Thursday, August 17, 2017

B-Complex Shaklee : Vitamin B Lengkap Dengan Asid Folic

Assalamualaikum. Harini Cik Dila nak perkenalkan kepada semua mengenai vitamin yang agak famous di kalangan ibu mengandung. Vitamin B complex sangat terkenal di kalangan ibu-ibu hamil untuk elakkan kecacatan pada janin. Sebenarnya bukan itu sahaja peranan vitamin B pada tubuh kita tau.  Vitamin B adalah vitamin yang sangat penting yang diperlukan oleh badan kerana badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin B dengan sendiri.  Nak tak nak kita kena ambil dari makanan.   
Tapi masalahnya Vitamin B ini sangat sensitif dengan  tekanan,  alkohol( perfume,  produk skincare) , toksin dan haba.  Itu sebab banyak masalah berkaitan dengan kesuburan,  kecantikan dan emosi terjadi akibat kekurangan vitamin B. Ok jom kita apa beza Vitamin B kat luar sana dengan Vitamin B-Complex Shaklee.

ini lah rupa vitamin b complex shaklee


Vitamin B juga merupakan micronutrient yang mempunyai molekul yang lebih kurang sama tetapi mempunyai tugas yang berbeza. Haa, jom kita tengok 8  jenis vitamin B yang perlu kita tahu.

1) Vitamin B1 (Tiamin)
2) Vitamin B2 (Riboflavin)
3) Vitamin B3 ( Niasin)
4) Vitamin B5 ( Asid Pantotenik)
5) Vitamin B6 ( Pieredoxin)
6) Vitamin B12 (Cobalamin)
7) BIOTIN (paling mahal dan paling susah nak dapat dari makanan)
8) ACID FOLIK

Apabila kesemua 8 vitamin B ini bergabung , hasilnya sangat superb dan memberi manfaat terbaik pada tubuh! 

Simptom Kekurangan Vitamin B dalam tubuh kita :

- mudah lupa
- mudah sentap / terasa
- kepenatan melampau
- susah nak fokus
- otot lemah
- mudah rasa kebas-kebas
- badan gemuk air
- sakit kepala/ migrain
- ekzema
- ulser
- bibir pecah-pecah walaupon minum banyak air
- keputihan
- kulit sensitif
- anak lahir berkerak
- anemia
- kurang selera makan


Manfaat Vitamin B Complex :

- kuatkan daya ingatan 
- boleh menguruskan badan ( especially gemok air)
- sistem saraf sihat
- rambut lambat beruban
- tidur lena
- metabolisma sihat

Syarat Nak Pilih Vitamin B Complex :

1. Pastikan ada ke semua 8 jenis vitamin B 
2. Pastikan ada BIOTIN ( natural) 
3. Pastikan kandungan ASID FOLIK & BIOTIN 100% 
4. Bcomplex kena ambil setiap hari kerana ia larut air dan mudah diserap oleh tubuh.

BIOTIN sangat penting untuk badan manusia tetapi sangat susah dijumpai dalam makanan.Kebanyakan Vitamin B diluar sana tidak mengandungi 100% BIOTIN dan kemungkinana besar BIOTIN nya bersifat sintetik. Ini yang Cik Dila risaukan! 

sumber makanan yang mengandungi BIOTIN :
- kekacang
- walnut
- kuning telur (mentah)

Walaupon dalam makanan yang Cik Dila sebutkan ada mengandungi BIOTIN tapi susah untuk kita amalkan setiap hari kerana harga kacang walnut yang mahal dan tak sanggup nak telan telur kuning yang mentah macam tu je demi mendapatkan khasiat B complex yang lengkap. Sebab itu , Shaklee hasilkan Vitamin B complex Lengkap dengan kesemua 8 jenis Vitamin B ini untuk memudahkan kita mendapat manfaat yang terbaik untuk tubuh badan.



APA BEZA ANTARA VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE DENGAN VITAMIN B YANG LAIN?

  • Vitamin B Complex Shaklee membekalkan kesemua 8 vitamin B yang seimbang dan menepati kadar yang sepatutnya yang ditetapkan oleh WHO & URSDA.
  • NATURAL bukan sintetik.
  •  HALAL
  •  100% BIOTIN DAN ASID FOLIK yang diperlukan.
  • Mendapat kelulusan KKM
  • Larut dengan cepat
  • bersifat natural
  • Bebas GST
  • Diperakui oleh KKM
  • Sebotol B Complex Shaklee ada 120 biji ( tahan 4 bulan) 


AWAS!
B COMPLEX JIKA AMBIL SECARA BERLEBIHAN
 AKAN MENJADI TOXIN.

Bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat penuh dari B Complex Shaklee, 
 pastikan anda dapatkan produk shaklee daripada team #SuperstarzFamily untuk 
konsultasi secara terus dengan pakar nutritionist dengan pengetahuan produk yang 
diperolehi dari pengalaman 20 tahun dan bimbingan doktor berpengalaman.

