Tuesday, August 23, 2016

Kobis Masak Lemak Putih Dan Ikan Goreng

Assalamualaikum.
Lama rasanya tak berkongsi resepi dalam blog ni.
Almaklum, busy sikit di hujung minggu.hehe

 Balik kampung baru ni cuba makan sambal tempoyak.
sedap pulak ai!
dulu pernah rasa akak dila buat tapi rasa masam dan tak kena pulak dengan tekak ni,
akibatnya memang tak makan tempoyak.
sampai la lepas kahwin ni cuba rasa lagi memandangkan family belah suami 
suka benor tempoyak ni.
cuba lah rasa sikit setelah begitu ramai suruh den rasa pastu 
" eh sedap la pulak" . hehejadi ketagih lak sekarang ni.
lagi-lagi sekarang musim durian kan.
banyak kali lah makan sambal tempoyak.

so, memandangkan ada kobis dalam peti ais.
bahan basah pon semua ada.
Jadi, hari ni masak lah kobis masak lemak.

jom tengok apa bahan-bahannye .
Simple sangat insyallah.

BAHAN -BAHAN :

1. Santan RM3
2. Kobis ( untuk 4 -5 orang makan kobis separuh cukup sangat dah)
3. Cili besar ( 1 tangkai)
4. Bawang putih ( 4 ulas)
5. Bawang merah ( 2 biji)
6. Ikan bilis ( segenggam)
7. Udang kering ( agak-agak)
8. Carrot ( setengah je)
9. Garam

CARA PENYEDIAAN :

1. Blendkan bawang putih, bawang merah , ikan bilis, dan udang kering sekaligus. ( terpulang kalau nak hiris pon boleh ).

2 Hiriskan carrot bulat-bulat comel.

3. Cili besar potong serong untuk hiasan.

4. Kobis potong kecik-kecik. hehe


CARA MASAK :

1. Tuangkan bahan yang diblender tadi ke dalam periuk.

2. Tambahkan santan dan  air ( jika terlalu pekat).

3. Kacau sambil tunggu ia mendidih. ( kena kacau kalau tak nanti pecah minyak).

4. Dah mendidih, kecilkan api. Masukkan sayur kobis dan carrot sambil letak garam dan rasa. Tungu sampai didih lagi sekali.

5. Agak-agak dah layu , masukkan cili besar yang dipotong tadi.

6. Tutup api. dan siap!



tengah tunggu didih lagi sekali. hehe
rasanye kurang santan sebab beli santan RM2.
lain kali beli lebih takpe boleh simpan. hihi


Siap untuk dimakan.
boleh hidangkan sekali dengan ikan goreng dan sambal tempoyak! 

Alhamdulillah, selamat masuk perut dah, hehe
sambal tempoyak tak tangkap gambar pulak sebab tadi makan kat rumah akak ipar.
sogan lak nak tangkap gambar kan. hihi.

okla. resepi sangat simple untuk dimasak.
campak-campak jadi. 

Selamat mencuba!



Post a Comment