Saturday, September 3, 2016

7 Sebab Badan Mudah Letih Dan Mengantuk


Mudah mengantuk?
Mudah rasa letih?
Tak fokus dalam pelajaran?

Dalam menjalani kehidupan seharian, kesihatan amatlah penting untuk memastikan 
rutin harian berjalan lancar. 
Tapi dalam kesibukan itu kadangkala terlupa apa masalah yang menyebabkan
 kita semakin mudah mengantuk dan mudah merasa letih.

Tanda mengantuk adalah merupakan tanda yang diberikan tubuh agar kita berehat. 
Ianya sesuatu yang normal. Biasanya rasa mengantuk ini datang apabila tibanya waktu
 malam iaitu waktu tidur apabila seseorang berasa penat atau letih.
 Namun demikian, Ianya menjadi luar biasa apabila rasa mengantuk dan letih itu
 datang terlalu kerap dan tidak mengira masa sehingga kita sukar melakukan rutin harian.




Apakah punca badan mudah letih dan mengantuk ini? 

1. TIDAK CUKUP TIDUR 

- Masa tidur yang terbaik adalah antara 7-8 jam bagi orang dewasa. Tidur yang cukup diperlukan untuk mengembalikan tenaga.

2. TIDAK CUKUP TENAGA 

- Diet yang terlalu sedikit membuatkan anda kekurangan tenaga untuk melakukan kerja-kerja yang berat.Diet seimbang membantu anda mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Sekiranya paras glukosa rendah dalam darah , anda akan menjadi lemah dan menyebabkan pitam.

3. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

-Sarapan pagi sangat penting untuk memulakan hari anda. Walau macam mana sekalipon jangan skip sarapan pagi kerana tenaga amatlah diperlukan untuk melakukan kerja harian anda.

4. TERLALU BANYAK AMBIL KAFEIN

- Kafein boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetpi apabila dosnya berlebihan akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat dan kajian mengatakan terlalu banyak kafien menyebabkan badan menjadi lemah.

5. KEKURANGAN ZAT BESI 

- Zat besi diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh badan kita. Kekurangan zat besi menyebabkan oksigen tak sampai ke seluruh badan dan menyebabkan kita rasa mengantuk. 

6. KURANG MINUM AIR KOSONG

- Pastikan anda minum air kosong dengan secukupnya . 1 liter air bersamaan berat 25 kg . Buat kiraan dan rajin kan diri untuk minum air kosong . Air kosong penting untuk perjalanan darah dalam badan.

7. TEKANAN EMOSI 

- Badan akan mudah letih dan tidak bertenaga jika sering mengalami tekanan emosi. 



ESP- mengandungi Glisemik Index yang rendah, 39 yang bertindak membekalkan tenaga segera dan tahan lebih lama.

PERFORMANCE DRINK - membantu anda kekal hidrasi dan meningkatkan daya ketahan fizikal serta keseluruhan tubuh

VITALEA - multivitamin dan multimineral yang lengkap yang diperlukan badan.

BCOMPLEX - memainkan peranan penting dalam peningkatan metabolism tenaga di mana ia menukarkan makanan kepada tenaga dan berfungsi untuk elak stress.



Sebarang pertanyaan dan tempahan, 






Post a Comment