No ID : 1211873
#SuperStarzFamily
#BuildByMe




Alfalfa Complex Shaklee Herba Klorofil 1001 Manfaat

Assalamualaikum. Entry kali ini Cik Dila ingin memperkenalkan Alfalfa Complex merupakan produk signature Shaklee. Alfalfa sejenis tumbuhan yang mempunyai 1001 manfaat sejak 100 tahun dahulu lagi kerana akar yang panjang menjunam ke dalam tanah sehingga mencapai sejauh 20kaki ke dalam .Akar yang panjang inilah yang menyerap pelbagai zat yang terdapat dalam tanah.Alfalfa atau dikenali sebagai Medicago sativa juga dikenali sebagai raja segala tumbuhan.  Alfa, dalam bahasa Arab bermaksud seribu dan Alfalfa bermaksud beribu-ribu oleh kerana ia mempunyai 1001 manfaat yang hebat. 
inilah rupa Alfalfa Complex Shaklee

Apa Istimewanya Alfalfa Complex Shaklee?

- ditanam secara organik di kawasan pedalaman California, tanah yang paling subur.
- bebas dari racun serangga
- hanya daun yang paling matang dipilih kerana mengandungi klorofil yang paling tinggi
- daun yang dipilih akan dikeringkan secara semulajadi iaitu nelalui udara dan matahari
- setelah dikeringkan akan dicompress menjadi tablet.
- 1 tablet Alfalfa bersamaan 300mg alfalfa kering. 
- mengandungi nutrient yang diperlukan oleh tubuh termasuk kalsium dan protein.

Manfaat Alfalfa Complex.

- Alfalfa bersifat alkali dan badan akan terlindung daripada kanser (badan berasid)
- detox usus
- detox hati
- memenuhi kelengkapan mineral yang badan perlukan
- membantu mengurangkan alahan
- kaya dengan fiber
- membantu menghilangkan bau badan
- membantu mengurankan simptom kegatalan
- membantu menghilangkan keputihan

Alfalfa Complex Shaklee mempunyai 2 saiz iaitu :
1) saiz Small : 330biji tablet (RM61)
2) saiz Large : 700 biji tablet (RM109)

Sekiranya anda seorang penghidap cyst,  fibroid,  PCOS, breast cancer anda tidak digalakkan mengambil Alfalfa kerana di dalam Alfalfa terdapat bahan yang boleh aktifkan hormon phytoestrogen.

Bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat penuh dari Alfalfa Complex Shaklee  pastikan anda dapatkan produk shaklee daripada team #SuperstarzFamily untuk konsultasi secara terus dengan pakar nutritionist dengan pengetahuan produk yang diperolehi dari pengalaman 20 tahun dan bimbingan doktor berpengalaman.

No ID : 1211873
#SuperStarzFamily
#BuildByMe


Sunday, August 13, 2017

Pengedar Shaklee Sekitar Seremban

Assalamualaikum. Entry harini Cik Dila nak memperkenalkan kepada anda semua Pengedar Shaklee Seremban untuk anda mendapatkan produk Shaklee secara COD atau Self Pickup di lokasi yang ditentukan bersama.


Di Seremban ini, Cik Dila bergerak dalam satu team yang mana anda boleh pilih mana-mana Pengedar Shaklee Seremban yang Cik Dila senaraikan kat bawah ini. Insyallah kami akan bantu anda mendapatkan produk shaklee yang terbaik sesuai dengan kesihatan anda.

Cara Hubungi Kami :

1) Puan Khairunnisa Ramli
FB : Khairunnisa Ramli
Instagram :ibuanaksihatdotcom
No tel : 013-3943706

2) Puan NurulHayati Azman
FB : Hayati Azman
Intagram: yati.healthbeautycare
Blog: ohsemhealth.blogspot.my
No tel : 017-6890244

3) Cik Aina Farina Abdullah
FB:Aina Farina Abdullah
No tel:019-5226992


Kami menyediakan servis :

1. COD atau Self Pickup ditempat yang ditentukan bersama.
2. Boleh mendaftar ahli dengan kami untuk mendapat harga yang jauh lebih jimat.
3.Boleh mendapatkan konsultasi secara percuma. Exclusive untuk pelanggan kami sahaja.

Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan mengenai Shaklee,
 boleh hubungi kami di no telefon yang tertera dia atas 
atau hubungi Cik Dila di 0145010786 .


Pengalaman Bersalin Anak Pertama Secara Normal

Assalamualaikum.

Entry kali ini nak bercerita mengenai pengalaman bersalinkan anak pertama Cik Dila yang diberi nama Muhammad Ammar. Alhamdulillah Cik Dila bersalinkan Muhammad Ammar secara normal pada 4 Jun 2017,  jam 3.18 petang di bulan Ramadhan. Kalau nak diikutkan masa tu Ammar baru je 38weeks 3days. Nampaknya baby nak keluar awal dari tarikh dijangka bersalin iaitu 14 jun 2017.hehe.Masa ni Cik Dila dah standby dah kat rumah mak di Pahang untuk bersalin. 

