Thursday, October 13, 2016

Nasi Goreng Kicap Telur Goreng

Assalamualaikum, salam Jumaat buat warga blogger sekalian. Moga-moga dikurniakan kesihatan yang baik di hari yang mulia ini. Ok, harini nak kongsikan resepi Nasi Goreng Kicap .Walaupon nampak macam simple tapi saya suka kongsikan di blog supaya mudah untuk dijadikan rujukan kot-kot la terlupa nanti. hehe.


Sebenarnya , ini kali pertama saya masak Nasi Goreng Kicap. Sebelum ni memang tak pernah pon buat sampai lah suami tercinta pernah cakap nak makan nasi goreng kicap. Almaklum, suami memang suka bab makan ni. Masak je apa pon kompem licin dia makan. hehe.

Jadinya , ini first timer masak dan Alhamdulillah memang sedap! haha. puji diri sendiri. tapi serius memang sedap lagi-lagi makan dengan telur mata!
Nasi goreng kicap ni mengimbau kenangan masa saya sekolah menengah dulu. Nasi goreng acik kantin yang memang sedap, pekena pulak dengan sambal! perghhhh kecur air liur tengah menaip nih! haha.

okla, jom tengok apa bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN :


  • Ikan bilis hujung jari ( segengam pon boleh, ikut hati memasing k)
  • bawang merah ( hiris halus)
  • bawang putih ( racik kecik-kecik)
  • cili padi ( potong serong)
  • minyak untuk menumis
  • nasi yang telah masak dan disejukkan. 
  • isi ayam ( nak masuk sayur pon boleh)
  • Kicap masin dan kicap manis

CARA MASAK :

  1.  Panaskan minyak
  2.  Goreng ikan bilis.
  3. Agak-agak nak garing , masukkan bawang putih dan bawang merah.
  4. Masukkan isi ayam dan gaul biar sebati dan sedikit garing.
  5. Masukkan nasi dan cili potong.
  6. Sambil kacau nasi , sambil masukkan kicap masin dan kicap masin.
  7. Kacau sampai sebati dan rasa.
  8. Kalau kurang masin, tambah garam sikit. 
  9. Kalau nak hitam legam, masukkan kicap masin lagi. 
  10. Goreng sampai agak-agak hangus sikit dan siap!
  11. Hidangkan bersama telur goreng.


Dan ini lah rupa nasi goreng ku. hehe.
sedapppppp . lain kali buat lagi. 




selamat mencuba! 


Post a Comment