Sunday, July 31, 2016

2 Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist



Assalamualaikum guys! 
Jom join giveaway oleh cik blogger ni. 
nak join KLIK BANNER atas ni ok!  
nanti boleh tengok apa syarat-syaratnya sekali disitu.

ok, kata-kata hikmah yang menjadi pilihan saya ialah :

" WHAT EVER YOU DO, ITS ALL ABOUT YOUR MIND"

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bergantung kepada MINDA. 
Yakin dan percaya dengan kebolehan diri sangat membantu untuk improve diri ke arah yang lebih baik.Lagi-lagi jika ada sesuatu yang ingin kita capai dalam hidup ni.

Usaha +  Minda Positif + Doa = TAWAKAL KEPADA ALLAH.

INSYALLAH YOU WILL ACHIEVE YOUR WISH!

Saturday, July 30, 2016

Spagetti Bolognese

Assalamualaikum,
hari semalam busy sikit siang hari sebab ada jamuan untuk adik-adik KRIM kat sekolah sheikh ahmad.
Almaklum, untuk adik-adik kan, so kena la masak special sikit untuk menu jamuan tu.
dan aku pon masak lah spageti sebab simple dan tak renyah sangat nak buat dia. hehe
nak yang simple je kann.

Target dalam 25 orang makan, tapi rupanya budak-budak tu dalam 14 orang je tapi oklah perut memasing macam 25 orang makan jugak.hehe.

macam biasa tanya mak untuk bahan-bahan masak.
memang tak pandai bajet den ni.sabo jela.

ok, jom tengok resepi spageti bolognese cara aku masak.

BAHAN -BAHAN :

- Spageti 2 bungkus ( cari yang sedang-sedang, tak nipis dan tak tebal sangat)
- Sos prego 2 botol besar
- sosej
- daging hancur ( guna sebungkus je)
- tomato
- carrot
- bawang merah
- bawang putih
- serbuk lada hitam
- serbuk oregano
- sos cili
- garam

CARA PENYEDIAAN :

1. Rebus spageti dan toskan. Air rebusan tu letak minyak dan garam sikit.
2. Sosej potong bulat-bulat comel.
3. Tomato potong dadu. masa ni aku guna 2 biji tomato. kalau suka masam boleh tambah lagi
4.Carrot potong panjang-panjang nipis.
5. Bawang merah potong bulat-bulat halus.
6. Bawang putih racik kecik-kecik

*maaf gambar tak sempat nak ambik,Takpe korang dah teror kan. baca je dah boleh bayang camne rupanye.hehe

CARA MASAK :

1. Tumis bawang putih dan merah dengan minyak yang sikit.
2. Agak-agak dah garing, masukkan satu paket daging hancur. Masa ni hancur-hancur kan lagi bagi sekata.
3. Lepas daging dah berubah warna menjadi kelabu , masukkan carrot dan sosej.Gaulkan bagi sebati
4. Agak-agak carrot dah layu sikit, masukkan sos prego 2 botol dan isi air sikit kalau terlalu pekat.
5. Masukkan sos cili agak-agak rasa je.
6. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
7. Masukkan serbuk oregano dan lada hitam sesedap rasa.
8. Biar sampai mendidih .sambil-sambil tu rasa la. mana yang terkurang kasi tambah.
9. Siap!


Alhamdulillah, seronok tengok bebudak ni makan. 
kuah spageti agak pekat.
semalam patut la macam terlupa sesuatu, rupanya terlupa nak isi sos cili.huhu
takpela asalkan menjadi dan sedap la jugak kot.hihi



ni budak-budak KRIM yang happy gudlucky sangat. 
paling semangat bila makan. hehe





Friday, July 29, 2016

Promosi Vivix Bakal Berakhir 3 Hari Lagi!

Assalamualaikum!




berita panas bagi yang nak grab VIVIX  sebab bulan ni promosi harga jimat sangat.

