Thursday, September 22, 2016

Kacang Panggang Masak Sos



Kacang panggang  ni memang favourite dila kalau nak tahu.
Dila memang suka sangat makan kacang panggang ni lagi-lagi dengan telur goreng.
Memang awesome sangat rasanya! 
actually sangat mudah untuk dimasak dan kalau dah takde idea
 sangat nak masak. Ini memang resepi pilihan terbaik.hihi

Sebenarnya , mak dila yang ajar makan kacang panggang ni. Mak dila ni jenis 
suka masak western food sendiri . Chicken chop pon dia pernah buat. 
Memang terbaikk la kan masakan mak-mak kita. Dila ni baru jugak belajar-belajar
 nak masak sedap. Maklum lah belum ada anak.
 Nanti dah ada anak memang hari-hari fikir nak masak apa kann? 
macam mak kita la. tu yang jadi teror masak tanpa sengaja tuu. hihiks!

Tapi , kacang panggang ni tak elok makan selalu sebab makanan dalam tin. 
jadinya jangan laa pulun seminggu masak benda ni berkali-kali pulak ye. hehe.
Lagi satu cara masak pon berbeza. Ada orang panas kan je makanan dalam tin ni. 
Tapi dila masak cara kampung jela. 

nak tahu camne masak cara kampung ni?

meh tengok...

BAHAN NAK MASAK :
  1.  Satu tin kacang panggang ( tak kisah brand apa, dila pakai Ayam Brand)
  2.  Bawang merah dimayang ( hiris halus-halus)
  3.  Bawang putih di cincang halus
  4.  Cili padi di potong kecil
  5.  Sos cili ( Jalen lagi sedap rasanye.hihi)

CARA MASAK :
  • Tumiskan minyak ( dalam dua sudu minyak)
  • Tumiskan bawang putih sampai naik bau , pastu masukkan bawang merah.
  • Agak-agak dah layu, masukkan kacang panggang sekali dengan kuahnya.
  • Masukkan sos cili. agak-agak je ikut rasa nak pekat mana,
  • Ambil sudu dan rasa. kalau kurang rasa tambah je sos. 
  • Taburkan cili padi , gaulkan biar sebati dan biarkan sekejap
  • Agak-agak dah mendidih lama, tutup api
  • Siap! 
  • Hidangkan dengan telur goreng.



taraaaaaa!

nilah rupa masakan kacang panggang masak sos!
simple sangat kann.
sedap makan masa panas-panas tau.

Selamat mencuba!







Post a Comment