Thursday, July 28, 2016

Pengalaman Sembelit Yang Mengerikan

Assalamualaikum dan selamat petang :)

Alhamdulillah selesai sudah puasa 6 untuk hari yang ke 4.
maksudnye ada lagi 2 hari je lagi untuk habiskan puasa.
Insyallah tahun ni tekad jugak nak habiskan puasa sunat syawal ni.
Tahun lepas tak sempat nak habiskan.hihi
sebenarnya siang tadi lagi nak update entry pasal sembelit sebab tetiba
 teringat peristiwa sembelit yang mengerikan sebelum ni.
Alhamdulillah sekarang sembelit dah takde. insyallah.
harap-harap sembelit tu jangan datang lagi. sebab serik dan mengerikan bagi saya!



ok, ceritanya bermula masa zaman kerja di PORT DICKSON.
suatu hari masa tengah buang air besar tetibe nampak darah menitik-nitik.
terus rasa cuak sangat!
sebelum ni memang agak susah nak membuang, mungkin terlalu meneran kot.
 tak tahulah.masa tu terus google sebab nak tahu apa puncanya.
ishh, risau laa kan kot ada ape-ape kan.
tak puas google tanya kawan-kawan pulak kot ada yang pernah kena macam saya ni.
kawan cakap pi klinik nanti doktor masukkan jari dalam
 lubang kita tu baru dia tahu apa puncanya.

mak aii, mengerikan.
saya memang penakut nak pergi klinik.
minta maaf la. sanggup tak pergi klinik masa tu.

try tanya mak pulak.
mak cakap usus saya tak kuat kot. tak leh makan makanan yang keras-keras.
sebab pernah saya kena cirit birit lepas makan makanan yang banyak rempah.
mak cakap sape perut alah memang akan cirit birit.
maka, hari tu jugak terus makan bubur.
tapi bila membuang still ada lagi darah menitik.
aduhh, masa ni rasa macam tak nak makan sebab takut membuang lagi.
bila rasa nak membuang , dah takut nak cangkung sebab nanti nampak darah lagi.

Help me! :'(


last-last ada orang cadangkan saya makan SUNSWEET untuk lembutkan najis.
dengan segera pi ajak kawan cari sunsweet ni kat pasaraya.
makan sunsweet tu macam makan jajan.
sambil tu minum air kosong banyak-banyak dengan harapan 
darah tak keluar dah masa membuang nanti.

alhamdulillah lega sangat lepas tu sebab najis lembut dan
 dah tak keras macam selalu.
masa membuang pon darah dah takde.
mungkin sebab saya ni jenis kurang minum air kosong sikit tu sebab
 najis keras sikit.sayur pon kurang makan mane tak sembelit . huhu

start peritiwa tu, saya terus minum air kosong sehari tu kalau 
boleh habis satu botol besar. takut punya pasal.

Ni baru peristiwa pertama.
haa, korang nak tahu tak peristiwa kedua berlaku lagi sembelit tau.
tapi kali ni tak de darah tapi najis sangat sangat sangat susah nak keluar.


peristiwa ni berlaku saya pon dah selamat berkahwin.
masa tu pergi rumah akak ipar kat batu caves.
lepas asar macam tu sya rasa nak membuang dan cepat -cepat pergi tandas.
masa nak membuang tu masyallah punyalah susah tahap sampai takleh nak kata.
nak teran takut.
tapi kalau tunggu sampai esok tak sudah.
suami dah ketuk pintu banyak kali dah risau kot saya pengsan ke dalam tu kan. haha
buat lawak lak.
muka tengah serius nak selesaikan masalah kot dalam tu.

Masa tu rasa nak menangis pon ada sebab teran pon takleh keluar.
Rupa nya najis tu bapak besar ( maaf kalau ada yang geli) boleh
 terkoyak kalau najis tu dapat keluar.
last2 takde pilihan lain, saya cuba korek guna jari sebab nak
bantu najis tu keluar sikit-sikit.
kalau keluar sedebuk memang luka lah tempat tu nanti kan.
Cubaan mengorek dua tiga kali akhirnya berjaya .
memang besar betul.
lega sangat lepas dah membuang tu. keluar je toilet semua tanya kenapa lama sangat.
mane tak nye lama kot. sampai nak maghrib baru keluar tandas.
malu je masa tu sebab sembelit.
Penat pon ye. macam badan rasa lemah sangat lepas membuang tu. fuhh~

Lepas dari tu, memang berjaga-jaga .
dan sekarang saya  amalkan vitamin Ostematrix supaya najis lembut dan
 mudah membuang tiap hari.sejak makan Ostematrix ni, 
najis memang lembut sangat dan seronok nak membuang tiap2 hari.
Pernah juga saya kehabisan stok ostematrix dalam seminggu dua, 
najis saya mesti akan keras sedikit dan hampir nak sembelit.
lepas dari tu saya akan pastikan stok vitamin Ostematrix ni sentiasa
 ada supaya peristiwa ini tak berulang lagi.


Bagi korang yang ada masalah sembelit, jangan biarkan begitu sahaja.
sembelit yang berlarutan boleh jadi punca buasir.

haa, kalau taknak pergi klinik boleh amalkan makan OSTEMATRIX ni, 
 vitamin kalsium untuk melegakan otot bahagian membuang tu.
sambil tu jangan lupa minum air kosong banyak banyak !


ni gambar masa stok dah nak habis.







Tak tahu nak cari Ostematrix ni kat mana?
              




Post a Comment