3 Jun 2017 bersamaan 6 Ramadhan

Start jam 4 pagi,  masa tengah Cik Dila syok tidur tetiba je rasa sakit.  Masa tu teringat sakit tu sama macam sakit masa Cik Dila gugur dulu.  Terus bangun dari tidur dan bagitau mak. Sambil tu Cik Dila catat masa nak tengok sekerap mana contraction tu. Masa tu boleh lagi sahur. Tapi bila siangnya tu macam dah tak tahan je rasa sakitnya tu terus berbuka minum air.  Dan hari pon berlalu sambil disulami sakit contraction.  Malam tu pergi hosptal untuk cek sama ada dah ada bukaan ke belum. Tapi nurse bagitau belum ada bukaan.  Maka Cik Dila pon balik lah rumah semula. 
Malam tu,  sakit makin kerap sampai tak boleh tidur.  Tidur lena kejap je pastu bila contraction datang terus menahan sakit sambil gengam tangan husband yang tengah lena tidur sekuat hati. Hehe.
Sampai pagi tu macam rasa dah sakit sangat je.  Pagi tu dah tak sahur dah sebab tengah sakit dah tak mampu nak bangun dan makan. 

4 Jun 2017 bersamaan 7 Ramadhan

Masa subuh tu,  pergi buang air lepas tu macam ada benda keluar.  Sekali tengok dah keluar tanda lendir campur darah.  Cik Dila ni penakut sikit orangnya.  Kalau ikutkan mak Cik Dila,  dia kata tunggu dah sakit sangat la baru pergi.  Tapi Cik Dila  tak berani pulak.  Almaklumlah anak pertama.  Rasa takut kalau tetiba terberanak kat rumah. Sampai je hospital dengan berkain batik terus cek bukaan.  Nurse kata bukaan baru 2 cm. Dia terus suruh duduk kat ward.  Tapi suami Cik Dila tak boleh masuk.  Menahan sakit la sorang-sorang dalam ward. Masa tu,  nak baca zikir ke apa dah tak ingat apa dah.  Nurse tu suruh tarik nafas, hembus nafas tu je.  Pastu tak tahan sangat dah,  suruh nurse cek lagi,  dia kata 6 cm dah masa tu dalam pukul 11 pagi camtu.  Contraction makin sakit sampai tak boleh nak makan.  Rasa macam lemah sangat menahan contraction.  Masa ni bebetul rasa nak meneran.  Nurse tu bagitau jangan teran nanti bengkak.  Cik Dila tak tahu nak bernafas dengan betul dah.  Setiap kali tarik nafas hembus mesti rasa nak terteran gak.  Sampailah contraction makin kerap,  nurse suruh baring dalam Labour room dulu.  Kali ni memang rasa nak meneran sesangat dah sampai terkencing atas katil labour room tu.  Banyak pulak tu. Haha.  Dah tak peduli dah terkencing ke apa.  Janji nak teran jam tu gak!  Nurse tu tengok Cik Dila macam dah sakit sangat je terus dia cek jalan,  dia kata dah fully 10cm bukaan.  Terus kangkang leluas dan mula lah proses PUSH PUSH PUSH.

Tak sangka pulak hospital yang Cik Dila pergi ni,  takde doktor pakar.  Jadinya dia bagi masa 40minit untuk keluarkan baby.  If tak berjaya kena hantar hospital lain pulak.  Cik Dila memang teran sehabis tenaga tapi apakah daya contraction tak lama.  Tengah2 teran,  dah takde rasa.  Banyak kali juga lah meneran sampai dah fed up.  Nurse pon garang semacam suruh Cik Dila teran bebetul sampaikan tak tahu dah macam mana nak teran.  Masa ni suami Cik Dila ada kat sebelah.  Cik Dila tahu suami Cik Dila ni tak berani sangat bab2 tengok darah banyak.  Tapi dia beranikan juga diri teman Cik Dila.  Last2 bila suami keluar untuk setelkan dokumen untuk transfer hospital,  si Ammar ni pon keluar dengan jayanya. Masa ni Cik Dila rasa speechless tengok anak sendiri.  Allahuakbar,  tak sangka saat itulah Cik Dila dah jadi seorang ibu.  

Baby Ammar masa umur sehari 

Pengorbanan seorang ibu tak berhenti setakat tu je,  lepas je Ammar keluar nurse pon mula lah menjahit Cik Dila.  Agaknya Cik Dila koyak banyak sampaikan 3 jam kena jahit.  Fuhh!  Seram dengar.  Masa jahit tak rasa sakit sangat pon tapi ngeri sebab kat bawah tu kann. 

Kesimpulan yang Cik Dila boleh buat lepas pengalaman bersalin ni adalah contraction nak beranak rupanya yang paling sakit berbanding sakit kena jahit. Serius!  Lepas ni kena belajar macam mana nak hadapi sakit contraction untuk anak kedua pulak. Ehh. Hehe insyallah 3 tahun lagi. 
Apa-apa pon Alhamdulillah  syukur kerana Allah  bagi peluang pada Cik Dila  menjadi seorang isteri dan kini menjadi seorang ummi buat Muhammad Ammar. 

Doakan anak Cik Dila membesar dengan sihat bak juara!  


Tuesday, July 4, 2017

Senarai Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital Bersalin.



Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi harini genap sebulan sudah baby saya dilahirkan. Tiada apa yang saya harapkan melainkan baby yang saya lahirkan ini membesar dengan sihat dan menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Kalau ikutkan due yang doktor bagi mengikut tarikh last period ialah 14 June 2017. Tapi nampaknya baby keluar awal 10 hari dari tarikh yang dijangka.hehe

Untuk first pregnancy ni, memang dah bercadang nak balik Pahang, bersalin dan terus berpantang kat sana. Almaklumlah baby first , i really need my mom. hee.So far , barang-barang semua dah di checklistkan untuk jadikan rujukan untuk first time mommy to be.

