Tuesday, September 13, 2016

Cerita Cabut Bulu Ayam Di Pagi Hari Raya Aidiladha



Assalamualaikum.
Semalam hari raya aidiladha kan?
dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pengunjung blog ini.Terima kasih sebab sudi baca entry aku ( hihi)

 Tak sempat nak update blog kalau kat kampung. 
lagi-lagi line internet sangat le menyemput di kampung.
ehh, bukan line internet line tepon pon zero! 
haaa, terkeluar kejap laa dari alam maya ni ke alam kehidupan realiti. hihi

Petang ni nak cerita sikit pengalaman pertama saya di kampung jelebu meraikan Hari Raya Aidiladha. 
Almaklumlah bila dah kahwin, mesti lah bergilir kan. 
Raya puasa haritu giliran balik pahang, makanya raya Korban ni balik rumah mak mentua pulak. 

Alkisah, sampai di rumah mentua sehari sebelum raya.
Niat dihati nak bakar lemang rupanya dah siap dibakar. 
Laju benor. hehe. Pukul 11 pagi dah siap bakar lemang.
Mana taknya kitorang pulak sampai dah pukul 5 petang.
Memang tak sempat la nak bakar lemang, 
Lagipun raya kali ni buat sikit je lemang sebab tak ramai yang balik.

Masa tu aku dengar cerita ayam tak dapat tangkap lagi nak masak rendang.
Haa, hebat kan mak mentua aku ni. 
Makan ayam kampung dan ayam hutan je.
Memang terasa masakan "kampung" tau! 

Pagi raya tu, punya lah siap-siap mandi awal konon nak pakai baju raya.hehe
Lepas subuh , terus iron baju raya dan baju mak mentua sekali.
Lepas tu, terus tolong-tolong kat dapur.
Maklumlah , kalau belah sana aku raya sebagai cucu.
tapi belah sini aku raya sebagai menantu.
of coz kena tunjuk muka sikit kat dapur kan.. hehe 

Masa orang lelaki pergi semayang raya , 
aku sambung tugas suami aku hidupkan api kat luar.
Puas la aku  usaha mengipas api nak bagi didih air untuk celur ayam.
Pagi tu baru dapat tangkap ayam .
ada lah dalam 4 ekor ayam.
Sementara mak mentua aku yang keluarkan isi perut ayam tu, aku kipas-kipas api kasi besar sikit, 
Lepas api dha didih, celur ayam dan mulalah proses mencabut bulu ayam. 
Mujur ada bantuan abang ipar yang dah mahir bab ni. 
Cepat sikit kerjanya, 
Kalau tak sampai tengah hari , rendang pon belum siap.

Lepas da cabut bulu ayam , dilayurkan atas api,lepas tu bawak masuk rumah untuk dipotong.
haa, dalam proses ni , aku hanya pakar hidupkan api dan cabut bulu ayam je. hihi
Yang lain serah kat akak-akak ipar dan abang-abang ipar ku yang lebih handal kerja-kerja ni.

Sementara tu , aku tolong mak masak kerisik pulak nak buat rendang kan.
Aku kesian tengok mak mentua aku ni semua benda dia nak buat, nak taknak aku kena tolong la kan.
Masa ni aku pakai kain batik je. Masak jela keje nye kat dapur, haha

Last-last sampai tengahri ada orang datang rumah pulak.
dengan berkain batik lah jumpa tetamu.
lawak betul.

Lepas makan tengahari , mak mentua aku suruh masak daging korban pulak.
Separuh masak kicap dan separuh lagi masak kari.
kenyang betul perut. tapi masak jugak lah untuk makan malam.

Aku ni tak pernah-pernah masak daging, nak siang daging pon tak reti, haha
Tapi cool je macam budak baru belajar tanya mak macam mana nak siang daging ni.
Ok, pastu aku masak daging masak kicap , akak ipar aku masak daging kari.
Ni gara-gara suami aku nak makan daging masak kicap laa ni.
Mak mentua aku ni kalau ko sebut je , teringin ke , nak makan ke. kompem terus dia buat.
Bak kata suami aku kan best kalau aku jadi macam mak dia tu..Cakap je terus dapat belum mintak suruh buat . hehe
Aku cakap laa, kalau duk kampung semua benda ada.petik je nak apa, 
duk Seremban tu mano nak petik.
silap hari bulan boleh gomok sebab terlebih makan! haha
tapi ini lah berlaku bila balik Jelebu.
Rasa senak perut bila mak mentua asik suruh makan.
Tapi takpe , mungkin dia bahagia tengok anak menantu dia makan kan? 
Layan kan aje. 

Maka, sampai ke malam aku dengan berkain batik.
Lepas maghrib kitorang makan dulu sebelum balik.
Kalau tak mak mentua aku suruh tapau bawak balik.
Last-last decide makan jela kat sini.
konon-konon nak makan sikit last-last menambah gak nasi sebab ada ulam potai.
aduhh! haha.aku rasa banyak betul makan lah waktu hari raya ni.

dah laa tengahari tadi makan masak lemak + sambal tempoyak.
seirus dah jatuh cinta dengan tempoyak fresh ni. 
makan tak sah tak bertambah.
perut apa laaa kan. haha

Itulah kisah raya Aidiladha aku kali ni.
Tahun depan Raya korban kat pahang pulak :)

Macam biasa bila RAYA + MAKAN berpisah tiada.
Sedih juga sebab first time dalam sejarah hidup 23 Tahun TAK PAKAI BAJU RAYA MASA HARI RAYA AIDIL ADHA. 

Terima kasih sudi baca sampai habis ! hihi
gambar tak sempat nak snap sebab kebusyan .
hanya mampu cerita je. Apepon its a great moment to remember :)




Post a Comment