Saturday, October 15, 2016

Tips Merancang Percutian Ke Cameron Highland



Semua orang pasti mengimpikan tempat yang cantik yang penuh dengan alam semulajadi ini untuk dijadikan tempat bercuti. Sama juga dengan saya. Sejak bujang lagi memang mengimpikan destinasi impian untuk pergi bercuti bersama suami tercinta kat CAMERON HIGHLAND ni. hehe
Memandangkan belum tahu lagi masa yang sesuai untuk pergi dan sambil-sambil tengah kumpul duit dalam tabung travel , sempat juga saya survey-survey beberapa blog yang cerita pasal suasana di sana. At least saya juga dapat sedikit gambaran sebelum pergi ke sana. So exciteddd! haha. 

mungkin ada yang dah pergi berkali-kali sampai dah lali ( untunglahh) hehe. tapi saya yakin mesti tak puas kan kalau pergi sana sebab nya tempat memang cantik subhanallah! cumanya JEM teruk sikit laaa kan kalau salah timing. tapi dengar-dengar hari biasa pon jem jugaks.. ehh..

ok, sebelum nak pergi, kita mesti kena buat persediaan dan rancang kos supaya tak terkurang bajet nanti. terlebih bajet takpee. hihi.apa yang saya dapat setelah survey beberapa blog dan google,perkara yang paling penting sebelum pergi ke Cameron Highland :

1. Pemilihan Masa Yang Betul
Rancang untuk pergi waktu hari weekdays sebab hari cuti atau cuti umum memang ramai orang dan harga penginapan pon boleh naik berlipat ganda. So nak bajet kena pergi hari weekdays. Dan plan siap2 penginapan kat sana.

2. Kos Pergi Balik
Kos yang perlu ada satu kepala lebih kurang RM500 ( ni lebih takpe, takmau bajet2 sangat kang tercekik). hihi. yang paling penting penginapan , duit makan dan duit minyak .duit shopping barang boleh bajet.Utama kan yang penting dulu. 

3. Jalan Yang Selamat Atau Jalan Yang Cepat
Pilih jalan yang terbaik. Ada yang cadangkan lalu tol Tapah (lebih dekat ) tapi jalan macam ular kena palu. Lagi satu boleh lalu Tol Simpang Pulai ( jauh skit) tapi jalan lebih selamat. Pilih mana yang dekat laa kan tapi nak lagi selamat jauh sikit takpe.

4. Berapa tempat nak pergi kat sana?
Banyak tempat menarik yang boleh pergi dan jarak ke satu tempat ke satu tempat tak jauh sangat cumanya makan masa kalau jem.Tempat yang nak pergi sangat kat sana ialah Pasar malam brinchang, Taman rama-rama, Kea Farm, ladang teh boh , dan banyak lagi tak ingat pulak nama tempatnya. hihi. Tapi of course lah nak pergi semua tempat best kat sana! hehe

5. Nak spend masa berapa lama kat sana? 
Rancang masa nak pergi. sehari ke dua hari ke . kalau nak jalan semua tempat ,mungkin 3 hari 2 malam adalah yang terbaik kan?  boleh menikmati sikit, takdelah rushing sangat nak pergi semua tempat dalam masa satu hari.. ye dak?

6. Siapkan mental dan fizikal. 
Bawa kelengkapan peribadi dan payung supaya tak bazir duit nak beli barang-barang keperluan yang remeh camni kat sana nanti. Jimat bajet. Dan paling penting kena bersedia untuk belajar sabar bila menempuh jem sebabnya ramai yang kata memang sokmo sangat jem kat sana! hehe.

Apa-apa pon perancangan yang saya simpulkan ni untuk jimatkan perbelanjaan. kalau ada duit lebih tak perlu bajet sangat pon. hehe. Rezeki masing-masing. Insyallah kalau sampai rezeki kami, saya buat khas entry untuk cerita pengalaman sepanjang berada di Cameron Highland. 

Semoga bermanfaat! 
Mungkin ada yang dah pernah pergi , boleh la bagi komen penambahan mana-mana yang saya terlepas pandang. 

Terima kasih sudi baca :)

Post a Comment