Ini adalah senarai barang penting yang dirasakan perlu untuk dibawa ke hospital :

Checklist barang ummi (hajat nak anak-anak panggil ummi) :

 1.  Buku Merah
  Buku ni memang penting, tak boleh tinggal ye. Kena bawa untuk kegunaan pihak hospital.

 2. Maternity Pad
Yang ni, saya guna pad overnight je, pad yang biasa saya guna bila datang bulan sebab ni je yang paling selesa.

3. Kain batik, baju, tudung
Kain batik untuk pakai bila dah boleh discaj.Mak kata lepas bersalin kena pakai kain batik je. Gigih lah mencari lagi 2 pasang kain batik sebab kat rumah ada 2 helai je. hehe . Tudung pon dah prepare yang sarung je senang tak perlu nak pin-pin bagai. leceh kot. haha

 4. Stokin 

Stokin kena pakai untuk elak masuk angin. Bukan kite je yang masuk angin, baby pon akan masuk angin sebab menyusu badan kan.

5. Selipar
Haa, ni penting, jangan pakai kasut lak pi hospital. Ikut suka lah nak bawa spare selipar atau pakai je terus selipar masa pergi hospital nanti.

 6. Tuala mandi, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka
Ni pon penting, biasanya lepas bersalin kena stay kejap kat wad bersalin kan? So make sure barang -barang mandi ada untuk bersihkan diri.

 7. Seluar dalam dan bra nursing

Haa, ni pon jangan sampai terlupa bawak pulak.

8. Buah kurma

Buah kurma standby untuk bagi tenaga masa bersalin nanti. Moga dipermudahkan proses bersalin nanti insyallah.

9. Set bersalin shaklee

Untuk set bersalin Shaklee tak jauh beza pon dengan Set Hamil dan Set Berpantang. So, bawa siap-siap ESP untuk bagi tenaga , BCOMPLEX untuk melegakan saraf dan elak stress lepas bersalin nanti, OSTEMATRIX untuk melegakan otot dan paling penting elak sembelit lepas bersalin.

10. Beg plastik baju kotor.
Plastik ni penting untuk asingkan baju yang kotor. Takdelah baju kotor dan baju bersih campur satu tempat.

11. Minyak angin.
Bawa minyak angin untuk sapu atau urut bahagian yang sakit masa nak bersalin nanti.

Ok, setel bahagian ummi punya barang. hehe

Senarai keperluan untuk barang baby :

1. Pampers newborn



Pampers ni saya dan suami decide beli sepeket yang sederhana je. Ada 40 keping. Cukuplah untuk test dulu sebab tak tahu lagi saiz baby.Nanti boleh beli lagi. Tapi nak bawak ke hospital tak perlu banyak-banyak. Hanya bawa 10 keping pampers je letak dalam bag baby.

2. Baju baby

ini hasil tangkapan saya dan suami untuk baju baby kami. Tapi untuk bawa pergi hospital, saya sediakan :

Baju lubang-lubang  - 1 helai
Baju dan seluar lengan panjang - 2 helai
Rompers - 1

saja bawa spare lebih sikit kot lama kena tahan kat wad kan? Bawa je lebih takpe , jangan bawa kurang. kang susah pulak.

3.Barut BABY



Barut is penting untuk elak baby kembung perut dan mudah masuk angin.Barut ni akak ipar bagi , jadi memang tak beli yang baru. bawa dalam 3 helai pon cukup.Barut ni akak ipar yang bagi. Jadi guna je mana yang ada sebab kejap jee baby pakai barut kan.hehe

4. Selimut atau kain bedung

Sebenarnya tak beli pon kain bedung sebab tak jumpa yang dicari. Jadinya guna yang akak ipar bagi yang ada hood tu.

 5. Tuala mandi

Tuala mandi baby , ummi dah beli 2 helai , satu warna biru , satu lagi warna hijau. Tapi ikut pengalaman memang kena beli lebih sebab kekadang tuala tu terkena kencing atau berak baby.

 6. Sapu tangan

Sapu tangan ni  penting untuk baby sebab mudah muntah susu. so nak elak dari kesat guna baju baby baik sediakan sapu tangan.

7. Spray Air & Tisu basah / wipes


Wipes ni penting untuk baby yang baru lahir. Kalau baby berak atau kencing tak perlu kita nak bawa ke toilet untuk basuh. cukup sekadar spray air dan lap guna wipes.


 8. Stokin & sarung tangan

Stokin dan sarung tangan baby penting tau! jangan sampai lupa bawa. Baby baru lahir mudah sejuk, kena pastikan sentiasa pakai stokin dan sarung kaki.

 9. Minyak telon

Minyak telon ni puas saya cari dan alhamdulillah jumpa juga. Dulu masa kitorg kecik memang mak guna minyak telon ni untuk sapu kat perut baby untuk elak kembung. Sampai sekarang yakin dengan minyak telon ni.

