Saturday, September 10, 2016

Kisah Cermin Mata Kesayanganku


Maaf. Poyo sikit tajuk entry harini. hehe
Sebenarnya kisah ini bermula semasa aku sekolah menengah lagi. 

Masa itu aku tingkatan 4 tak silap.
Aku dah pon disahkan rabun.
Ni semua gara-gara buat kerja sekolah di pintu bilik sebab kemalasan nak pergi bilik prep malam-malam.hehe.

Suatu hari ayah aku test mata aku suruh baca kalender kat dinding.
Masa tu memang nampak kelam je.
Lepas tu ayah belikan cermin mata harry potter kat aku. haha
Malu nak pakai, aku tetap buat-buat nampak bila cikgu tulis kat depan.

Masa tingkatan 5 pulak, cermin mata aku bertukar pulak kepada bingkai separuh.
Bagi aku bila aku pakai tak cantik dan kurang konfiden nak pakai since kawan-kawan kenal aku memang tak pakai spek kan. Gigih juga baca apa yang cikgu tulis kat depan. Mujur duduk barisan kedua.tapi kalau cikgu tulis guna pen marker merah. Mesti suruh kawan saya si Adibah Hamdan salinkan nanti aku tiru.hehe. ingat lagi tak dibah? 😁

Dan masuk je KOLEJ , almaklum budak mara dapat duit poket masa awal2 masuk belajar dulu, mngeyam dia lain macam.hehe.
Maka, aku pon beli cermin mata ini dan kekal sampai ke hari ni.
Ni pon setelah di yakini cantik di mata dua orang sahabat saya.
Walaupon tak selalu pakai, time nak tgk skrin laptop / tv mengagau jugak mencari. Tak puas sebab nampak kabur je. Sekarang peneman setia nak update blog 😍

Ok, sekian sahaja cerita cermin mata kesayanganku.

3 tahun dan still counting.
Banyak khidmat cermin mata ni pada mata yang sudah Allah tarik nikmat melihat dengan smpurna. 😊


Lagi



Post a Comment