susun atas doh pizza. 

Pada mulanya kitorang decide nak guna sos je untuk sambal pizza ni, tapi akak ipar nak buat lebih sedap maka dia pon masak sambal sekejap. 

ala tak susah pon.
blend cili kering + tomato+ bawang putih.
masak atas api sampai cili masak. 
lepas tu , sapu kat atas doh roti yang dah siap di bakar. 



Doh roti di bakar terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius. 
Nampak tak doh roti tengah dibakar tuuuu.



Ok, lepas je dah masak doh roti tu, terus hias bahan-bahan tadi atas pizza macam gambar kat atas ni. Dapatlah 2 biji pizza. memang puas hati makan sebab banyak nau bahan topping tu. hehe
lepas dah siap hias pizza masukkan dalam oven semula untuk dibakar  dalam 5-10 minit sampai cheese tu cair. 




tadaaaaa.... inilah rupa pizza yang telah siap dibakar. Memang tak sabar-sabar semua orang nak merasa sampaikan pizza yang kedua tak sempat nak tangkap gambar dah selamat masuk perut memasing! hehe

Alhamdulillah memang kenyang. ngam-ngam makan tengahari kitorang harini. 
Yang best buat sendiri ni sebab bahan topping tak kedekut, letak je banyak mana. rasa pon boleh tahan sedap bila makan tu tergigit lada benggala. 

Lepas ni kalau buat , letak banyak-banyak lada benggala lagi sedap! 
cheese kalau nak feeling tarik-tarik beli lah Parmesan dan Mozarella. 
ni bajet murah je tapi puas hati dapat makan banyak.

Selamat mencuba ! :)







Post a Comment