10.Topi


Topi baby ni diperlukan bila nak keluar dari hospital. Kepala baby kan lembut lagi, jadi lebih elok kepala tu ditutup.Lagipon suka sangat tengok baby pakai topi. Its sooooo cute! hehe
tapi kepala baby terlalu kecik nak pakai topi ni. hehe takpe simpan sampai baby muat la jawapnye.

nilah beg yang dibawa ke hospital.


masa 38 weeks tu memang bawa je beg ni kemana-mana sebab mak kata standby je kot2 tengah berjalan nak bersalin ke apa kann. Dan akhirnya 38 weeks 4 days dah mula rasa sakit contraction. 

okla, nanti saya share pengalaman saya bersalin ye untuk next entry.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mommy to be :)

Tuesday, May 30, 2017

Kuih Gula Melaka Guna Gula Kabung

Selamat pagi yang indah! Salam Ramadhan ke 5 dari saya untuk semua warga blog yang pernah singgah di blog ini. hehe. Pagi ni nak share resepi buat Kuih Gula Melaka dengan menggunakan Gula Kabung sebab kat rumah ada gula kabung je.Sebenarnya berbuka semalam buat ni , alang-alang tu memang niat nak masuk kan resepi ni dalam blog. Kot-kot la nanti nak buat boleh lah tengok semula resepi. hehe.

Ioulss memang suka yang simple-simple je. Kalau boleh takmo renyah banyak sangat bahan kalau nak buat kuih tuu. hehe. dan of coz mestilah kena ada kerajinan nak buat kuih-kuih ni kann!

Antara bahan yang diperlukan :

- Gula kabung ( gula melaka lagi sedap ye)
- tepung pulut
- tepung gandum
- kelapa yang dah diparut
- garam
- pewarna makanan

Cara buat :

1.  Potong gula kabung kecil-kecil macam bentuk dadu.




2. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas. Gaul kan dan masukkan air dan sedikit garam. Lepas tu uli sampai jadi doh.



3. Lepas tu, pergi sediakan air untuk merebus doh.
 Sementara air tengah nak mendidih, ambil doh dan masukkan gula yang dipotong tadi.


4. Lepas tu , masukkan doh yang telah diuli ke dalam air yang telah mendidih dan tunggu sehingga doh-doh ni timbul dipermukaan. 


6. Biarkan lama sikit , pastu angkat dan toskan. 


7. Letakkan dalam kelapa yang telah diisi garam dan gaulkan supaya doh tadi disalut oleh kelapa. 


8. Hidangkan di dalam pinggan dan siap untuk dimakan.


 Alhamdulillah dapat lah 2 pinggan macam ni. 
Makan panas-panas lagi sedap sebenarnya.Tapi sedikit kelainan dari segi rasa sebab guna gula kabung. 
Step dia sama je tapi lebih sedap bila guna gula melaka. 

okla, selamat mencuba :)


Saturday, May 27, 2017

Supplement Untuk Kekal Cergas Dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kini kita sudah pon memasuki bulan Ramadhan.  Tahun ini merupakan pengalaman pertama saya berpuasa ketika sedang sarat hamil. Insyallah dijangka bersalin pada 14 JUN 2017 tahun ini. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye! nervous dupdapdupdap pulak bila difikirkan. hehe

Oh ye, Ramadhan kali ni, saya sangat semangat nak share Supplement yang saya ambil untuk kekal bertenaga sepanjang puasa. Kalau sebelum ni puasa rasa mudah lemau, letih pastu bila dah petang je rasa takde tenaga langsung. Tapi insyallah dengan supplement yang saya ambil ni sangat memberikan kesan yang best dan terbaik sepanjang puasa dengan izin Allah jua.

Nak tahu apa supplement yang saya ambil?

SET RAMADHAN SHAKLEE.

kenapa produk shaklee ini dikatakan Set Ramadhan Shaklee? sebabnya, set ini sangat membantu dari segi tahap kesihatan sepanjang berpuasa. Antaranya ialah MEALSHAKE, PERFORMANCE DRINK dan semestinya ESP.

ENERGIZING SOY PROTEIN




semua orang tahu ESP merupakan produk yang LAKU KERAS dalam shaklee ni. ESP merupakan sumber protein soya Non-Gmo yang mempunyai glisemik index yang rendah. Glisemik Index yang rendah dapat membantu perut kenyang lebih lama kerana tenaga yang dilepaskan secara perlahan-lahan. Sebab tu, bila bersahur dengan ESP kita pasti akan rasa kenyang dan bertenaga sepanjang berpuasa. Lagi satu, kajian saintifik telah membuktikan dalam ESP ni mempunyai 9 asid amino perlu yang tak dapat di produce oleh tubuh kita sendiri tau. Haa, bukan itu sahaja, ESP juga tidak mempunyai kolestrol , jadi tak perlu risau ye dengan ESP kita takkan jadi gemuk kalau tahu cara pengambilan dengan betul.

Tak percaya? Anda wajib cuba tau! Bukan itu sahaja, banyak manfaat ESP ni untuk tubuh. Jangan terkejut kalau kulit makin cantik, parut menghilang dan gastrik pon hilang sapanjang puasa ni.


