Tuesday, September 13, 2016

Bagaimana Saya Terjebak Dengan Bisnes Shaklee?





BERMULA DENGAN DROPSHIP

Dulu saya pernah jadi dropship tudung akel 
sampai akak tu pon dah tak ambil dropship da haaa. Hehe.
Mase tu takde lah tekad nau nak buat bisnes.saje suka2. Sebab saya suka promote2 dan happy je kalo ada orang PM nak beli. Rasa satu keseronokan sangat masa tu. Hihi

Masa saya join dropship ni waktu saya masih belajar di Kolej Uniti.
Betapa gigih join droship waktu tu , saya sempat buat page dan instagram masa tu.
Oleh kerana masa saya buat dropship ni bersama partner . maka kami kgabungkan nama dan bersetuju untuk letak nama kedai online syafa. hehe

kebetulan nama dia syazwani dan aku fadilah.
maka digabungkan jadi SYAFA.
best jugak kan nama ni.
tapi page dan instagram tu dah tinggal kenangan sebab aku pon dah tak buat dropship tu.



BERJUMPA DENGAN SHAKLEE

Lepas je kahwin, aku berhenti kerja di tadika kerana komitmen suami nak hantar aku pergi kerja macma susah . sebab tak sehaluan jalan nak pergi kerja. Memandangkan aku pon tak de lesen kereta lagi masa tu. Jadilah aku surirumah sepenuh masa di rumah.

Maka, banyak masa scroll fb  dan terjumpa lah dengan shaklee.
Masa ni , kawan yang buat shaklee tu aku kenal sangat.
Itu satu point buat aku rasa yakin , yelaa kawan kita tu kita kenal jadinya takkan lah tak percaya kan.
Masa tu terus PM tanya sebab nampak macam best je Shaklee ni. 
Sebab rasa best lah nak join kan. Ingat macam dropship je. Rupanya tak sama sebab lain dari yang lain.Tapi takpe , try je dulu.
Macam biasa lah, kalau bisnes mestilah kena promote kalau tak camne orang nak tahu kita jual kann?
masa tu jadi malu nak promote. Yelaa sebab promote tentang produk kesihatan kan. Bukan promote baju ke tudung ke. Of coz la bila dah promote pasal kesihatan ni kena consult sekali customer yang beli dan paling penting kena tahu pasal produk. Bak kata Master Salwa Al'Izzah , produk ni nak masuk dalam badan kan mesti kena tahu details bukan main pakai makan je.




MULA UNTUK SERIUS DENGAN BISNES SHAKLEE
Dalam proses nak serius dengan bisnes,
Aku bermula dengan INSTAGRAM sebab aku rasa Intagram lebih private gitu. Hihi.
Tapi lepas je pergi salah satu kelas anjuran Shaklee terus dapat semangat berkobar-kobar nak share kat Facebook pulak.
Itu baru sikit.
Bab pengurusan masa jangan cite lah.
Kalau dulu rasa jari macam nak melekat kat keypad fon pon ada sebab hari2 nak kena update post punya pasal.Hihi.
Rasa tak tentu arah sangat masa tu sebab masa tu takde ilmu pengurusan masa yang betul.
Tapi takpe, bagi peluang diri untuk belajar dari kesalahan dan kesilapan.
Jangan cakap pasal perasaan.
Macam macam perasaan yang datang tapi kena kuatkan diri.
Paling penting masa join bisnes Shaklee ni baru sedar apa matlamat yang ingin kita capai.
Memandangkan aku sendiri dah ada suami dan keluarga sendiri aku lebih merasai kenapa kita kena cari duit lebih.
bukan sekadar nak jadi kaya je tapi untuk masa depan yang kita sendiri belum pasti.
Jadi, bertindak lah sekarang untuk sediakan payung sebelum hujan.

Itulah hakikatnya,
Kalau tak lalui kita takkan tahu.
Dah lalui insyallah banyak yang kita belajar untuk perbaiki dan manage satu persatu supaya bisnes berjalan lancar dalam masa yang sama hal lain pon setel. takde la nanti alasan sebab bisnes, semua benda takleh buat.

ITS ALL ABOUT YOUR MIND.
STAY POSITIVE 

Anyone nak produk Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik ,
Jangan lupa roger den terus ye! 

DIJAMIN SELAMAT DAN KONSULTASI PERCUMA 
DIBERIKAN KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA :)


Post a Comment