Thursday, August 18, 2016

6 Fakta Menarik Mengenai Paracetamol & Panadol

Assalamualaikum. 




Pernah makan panadol?
Dila tak pernah makan panadol.
sebab family bukan jenis makan panadol bila sakit. hihi

Sudah kebiasaan masyarakat kita yang mengamalkan panadol atau nama saintifiknya
 dikenali sebagai paracetamol. Kebiasaanya padanol ini di ambil untuk
 menghilangkan sakit kepala, demam, selsema dan sakit-sakit ringan yang lain.
Tetapi jika terlalu kerap mengambil panadol, ianya akan mendatangkan kesan
yang buruk kepada kesihatan kita.


Jom tengok apa fakta yang menarik mengenai Panadol ini.

6 FAKTA MENARIK MENGENAI PANADOL / PARACETAMOL.

FAKTA 1

Paracetamol adalah ubat yang berkesan menurunkan suhu badan dalam merawat demam.
Ia juga ubat penahan sakit yang agak sederhana kesannya berbanding dengan ubat tahan sakit yang lain. Secara kesimpulannya Paracetamol adalah ubat yang terbaik untuk mengurangkan demam tetapi ubat yang sederhana untuk merawat sakit.

FAKTA 2 

Selain demam, paracetamol juga digunakan utnuk merawat rasa sakit yang ringan seperti :

- sakit kepala
- selsema
- sakit badan
- sakit sendi
- senggugut
- saikit gigi

Ubat paracetamol ini diberikan kepada bayi hanya jika suhunya meningkat melebihi 38.5 Celcius. Hal ini kerana kesan ubat paracetamol kepada bayi masih lagi dipersoalkan malah demam di kalang bayi lebih sesuai dirawat dengan susu ibu.


FAKTA 3

Ubat paracetamol boleh diberikan kepada pesakit dalam bentuk :
- tablet (pil)
- Kapsul atau cecair ( terutama bayi)
- Tablet mudah larut
- Suntikan sama ada bentuk IV ( kedalam saluran darah) atau IM ( suntikan ke dalam otot)

FAKTA 4

DOS UBAT paracetamol untuk seorang bayi atau kanak-kanak tidak bergantung kepada umur tetapi beratnya. Dos yang biasa adalah antara 10-15 mg bagi setiap kilogram berat badan.Dos ini boleh diambil sekali setiap 6 jam. 

Kebanyakkan kanak-kanak diberikan paracetamol dalam bentuk cecair dna sangat penting bagi ibu bapa untuk memeriksa kekuatan dos setiap ubat yang diberikan kerana ia berbeza-beza. Kekeliruan mungkin akan timbul apabila kita mahukan ubat pada anak kita. 150 mg berbeza dengan 150 ml.
Kebanyakkan ubat paracetamol dalam bentuk cecair di Malaysia dijual apda dos 100mg/ml, 150mg/ml dan 250mg/ml.


FAKTA 5

PANADOL dibuat oleh syarikar farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk:

1. PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

2. PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg dna boleh bertahan sehingga 8 jam .Oleh itu di ambil seiji setiap 8 jam.

3. PANADOL EXTRA mengandungi Paracetamol 500mg dan 65mg cafeine untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

4. PANADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodium untuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepar.Oleh itu mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

5. PANADOL MENSTRUAL mengandungi Paracetamol 500mg dan Pamabrom 25mg.Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

6. PANADOL SOLUBLE mengandungi Paracetamol 500mg dan 427mg sodium. Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi.Pesakit darah tinggi dan jantung dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai penyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi walaupon ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

FAKTA 6

Selepas paracetamol ditelan, bahan aktifnya dicernakan di dalam perut dan diserapkan ke dalam salur darah. Seterusnya paracetamol dometabolismekan ( atau ditoksifilakasikan kepada bahan yang lebih ringkas ) di dalam hati.

Dalam hati, metabolisme paracetamol dilakukan dengan 3 cara :

1. Sebahagian besarnya ( 50%) menjalani proses " glucuronidation"
2. Sebanyak 30% lagi menjalani proses " sulfat conjugation"
3. Selebihnya 20% menjalani proses "N-hydroxylation, dehidration dan GSH conjugation"

Jika pengambilan paracetamol dilakukan dalam dos yang tinggi, metabolisme cara 1 dan 2 yang lebih selamat menjadi tepu. Proses metabolisme paracetamol akan dilakukan dengan cara 3, menyebakan lebih banyak bahan sebaik NAPQI yang toksik pada hati dan buah pinggan terhasil.

Bagi mengurangkan kesan toksik pada buah pinggang dan hati, paracetamol harus diambil dalam kuantiti dos yang kecil dan selamat dna ia harus di ambil dengan meminum air kosong yang banyak.



KISAH BENAR PENGALAMAN ORANG YANG KERAP AMALKAN PANADOL.

Suami saya bekerja sebagai jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pangkalan data untuk pesakitnya. Dia kenal rapat dengan seorang doktor. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubat herba Cina atau altenatif lain.

Ini kerana Panadol bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau dua botol minuman isotonik. Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan dua cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan menyebabkan tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller". Semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih 
lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.
 Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
 Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. 
Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


SEMOGA BERMANFAAT!

JOM UBAH! 
PILIH LAH YANG SEMULAJADI BEBAS DARI BAHAN KIMIA MERBAHAYA.

SAYANGI DIRI DAN KELUARGA ANDA :)

INGIN DAPATKAN SUPPLEMEN SHAKLEE?




Post a Comment