Saturday, July 30, 2016

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum,
hari semalam busy sikit siang hari sebab ada jamuan untuk adik-adik KRIM kat sekolah sheikh ahmad.
Almaklum, untuk adik-adik kan, so kena la masak special sikit untuk menu jamuan tu.
dan aku pon masak lah spageti sebab simple dan tak renyah sangat nak buat dia. hehe
nak yang simple je kann.

Target dalam 25 orang makan, tapi rupanya budak-budak tu dalam 14 orang je tapi oklah perut memasing macam 25 orang makan jugak.hehe.

macam biasa tanya mak untuk bahan-bahan masak.
memang tak pandai bajet den ni.sabo jela.

ok, jom tengok resepi spageti bolognese cara aku masak.

BAHAN -BAHAN :

- Spageti 2 bungkus ( cari yang sedang-sedang, tak nipis dan tak tebal sangat)
- Sos prego 2 botol besar
- sosej
- daging hancur ( guna sebungkus je)
- tomato
- carrot
- bawang merah
- bawang putih
- serbuk lada hitam
- serbuk oregano
- sos cili
- garam

CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus spageti dan toskan. Air rebusan tu letak minyak dan garam sikit.
2. Sosej potong bulat-bulat comel.
3. Tomato potong dadu. masa ni aku guna 2 biji tomato. kalau suka masam boleh tambah lagi
4.Carrot potong panjang-panjang nipis.
5. Bawang merah potong bulat-bulat halus.
6. Bawang putih racik kecik-kecik

*maaf gambar tak sempat nak ambik,Takpe korang dah teror kan. baca je dah boleh bayang camne rupanye.hehe

CARA MASAK :

1. Tumis bawang putih dan merah dengan minyak yang sikit.
2. Agak-agak dah garing, masukkan satu paket daging hancur. Masa ni hancur-hancur kan lagi bagi sekata.
3. Lepas daging dah berubah warna menjadi kelabu , masukkan carrot dan sosej.Gaulkan bagi sebati
4. Agak-agak carrot dah layu sikit, masukkan sos prego 2 botol dan isi air sikit kalau terlalu pekat.
5. Masukkan sos cili agak-agak rasa je.
6. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
7. Masukkan serbuk oregano dan lada hitam sesedap rasa.
8. Biar sampai mendidih .sambil-sambil tu rasa la. mana yang terkurang kasi tambah.
9. Siap!


Alhamdulillah, seronok tengok bebudak ni makan. 
kuah spageti agak pekat.
semalam patut la macam terlupa sesuatu, rupanya terlupa nak isi sos cili.huhu
takpela asalkan menjadi dan sedap la jugak kot.hihi



ni budak-budak KRIM yang happy gudlucky sangat. 
paling semangat bila makan. hehe





Post a Comment