Saturday, September 10, 2016

Tips Bisnes Online




Ramai antara kita sekarang ni berbisnes melalui online sahaja.
Nampak sangat ia mudah sebab majoriti orang menggunakan internet untuk access media sosial.
Tapi, untuk berbisnes secara online kena pastikan masa yang digunakan betul betul disusun untuk mengelakkan kita menghabiskan banyak masa dengan menghadap gadget.
Macam saya sendiri ,tak boleh lari dengan tugasan hakiki di rumah. 
Jadi, perlu bijak dalam mengatur masa supaya bisnes dapat jalan dengan
 lancar dalam masa yang sama kerja dirumah tidak diabaikan.
Hehe. Panjang pulak intronya.

Antara Tips dari pengalaman saya sendiri:
1. INSTALL APPS HOOTSUITE @ BUFFER

- Apps ni sangat membantu utk kerja2 post dan promote di fb / page korang.
Saya biasanya schedule post waktu malam sebelum tidur. Esoknya tak perlu dah nak bukak fb sebab memang akan terpost sendiri mengikut masa yang kita nak.
2. Install Apps Gramblr( dekstop PC) utk Instagram.

- Apps ni juga sangat membantu utk yang berbisnes di Instagram. Nak update gambar banyak-banyak pon senang sebab boleh schedule je nanti dia akn post sendiri. Tak perlu bukak instagram dah setiap minit. Hehe
3. Pastikan sentiasa buat TO-DO-LIST

- To- Do- List ni penting tau supaya masa korang akan terisi dengan lebih baik. Takdelah nt korang sibuk2 ape tah pastu penat tapi tak tahu buat ape. haaa kan menyesal.
4. Istiqomah

- Istiqomah ni yang susah. Tapi Insyallah kena rajin mintak pada Allah diberikan keberkatan masa supaya masa yang Allah beri 24 jam tu berkat dan di isi dengan kerja-kerja yang bermanfaat.


Semoga Tips ni bermanfaat kepada 
anda yang membuat bisnes online!
Post a Comment