Thursday, August 11, 2016

4 Cara Untuk Kekal Hidup Secara Sihat.

 Kesihatan merupakan nikmat yang tidak ternilai yang Allah kurniakan kepada kita
sebagai umat islam. Sebagai hambaNYA yang bersyukur kita wajib menjaga nikmat kurniaan
 yang telah Allah diberikan ini dengan cara yang betul.

4 Cara Untuk Kekal Hidup Secara Sihat 
Di Samping Mengurangkan Risiko Penyakit :


1. MENGAWAL BERAT BADAN


Ramai orang tidak mengambil berat mengenai berat badan yang berlebihan. 
Berat badan yang berlebihan sebenarnya mempunyai risiko yang 
lebih tinggi untuk mendapat penyakit. Nauzubillahiminzalik.
Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang yang
 mengambil berat mengenai berat badan. 

Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, 
Jangan bersedih dan berusahalah untuk turunkan berat badan
dengan buat sedikit senaman dan konsisten supaya
 badan lebih cergas dan sihat.
Apabila makan, makan lah dengan porsi yang terkawal 
dan pastikan kunyah perlahan-lahan.

Paling penting
PASTIKAN BMI NORMAL!


2. JADIKAN SENAMAN SEBAGAI RUTIN HARIAN


Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari sudah memadai
 untuk melancarkan aliran darah dalam tubuh.
Pastikan memilih jenis senaman yang boleh kita konsisten untuk lakukan setiap hari.
Boleh bertukar-tukar jenis senaman untuk mengelakkan kebosanan dan 
pastikan kita rasa seronok bila melakukannya.

HAVE FUN WITH FITNESS!


3. BERHENTI TABIAT MEROKOK

Cuba berhenti merokok.
Ia selalunya mengambil masa 6 hingga 7 kali percubaan untuk 
berhenti merokok untuk selama-lamanya.
At least USAHA perlu ada untuk berhenti merokok.
Merokok bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah orang disekeliling
 juga turut mendapat bahaya yang sama.

TRY HARD TO STOP IT!



4. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

Makanan yang sihat semestinya mengandungi vitamin dan nutrisi yang diperlukan badan.
Kurangkan makan makanan yang diproses kerana mengandungi lebih banyak
 lemak tepu dan kandungan gula yang berlebihan.
Makan makanan yang sihat membantu memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita.

GOOD FOOD, GOOD HEALTH :)


MAHU KAN HIDUP YANG SIHAT?
KESIHATAN YANG LEBIH BAIK?

JOM AMALKAN 4 CARA NI UNTUK 
PASTIKAN HIDUP KITA
 SIHAT, CERIA DAN BAHAGIA.


Berminat untuk menambah baik kesihatan dengan Produk Shaklee?
SID DIEYLA,
PENGEDAR SHAKLE SEREMBAN






Post a Comment