Friday, September 16, 2016

Terung Masak Sambal Sardin


Terung masak sambal sardin.
hehe , mintak maaf lah sebab gambar tak berapa nak lawa.
 Masa ni last minit tangkap gambar sebab nak share resepi kat blog. 
Nak diceritakan aku ni pertama kali masak terung. 
Terung telunjuk dari kampung mak mentua bagi.
Nak siang terung pon tak reti main taram je, hehe .
Mujur sebelum ni pernah rasa masakan akak ipar aku masak terung masak sardin.
memang marvelous rasanye wehh! 

Aku yang tak makan terung pon boleh suka. hihi
Tapi terung purple tu aku tak pernah makan lagi. 
Terung ni memang dah jadi favourite kot. 

So, Kebetulan akak ipar ada , dan suruh masak terung ni.
Aku pon terus terfikir nak masak dengan sardin.
Ni semua penangan pernah makan menu terung masak sardin laa ni.
 Memang jilat pinggan lah kalau makan. hahaa , over! 


ni rupa terung telunjuk.

ok, jom tengok bahan nak masak.

BAHAN NAK MASAK:

  • Satu tin sardin ( ikut berapa orang makan)
  • Terung ( buang atas dan bawah terung , pastu belah dua )
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Asam jawa
  • Halia
* blenderkan bawang putih, bawang merah , halia dan cili padi

CARA NAK MASAK :

1. Panaskan minyak sikit untuk menumis.
2. Tumis bahan belender sampai garing
3. Masukkan terung dan biar sampai lembik /empuk
4. Masukkan sardin dalam tin dan asam jawa sikit.
5. Perasakan dengan garam dan test rasa dah ok apa semua , biar didih lama sikit ( kecilkan api)
6. Agak-agak dah sebati dan puas hati , boleh la tutup api.
7. Siap dan hidangkan dengan nasi panas.


Alhamdulillah berjaya jugak masak terung ni.
Bak kata orang yang handal memasak , masak ni tak susah yang penting kena rajin.
Dan aku memang selalu je merajinkan diri cuba walaupon takut rasa tak sedap.hehehe .
Petua mak aku , doa moga makanan yang kita masak tu sedap Insyallah nanti sedap la.
Tapi memang menjadi laaa petua mak aku ni. hihi.

okla, lain kali aku share resepi lain pulak  ye.
Yang mana aku share tu semua yang aku dah cuba masak.
Korang kalau takde idea , boleh cuba masak dan belajar-belajar makan sayur ye! :)

Selamat mencuba!







Post a Comment