Saturday, August 6, 2016

Macaroni Goreng Pedas Bakhang!

Assalamualaikum , 
selamat berhujung minggu semua :)

Hari minggu ni tak buat pape sangat kat rumah.
so, kita update sikit resepi untuk minggu ni ye . hehe
bukan lah pakar sangat bab memasak tapi boleh la cuba-cuba 
sambil tu kalau sedap boleh tepek dalam blog ni supaya korang pon boleh cuba.
macam biasa, kalau masak ni kena ikut kreativiti sikit.
campak-campak jadi, untung sangat. kalau dila masak , konfem doa banyak2 moga menjadi.
risau sangat kot tak menjadi kang jadi makanan tong sampah pulak, tak mo lah gitu kan.

Macaroni ni boleh dikatakan makanan wajib ada dalam rumah sebab
 kalau takde mood nak makan nasi memang akan makan pasta atau macaroni.

sebelum ni dila suka masak macaroni cheese , 
kali ni nak try masak macaroni goreng pedas bakhang!
memang pedas sebab tak sangka cili kering tu pedas benoo.
 tebal bibir lepas makan ni. hehe

BAHAN :

- Sepeket macaroni (agak2 je untuk dua orang)
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili kering ( agak-agak je tau )
- Sosej
- Carrot
- Sos cili
- Sos tiram

CARA PENYEDIAAN :

1. Macam biasa, rebus macaroni dengan air yang mendidih. letak minyak + garam sikit.
2. Cili kering, bawang merah , bawang putih di blender lumat.
3. Sosej di potong bulat-bulat comel.
4. Carrot dipotong halus-halus secara memanjang.

CARA MASAK :

1. Panaskan minyak sikit dalam kuali.
2. Bila minyak dah panas, kecikkan api dan masukkan bahan yang di blender tadi.
3. Masa ni , letak terus cili sos dan sos tiram sikit.
4. Kacau-kacau sikit dan tunggu sampai naik minyak.
5. Masukkan carrot dan sosej yang di potong tadi.
6. Agak-agak dalam beberapa minit je, terus masukkan macaroni yang direbus dan ditoskan tadi.
7. Gaul bagi sebati
8. Siap dan makan!




Ini lah hasilnya dari dalam kuali. 
nampak tak comot-comot kuali ku. hehe

Sayur tu kalau ada brokoli lagi sedap sebab akak ipar dila pernah masak campur brokoli memang sedap. tapi masa ni guna apa yang apa yang ada je.

memang pedas sebab terlebih letak cili kering.hehe

Cuba lah sebab dila memang suka masak simple-simple je 
janji licin dimakan :)



Post a Comment