Tuesday, August 23, 2016

7 Tips Untuk Memulakan Perniagaan


Untuk memulakan sesebuah perniagaan kita mestilah
 menitik beratkan mengenai beberapa perkara supaya kita tak tersilap langkah.

Di sini saya kongsikan Tips Untuk Memulakan Perniagaan
 bagi  yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan.



#1. Jangan mengambil sebarang pinjaman peribadi

- Elakkan berhutang dengan bank. Jika anda terpaksa berhutang lebih baik meminjam daripada keluarga,saudara mara dan sahabat handai dan pastikan anda melunaskan hutang dengan segera.

#2. Lakukan berterusan ( ISTIQOMAH)

-Walaupun ada dugaan dan halangan di tengah jalan, tetapkan dalam untuk lakukan kerja-kerja dengan berterusan. Tidak mengapa sedikit-sedikit, asalkan konsisten dan sen undang-tiasa berjalan.

#3. Memiliki etika kerja yang kuat

- Pelihara kebajikan pelanggan dan pekerja.Pastikan wujudnya " Win-win Situation" dan elakkan penipuan dan pelihara kualiti barangan dan perkhidmatan.

#4. Didik diri anda dalam kerjaya yang dipilih

- Didik diri bagaimana untuk menjadi usahawan atau tokok-tokoh perniagaan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis dalaman dan luaran.

#5. Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis

- Dari segi undang-undang janji lisan juga satu perjanjian. Jika timbul masalah perlanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada bukti secara bertulis atau hitam putih mengenainya.

#6. Berhati-hati bila bekerjasama dengan sesiapa pun

- Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai, buat perjanjian bertulis yang lengkap. Banyak syarikat mengalami kerugian kerana rakan kongsi yang tidak amanah.

#7. Berseronoklah.

- Akhir sekali, " have fun" dan " enjoy" dalam menjalankan perniagaan. Jangan lupa tunaikan kewajipan agaman, amalkan solat sunat dhuha dan amalan sunnah yang lain.





Sumber : Tips ini saya petik dari salah satu video Dr Azizan Osman.


Semoga bermanfaat! 


Post a Comment