Tuesday, July 19, 2016

Ayam Masak Lemak Cili Api


*gambar google 


Ok, harini nak share sikit ilmu2 masakan yang mak dah turunkan pada anaknya. 
maka terhasillah slot RESEPI MAK.
nantikan resepi-resepi yang lain ye. 

harini, menu AYAM MASAK LEMAK CILI API. 
cakap pasal ayam masak lemak sangat famous di NOGORI SEMBILAN ni ha.
 tapi saya asal pahang so, buat style RESEPI MAK saya la ye. 

ok, first sekali cari bahan-bahan yang diperlukan. 

BAHAN :

-Ayam seekor
- serai
-cili padi
-bawang putih 
-bawang merah
-halia
-serbuk kunyit
-santan

TAMBAHAN:
(terpulang nak letak ke taknak)

-kentang
-bendi

CARA MASAK :

1. Blender semua bahan diatas KECUALI SANTAN .Jangan buat hal pulak nak blender santan.hehe

2.Masukkan bahan blender, ayam yang siap dibersihkan, kentang dan santan serentak dalam kuali.

3. Letak kiub ayam maggi (penambah rasa) dan asam jawa 

4. Rebus sampai didih. Sepanjang nak tunggu didih tu kena kacau2 takut nanti santan pecah nanti terus tak jadi masak lemak.

5. Cucuk kentang dengan garfu kalau dah lembut leh tutup api.

6. Siap!

mudah sangat kann! 
ni memang sokmo dah masak masa bujang2 tolong mak kat dapur dulu. 
tapi sekarang jarang makan sebab macam tak reti nak bajet utk masak 2 orang makan.hehe 

kalau takde idea dah nak masak, cuba je resepi ni memang mudah dan sodap! 

-
Post a Comment