Wednesday, September 21, 2016

7 Cara Tangani Stress Tanpa Perlu Makan Ubat



Stress merupakan perkara yang normal yang di hadapi oleh manusia.
Semua orang pernah stress,cumanya  yang membezakan kita semua adalah 
cara kita menangani STRESS tersebut. 

Harini saya nak kongsikan bagaimana Cara Menangani Stress dengan 
cara semulajadi tanpa perlu makan ubat untuk menghilangkan stress.

jom tengokk..

1. Pastikan tubuh badan kita cukup nutrisi.


Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut dan nak nampak kurus cantik. 
Makanan sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh kita. Makanan yang kaya
 dengan nutrisi membantu kesihatan mental dan fizikal.Bila mental sihat , 
takde lah rasa nak stress memanjang.

2. Planning apa nak buat.

Hari kita akan terasa terlalu sibuk sampai tak sempat nak buat apa-apa kalau kita tak planning.
Mulakan hari dengan plankan perancangan yang paling utama untuk diselesaikan. Jangan lupa masukkan dalam jadual tugasan hakiki kita seperti makan, masak,
 ambil anak sekolah dan sebagainya.
Kadangkala kita terlupa tugasan hakiki ini yang membuatkan kita rasa tak 
cukup masa untuk uruskan rumah tangga dan bisnes. 
Bila apa yang kita rancang tu tak jalan seperti yang dirancang , ingatlah Allah
 sebaik-baik perancang. Insyallah hati tenang jiwa pon lapang.


3.Bersenam secara rutin.



Bersenam ni tak semestinya senaman yang berat-berat dan menyusahkan.
 Cukup buat senaman yang paling simple yang penting konsisten. 
Mungkin mak-mak di rumah boleh cuba senaman yang mudah sambil-sambil 
melakukan kerja rumah tu. Bila kita buat senaman secara rutin, badan kita akan
 rasa cergas dan mood pon happy.

4. Perbetulkan Solat



Solat mengajar kita asas untuk hidup. Sebab itu dalam solat kita kena kusyuk.
 Kusyuk kat sini maksudnya kita fokus. Solat juga merupakan tiang agama.
Bagaimana mungkin kita ingin membina rumah jika tiada tiang? 
 begitu juga dengan hidup kita.
Hidup kita akan rasa kucar kacir jika kita tak rasakan Solat adalah asas untuk 
kehidupan yang menenangkan jiwa. Dan fokus sangat penting dalam menentukan
 masa depan kita. Jika anda fokus untuk berjaya, Terus kan Fokus sehingga berjaya!

5. Bersosial secara sihat.



Bersosial ni boleh jadi bagus dan boleh jadi tak bagus. 
Yang tak bagusnya bila kita bersosial dengan orang-orang yang negatif dan 
yang tidak memberikan kita sebarang kebaikan pon malah mengajak kita 
ke arah keburukan. Sebab itu, pastikan kawan-kawan kita semuanya positif supaya
 minda kita dalam keadaan tenang dan sentiasa berfikiran positif. 
Insyallah Stress takkan muncul.

6. Me-Time





Kadangkala disebabkan kesibukan kita seharian bekerja dengan mengurus 
rumah tangga, bisnes dan anak-anak menyebabkan kita mudah STRESS. 
Sebenarnya ada masa-masa yang kita perlukan ME-TIME untuk reflect diri
 atau memuhasabah diri sendiri sambil mencari ketenangan untuk diri sendiri. 
Insyallah dengan cara ini , kita boleh recharge semula
diri kita dan membangkitkan semangat yang baru. 


7. Luahkan kepada yang Lebih Memahami.



Lumrah manusia adalah ingin meluahkan segala yang ada di hati. 
Bagi yang dah berkahwin, mungkin suami adalah tempat meluahkan segala isi hati.
 Tapi sebenarnya untuk mendapat jiwa yang tenang adalah meluah pada yang 
MAHA PENCIPTA kerana Dia saja yang memahami segala isi hati kita. 
Keluh lah kepada Allah , Mengadu lah kepada Allah dan luahkan segala rasa kepadaNYA , 
insyallah Allah bantu kuatkan kita dalam apa jua cabaran yang kita hadapi.


Sesungguhnya manusia takkan pernah lagi dari masalah,
 Anggaplah masalah itu ujian dari Allah untuk kita belajar dan cuba untuk
 bangkit semula dengan semangat yang baru :)

Moga-moga tips ini bermanfaat untuk orang yang 
mudah STRESS dan selalu STRESS.




Post a Comment