Thursday, August 11, 2016

Tips Atasi Stress Dengan Latihan Pernafasan


Stress adalah tindak balas fizikal ( badan) , emosi (perasaan) dan
 mental kepada sebarang perubahan.

Tanda-tanda anda mengalami Stress?
- Letih keterlaluan
- Sakit kepala
- Cepat marah
- Gelisah
- Serabut


Jika anda ada tanda-tanda stress seperti di atas, cool down
dan cuba amalkan apa yang dila bakal kongsikan ini. :)

dila nak sharekan beberapa tips untuk atasi Stress dengan latihan pernafasan
 yang dila ambil dari sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

2.  Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

3. Tarik nafas melalui hidung dengan sedalam-dalamnya dan tahan nafas anda dengan kiraan 10.

4. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung, terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.

5. Ulangi langkah-langkah di atas sebanyak 5 kali sehingga anda merasa tenang.

6. Akhirnya buka mata anda perlahan-lahan.


Selamat beramal! 
Hidup.Ceria. Bahagia.Positif








Post a Comment