Wednesday, August 3, 2016

5 Tips Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme


Apa itu Metabolisme?

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi.
Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan,metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas.

Tubuh kita sebenarnya membakar kalori pada setiap ketika , bukan sahaja ketika kita bersenam malah semasa kita tidur, menonton tv dan membeli belah.

Sama macam kenderaan yang memerlukan "minyak" untuk  menjana kuasa , begitu juga metabolisme merupakan pengawal atau pengurus "minyak" pada tubuh kita.

Setiap Orang Mempunyai Metabolisme BERBEZA.

Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh.Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsi nya berbanding dengan lemak.
Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar 
metabolisme yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.


Kadar Metabolisme Boleh Berubah?

Sudah tentu boleh! 
Sekiranya kita sedang menurunkan berat badan mahupun hanya untuk
 mengekalkan tahap kecergasan tubuh, meningkatkan metabolisme tubuh kita,
 kita boleh mencapainya dengan lebih cepat .



5 Tips Cepatkan Metabolisme



1. Minum Air Secukupnya 
- Dah biasa kan orang suruh minum air banyak-banyak. Jangan lupa kita disyorkan untuk minum air 8 gelas sehari untuk membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum


2. Jangan lupa supplemen kalsium
- Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar.
Boleh juga dapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, taufu, keju, dadih , ikan salmon dan juga pil ostematrix shaklee :)



3. Makan!
-Makan snek dengan kerap membantu dalam meningkatkan metabolisme.
Sekiranya perut kita sudah mula memulas dan berbunyi, itu tandanya ia memerluka "minyak" .Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kita mungkin akan makan berlebihan pada waktu makan seterusnya.Pilih lah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan dan biskut berfiber tinggi.


4. Tidur Yang Cukup
-Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat.Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori.
Tidur yang berlebihan juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!



5. Jangan Stress
- Stress meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh. Kotrisol merupakan hormon
 yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan 
sekiranya di dalam situasi bertekanan tinggi.
Melakukan senaman seperti yoga adalah contoh yang baik untuk 
mengurangkan tekanan yang dihadapi.


Kredit to Kevin Zahri







Post a Comment