MEALSHAKE


Mealshakes ni merupakan multivitamin yang dapat menampung kelompongan nutrisi badan kita. Bagi korang yang tidak mampu nak telan tablet, Mealshakes adalah cadangan untuk anda mendapatkan kesemua multivitamin dan multimineral. Mealshake ni diperbuat daripada susu lembu dan berperisa vanila. Bau nya sangatlah wangi macam aiskrim vanila tau! hehe. Siapa yang pernah minum Mealshake mesti dia tahu. Sangat di galakkan untuk ambil ketika berpuasa untuk menampung kelompongan nutrisi yang kurang dalam badan. Maklumlah bila berpuasa , tak sempat nak makan bermacam jenis sayur, dan buah kan? apatah lagi makanana seimbang. So, inilah fungsi supplement ni diperlukan dalam tubuh kita. Bukan itu sahaja, korang je boleh melatih anak-anak untuk berpuasa dengan mealshakes ni tau. Insyallah sangat membantu anak-anak anda berpuasa dengan gembira. 


PERFORMANCE DRINK


Performance Drink atau lebih mesra dikenali sebagai PD, ni antara minuman kegemaran saya untuk kekal hidrat sepanjang hari. Minuman ni sangatlah sedap apabila diminum dengan air sejuk.Apatah lagi ianya berperisa oren, tiada pewarna & pemanis tiruan, tiada kolestrol, tiada gas dan tiada gula. Best kan? minuman sihat untuk kita sekeluarga amalkan sepanjang puasa ini. Bukan setakat sedap dan sihat tapi dapat membantu badan untuk kekal hidrat walaupon berpuasa. Ini sangat penting sebab ketika berpuasa badan kita akan kekurangan air.Sebab tu, kita akan rasa macam nak pitam lah, mengigil badan dan bibir kekeringan. 


Supplement ini hanya membantu menampung kelompongan nutrisi dalam badan bukan lah merawat penyakit. Jadi bagi anda yang sentiasa ingin memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang baik, dan kekal cergas , anda wajib ambil set ini dan rasai perbezaan puasa anda kali ini ! 

apepon, ikhtiar untuk kekal cergas di bulan Ramadhan agar kita semua dapat beribadah dengan gembira dan bertenaga. Nak terawih 8 rakaat pon takde hal lah! :)

Ingin mendapatkan Set Ramadhan Shaklee?
boleh segera contact saya di talian yang tertera di bawah ini. 

Saya GUNA, saya JUAL, saya CONSULT :)

Tuesday, May 23, 2017

Bersahur Dengan ESP SHAKLEE Kenyang Lebih Lama.

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini Allah masih kurniakan kesihatan yang baik. Sekarang berbaki 4 hari lagi menuju RAMADHAN, bulan yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam. Dan sekarang gigih lah saya mengganti puasa 5 hari lagi yang tertangguh tu. hehe.

Kali ini saya  dapat pengalaman baru berpuasa ketika mengandung 37weeks sekarang ni. Masa memula puasa memang rasa risau kot-kot la lapar ke masa tengah puasa. Alhamdulillah , perut ok je takde pon rasa lapar, cuma oleh kerana cuaca agak panas, bibir saya kekeringan sedikit. Hari ni hari kedua saya mengganti puasa , insyallah akan diteruskan sehingga Ramadhan menjelang. Nak tahu apa yang saya amalkan ketika berpuasa?

ESP SHAKLEE



Saya akan pastikan saya bersahur walaupon hanya minum ESP. Saya akan minum ESP dan 2 biji kurma untuk memberi tenaga kepada saya sepanjang puasa walaupon tengah sarat mengandung sekarang ni. Lepas tu, saya akan telan vitamin VITALEA & VITAMIN C . Ibu hamil takleh lupa vitamin ni untuk pastikan HB kekal maintain sampai bersalin.hihi.

KENAPA SAYA PILIH ESP UNTUK BERSAHUR?

pernah kan dengar orang yang makan nasi banyak-banyak masa sahur lepas tu rasa lapar cepat.Tak sampai tengahari badan dah rasa lemau dan lemah. Tapi serius, ESP memberikan tenaga yang berpanjangan dan sangat bagus untuk diamalkan di bulan puasa ni. Even tak makan nasi pon, tetap rasa bertenaga sebab ESP mengandungi glisemik index yang rendah yang mana ia melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Sebab itulah, ESP dapat membantu orang yang gastrik untuk berpuasa.

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk berpuasa, apa kata kali ini jadikan ESP sebagai menu sahur anda untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Tak percaya? cubalah , anda pasti akan merasai perbezaan ketika berpuasa nanti. 

Oleh kerana, stok ESP sekarang sangat terhad
.Anda boleh PM saya segera untuk booking ESP anda.
Kalau lambattt, anda yang rugi. 

#ramadhanbakaltibataklamagi
#selamatberpuasadenganESP






Wednesday, May 17, 2017

Mee Goreng Basah Sedap!

Assalamualaikum. Lama menyepi daripada berblogging. Ini semua gara-gara pemalas nak menaip. haha. Bukan apa, sejak mengandung ni mood lain macam. Mohon doa semua supaya sis cepat sedar diri yang blog ni ada tuan! hehe

okla, dah lama tak share resepi masakan kan? benda paling best dalam hidup try resepi dan makan!
pastu gemuk jangan salah kan orang lain pulak. haha. Don worry vitamin Shaklee kan ada.

