Friday, July 22, 2016

10 KESILAPAN BESAR BILA BERDIET!



Ramai orang bercita-cita nak diet tapi ramai juga yang kecundang.
nak kurus mesti kena tahu caranya.
Bukan sekadar berlapar tapi berat pon tak turun ,
lepas tu plak stress yang datang. haa celaru hidup ko nanti! hehe

saya kongsikan sedikit tips bagi orang-orang yang nak kurus tapi tak berjaya.
Yang pasti jangan cepat PUTUS ASA okay!

Baca 10 tips ini .
Mana tahu korang selalu buat , sebab tu berat tak turun turun.
 Elakkan mistakes ini ya kalau nak turun berat tu .

1. SKIP HIDANGAN 

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting tau ! Pilih sarapan yang sihat, tinggi protein dan serat ! Elakkan sarapan yang tinggi kalori, gula dan lemak.

2. MAKAN 3x SEHARI JE ? 

3 hidangan sehari TAK cukup untuk mengawal nafsu makan membantu meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Rancang meal plan mengikut keperluan kalori seharian. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

3. MAKAN TAK CUKUP ? 

Jangan jangan jangan tak makan. Nak turun berat kena makan. Berlapar akan membuatkan metabolisma berkurang dan menjejaskan penurunan berat badan korang tu.
makan kerap tapi sedikit.

4. NAK KURUS ORANG CAKAP ELAK NASI.

Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Memang lah menggemukkan kalau sehari 4 5 pinggan nasi , TETAPI oats, buah, roti pun menggemukkan kalau diambil berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. IKUT ORANG CAKAP & MISS GOOGLE

Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini. Asal nak kurus je tanya cik google tak pun ikut orang cakap. Nak diet kena tahu dan faham apa yang korang makan. Turun berat bukan magik !

6. TAK TAHU KEPERLUAN KALORI SEHARIAN

Kenal pasti keperluan kalori seharian ( DCR) . Bukan main berlapar je. Bila dah tahu DCR, baru lah senang nak rancang menu makan seharian. Ye tak ?

7. NAK DIET KENA MAKAN SALMON DAN PASTA JEEE. 

Buat lah diet yang sesuai dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Nak makan kari ayam ? Makan je ! Ambil bahagian isi, kurangkan kuah. Ni diet makan sandwich , makan pasta kononnya ORANG CAKAP senang turun berat.

8. DIET SAYA KENA MINUM AIR DAN TAK BOLEH MAKAN NASI

Diet yang baik merangkumi kesemua pilihan harian yang sihat dan seimbang.
Nasi tu tak salah . Yang salah kalau korang ambil berlebihan.

9. AKU NAK KURUS SEBAB NAK KAWENNN 

Diet yang sihat bukanlah diet yang ada jangka masa. Ceee google sikit tanya " WHAT IS DIET ". Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa bukan short term. Nak sihat berpanjangan, bukan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan je. kalau sebab nak kahwin je konfem tak kekal lama.

10. GELOJOH

Naik berat punyalah makan macam macam , nak kurus kalau boleh 1 minggu tu nak turun 20 KG. Penurunan berat adalah proses , bukan MAGIC hari diet esok dah kurus. kalau camtu aku pon nak. hehe

Dah tahu mistake ni?
pastikan kita diet dengan cara yang betul
 especially pastikan makan makanan yang seimbang dan juga ambil
 vitamin untuk lengkap nutrisi harian kita. 


nak cari kat mana vitamin?


Post a Comment