Tuesday, July 26, 2016

Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum,
tetiba rasa terpanggil nak tulis blog malam ni. hehe

free-free ni camni boleh la nak share sikit respi ayam masak kicap pedas semalam.
almaklum aku ni pelupa sikit orangnya. sekali masak sekali tu tanya mak. haha
macam tulah situasi di dapur kalau memasak masa bujang-bujang dulu la.

sekarang ni dah kahwin kena lah berdikari. tapi tu pon takboleh move on lagi. still tanya mak  tapi kali ni tanya macam mana nak bajet makanan.
especially kalau kawan-kawan / tetamu nak datang rumah. hehe
sabo je aku ni kan.

anyway, aku update resepi sini boleh lah korang cuba jugak kan.
masakan ni ikut kreativiti sebenarnya tapi aku ni memang kena test dulu resepi kot tak menjadi lak kan kalau terlebih kreatif. haaa, sape nak makan? hihi

ok, kita mula ye.

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS

BAHAN :
1. setengah ekor ayam
2. halia
3. bawang putih
4. bawang merah
5. cili padi ( ikut banyak mana nak letak ,
nak pedas buh banyak2 ler)
6. kentang
7. kicap pekat
8. kicap manis
9. kicap lemak masin


CARA PENYEDIAAN : 

- Bersihkan ayam dan macam biasa gaul kunyit dengan garam dan goreng.
Goreng tu jangan sampai garing sangat.
- Blender (halia, bawang putih, bawang merah, cili padi). agak2 je jangan le sampai lumat sangat ye.
- Kupas kentang dan hiris bulat-bulat ikut kreativiti korang pon boleh. Lepas tu goreng dulu.


CARA MASAK :

1. Tumis bahan yang diblender tadi sampai naik minyak.
2. Letak kicap pekat, kicap masin, dan kicap manis sekali gus. sukatan agak2 je.Jangan sampai hitam legap sudah. hehe
3. agak-agak dah mendidih , masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
4. Kecilkan api biar mendidih lama sikit.
5.Tutup api, taburkan kentang dan gaul.
6. Siap! Boleh hias dengan potongan bawang besar dan cili merah.


Senang je kan. hehe 
aku ni memang suka simple dimple gitu. 
tapi bila nak masak mengagau juga cari resepi kat mr google.pastu
mesti comparekan sebab banyak sangat versi masak kicap ni. 

anyway, alhamdulillah menjadi juga resepi ni.

thanks to my chef (my mom of course) for this resepi. :)

p/s: gambar tu fresh dalam kuali
 tak sempat nak tangkap gambar masa nak makan. hehe
maklumlah lauk berbuka semalam.
cepat je mr hubby serbu. hihi






Post a Comment