Kalau nak tahu, mee goreng basah is my favourite masa zaman bujang-bujang dulu. Tapi sejak peristiwa order mee goreng basah kat kedai macam mee hailam, sis jadi kecewa! Baik buat sendiri kat rumah, Lagipon dah lamaaaaa sangattt tak makan mee goreng basah ni sebab mee kuning sekarang banyak kapur. Last-last teringin , beli juga mee kuning kat MYDIN SENAWANG. Alhamdulillah mee dia sedap dan takde kapur langsung!



BAHAN-BAHAN :
  • sebungkus mee kuning ( boleh makan 3 orang) 
  • cili kering diblender lumat ( ikut suka banyak mana)
  • bawang merah di potong bulat
  • bawang putih di cincang halus
  • sawi
  • sotong
  • ayam dipotong dadu
  • cili padi potong
  • kicap manis
  • kicap masin
  • sos tiram
CARA MASAK :

  1. Basuh mee kuning dengan air , basuh banyak kali lebih baik sambil gaul2 dengan tangan.
  2. Panaskan kuali dengan minyak sikit. 
  3. Tumis bawang putih dan diikuti dengan bawang merah sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan cili kering yang diblender tadi.Letak sos tiram, kicap manis dan masin. Masak sampai pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sotong dan secawan air. Biarkan sampai mendidih.
  6. Kecilkan api , masukkan sawi dan mee. Gaul sampai sebati. Jangan terlalu lama nanti mee kembang semangkuk pulak. 
  7. Jangan lupa rasa kuah . Pastikan ada rasa manis dan masin. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam sikit. 



Taraaaaa, ni lah rupa mee goreng basah.
Memang sedappp tak sabar nak makan tu pasal comot dah tepi pingan tu. 
makan satu pinggan kongsi dengan husband :)

cuba lah resepi simple ni. 
memang puas hati sungguh sebab mee kuning ni harga RM 0.70 sen
 je sebungkus memang kenyang masuk perut kitorang suami isteri. hehe

SELAMAT MENCUBA! 






Thursday, April 6, 2017

Testimoni Perokok Tegar Berhenti Dengan Vivix Shaklee

Apabila merokok sudah menjadi tabiat zaman berzaman, amatlah sukar untuk seseorang meninggalkan ketagihan merokok. Mungkin anda pernah berjumpa dengan orang sekeliling yang berusaha berhenti merokok tapi masih lagi gagal. Disini saya ingin berkongsi dengan anda tentang VIVIX SHAKLEE yang dapat membantu seorang perokok tegar berhenti merokok tanpa ada masalah kesihatan yang lain.

mesti ada yang tertanya-tanya kan...

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK?




1. Vivix mendetox nikotin dari dalam darah, organ dan otak. Bila nikotin dah takde, rasa ketagih badan nak nikotin pon hilang.

2. Orang merokok merasakan satu "feeling" apabila dia menghisap rokok. Sebab itulah apabila dia berhenti menghisap rokok, otak dan badan akan rasa lain macam dan seolah-olah memangil-manggil untuk dia hisap rokok balik. Vivix dapat memgurangkan rasa "feeling" tersebut , sebab itu bila dia minum Vivix dia tidak akan rasa untuk merokok.

3. Vivix mengurangkan simptom withdrawal apabila berhenti merokok. Simptom withdrawal ni teruk juga bagi sesetengah orang. Sebab itu, ramai orang yang berhenti merokok secara tiba-tiba mendapat pelbagai penyakit. Hal ini kerana badan dia " terkejut" dengan keadaan dia tidak biasa ( takde sumber nikotin).



JOM TONTON VIDEO INI. 



"Rokok rasa kelat dan tak sedap lepas ambil Vivix"


ANTARA TESTIMONI BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX :



Sekiranya anda ingin mendapatkan VIVIX , boleh klik di esell di bawah ini
 untuk terus order atau jika ada sebarang masalah ,
boleh terus berhubung dengan saya di talian 0145010786.







Wednesday, April 5, 2017

Cara Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma


YA , BETUL! Daftar keahlian Shaklee secara PERCUMA!

bila dengar pasal FREE , konpem ramai yang tertarik nak tahu macam mana nak dapatkan FREE MEMBERSHIP kan?
jom tengok. macam mana cara untuk dapatkan keahlian Shaklee secara percuma.

Dalam entry kali ini, saya akan kongsikan dengan anda :

1. Cara Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma
2. Kenapa Wajib Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya ?

BAGAIMANA CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE ?

Ada 2 cara untuk menjadi Ahli Shaklee.

1. Daftar Ahli Dengan YURAN KEAHLIAN RM 68.90 + POSTAGE RM 10.60 

biasanya, untuk daftar ahli, setiap orang dikenakan membayar yuran keahlian sebanyak RM68.90 dan kos pos iaitu RM 10.60. Dan setelah itu, pihak HQ Shaklee akan poskan satu kit bag shaklee seperti gambar di bawah terus ke alamat rumah anda. Dalam kit bag shaklee ni , anda akan dapat buku produk, senarai harga produk shaklee, buku sejarah mengenai shaklee , penerangan mengenai sistem shaklee dan lain-lain.


Yuran keahlian ini memang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee. Dengan menjadi ahli shaklee, anda akan mendapat diskaun sebanyak 15-20% dengan setiap pembelian produk. 
sangat berbaloi-baloi!! :)

2. DAFTAR AHLI SECARA PERCUMA ( Pembelian Produk RM 650 ++)

Bagaimana cara untuk dapatkan keahlian percuma? Mudah sahaja caranya. Jika anda membeli produk shaklee sebanyak RM 650++ ( harga ahli) , anda layak mendapat free membership. Kalau anda rasa terlalu banyak untuk membeli produk shaklee sehingga RM650++ , anda boleh kumpul order bersama ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran tetangga untuk cukupkan pembelian RM650 untuk melayakkan diri anda mendapat free membership. 

ATAU dengan cara :

  • pembelian 2 botol VIVIX untuk mendapat FREE MEMBERSHIP
dan paling best lagi , bukan sahaja anda dapat keahlian secara PERCUMA , anda juga akan dapat cash bonus RM35 dari shaklee. bestkan? dah jimat , berbaloi-baloi pulak tu! :)



KENAPA WAJIB DAFTAR AHLI SHAKLEE DENGAN SAYA?


1. DAH BELI VITAMIN TAPI TAK TAHU CARA MAKAN YANG BETUL. 

Kes ni dah banyak terjadi kat luar sana. Jadi saya ingin kongsikan supaya anda tidak jadi seperti mereka yang tidak tahu cara nak makan vitamin dengan betul. Biasanya mereka ini membeli di stokis atau kedai-kedai yang menjual shaklee , tapi tidak diconsult cara makan dengan betul. Buat pengetahuan anda, cara makan di botol-botol shaklee hanya general pada masalah tertentu sahaja.. Sebab itu, anda wajib dapatkan produk shaklee dengan pengedar shaklee yang sah berdaftar supaya anda dapat di guide sepenuhnya berkaitan masalah kesihatan. Jaga-jaga, penting untuk kita tahu cara makan yang betul dan produk yang masuk ke dalam badan kita. 

Sekiranya , anda berdaftar dengan saya , 100% saya akan consult cara makan yang betul dan sebarang masalah yang anda hadapi sepanjang mengamalkan produk shaklee akan dirujuk terus ke pakar nutrisi. 

2. NAK BUAT BISNES TAPI TAK RETI SEBAB TAKDE SIAPA GUIDE.

Bagi anda yang sudah menjadi ahli shaklee, anda juga boleh berbisnes untuk menambah income bulanan. Sebab itu pentingnya , anda berdaftar ahli shaklee dengan pengedar shaklee yang sah dan bertauliah seperti saya. 

Sekiranya anda berminat untuk berbisnes shaklee, anda tidak perlu risau lagi sebab saya sendiri akan guide anda dari A-Z dan anda juga akan dimasukkan ke dalam group bisnes yang mana dalam group tu anda akan dikelilingi orang-orang positif yang sama-sama ingin berjaya dalam bsines. BEST KE BEST? 

 RUGI KALAU ANDA TIDAK BERDAFTAR AHLI SHAKLEE DENGAN SAYA TAU ! :)

macam mana? 

BERMINAT UNTUK DAFTAR AHLI DENGAN SAYA?














Perkara Penting Wajib Diketahui Customer Sebelum Menjadi Ahli Shaklee

Ramai yang kata , kalau dah jadi Ahli Shaklee wajib ke berbisnes?


Ehem, saya betulkan statement ni ye. Sebenarnya tak wajib pon berbisnes once korang dah jadi Ahli Shaklee. Biasanya orang mendaftar jadi Ahli Shaklee untuk dapatkan harga ahli yang lebih murah dan jimat dari biasa. Jimat ker? Of coz lah jimat tau sebab dapat 15-20% diskaun setiap pembelian produk shaklee. Sama lah macam korang pi Tesco atau Zemart , mesti korang nak jadi ahli kan untuk dapat kan point atau bonus bulanan. Same goes to shaklee tooo. hehe.

Tapiii, kalau korang nak berbisnes pon sangat-sangat dialu-alukan tau!



Dah jadi Ahli Shaklee, wajib ke buat pembelian setiap bulan?

Tidak. Anda boleh beli bila-bila masa yang anda nak. Tiada pembelian minima yang dikenakan setiap bulan. Cumanya sekarang Shaklee dah ketatkan prosedur keahlian dan update sistem. So, mana -mana ahli shaklee yang tidak aktif (tidak membeli sebarang produk ) lebih dari setahun, maka keahlian akan diterminate. Ini untuk mengelakkan lambakan ahli shaklee yang tak aktif dalam sistem.
Jadi, kalau anda rasa tak nak membeli apa-apa bulan tu, boleh lah offer pada ahli keluarga untuk pakai id keahlian anda supaya kekal aktif.


Kalau saya nak buat bisnes Shaklee , boleh ke?

Boleh sangat! Lagipon takde apa-apa bayaran untuk buat bisnes Shaklee asalkan anda dah jadi ahli shaklee. Untung sangat sebab banyak kelas -kelas yang Shaklee anjurkan secara percuma tau!

Lagi best, kalau berdaftar dengan group kami, anda akan diguide dari zero hingga mahir secara percuma! Tinggal anda nak pilih je sama ada nak online ataupon offline.Contact je 0145010786 untuk tahu lebih lanjut.

Macam mana nak daftar ahli dengan group kami?

Senang je , anda boleh pilih sama ada nak daftar secara online atau hubungi saya di talian 0145010786