TINGGAL LAGI 3 HARI JE LAGI
 PROMOSI INI BAKAL BERAKHIR!

kenapa saya kata jimat ?
sebab dengan setiap pembelian :

 2 botol VIVIX  anda akan dapat  DISKAUN 5%
DAN
 6 botol VIVIX  PERCUMA 1 botol lagi!

memang selalu je shaklee buat promo VIVIX ni tapi mana
 nak tahu kan sebab bulan depan belum tentu VIVIX ni promo lagi!
haaa, cepat grab LAMBAT RUGI!


4 SEBAB KENAPA KENA GRAB VIVIX MASA PROMOSI?

1. Sebab harga murah sangat berbanding harga asal. Ni kalau kira-kira mau 2++ jimat dia.
2. Beli 2 botol dapat free membership .JIMAT RM 69 tau. Free postage pulak tu. Jimat lagi RM 10.60
3. Masa promosi je boleh dapat harga terlajak jimat ni.
4. Masa ni lah boleh bagi hadiah kat mak ayah atau sedara mara yang ada masalah kesihatan.


Meh tengok kenapa ramai orang berebut-rebut beli VIVIX masa tengah promosi ni.
of course sebab BANYAK MANFAAT VIVIX untuk tubuh badan dan kesihatan.

1. Vivix membantu merendahkan tekanan darah
2.Vivix membantu mengurangkan kedut halus
3. Vivix menggalakkan penuaan yang sihat
4. Vivix membantu mengelakkan kanser
5. Vivix membantu mengurangkan risiko sakit jantung
6. Vivix membantu kompilkasi kencing manis
7. Vivix membantu meningkatkan kesihatan artritis
8. Vvivix membantu menyokong kesihatan sendi
9. Vivix membantu mengurangkan insiden nyanyuk
10. Vivix membantu meningkatkan sistem imun
11. Vivix membantu menurunkan berat badan
12. Vivix membantu kesihatan mata
13. Vivix membantu mengalakkan kesihatan menyeluruh.
14. Vivix melambatkan proses penuaan
15. Vivix membantu mengawal  selia Estrogen
16. Vivix membantu memperbaiki tekstur kulit
17. Vivix membantu mencegah masalah prostat
18. Vivix membantu merendahkan tahap kolestrol
19. Vivix membantu menguatkan tulang
20. Vivix membantu melegakan alergi dan alahan.

dan banyakk lagi manfaat VIVIX untuk kesihatan kita.



ni saya kongsikan antara Testimoni berjaya dengan VIVIX :)









berminat untuk order?



Thursday, July 28, 2016

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi


Klik banner kalau nak JOIN! :)

Nama Blog : www.ohmyvitamin.blogspot.com
Jantina : Perempuan

Tarikh Tamat : 31 July 2016

JOM JOIN RAMAI-RAMAI! 

Pengalaman Sembelit Yang Mengerikan

Assalamualaikum dan selamat petang :)

Alhamdulillah selesai sudah puasa 6 untuk hari yang ke 4.
maksudnye ada lagi 2 hari je lagi untuk habiskan puasa.
Insyallah tahun ni tekad jugak nak habiskan puasa sunat syawal ni.
Tahun lepas tak sempat nak habiskan.hihi
sebenarnya siang tadi lagi nak update entry pasal sembelit sebab tetiba
 teringat peristiwa sembelit yang mengerikan sebelum ni.
Alhamdulillah sekarang sembelit dah takde. insyallah.
harap-harap sembelit tu jangan datang lagi. sebab serik dan mengerikan bagi saya!



ok, ceritanya bermula masa zaman kerja di PORT DICKSON.
suatu hari masa tengah buang air besar tetibe nampak darah menitik-nitik.
terus rasa cuak sangat!
sebelum ni memang agak susah nak membuang, mungkin terlalu meneran kot.
 tak tahulah.masa tu terus google sebab nak tahu apa puncanya.
ishh, risau laa kan kot ada ape-ape kan.
tak puas google tanya kawan-kawan pulak kot ada yang pernah kena macam saya ni.
kawan cakap pi klinik nanti doktor masukkan jari dalam
 lubang kita tu baru dia tahu apa puncanya.

mak aii, mengerikan.
saya memang penakut nak pergi klinik.
minta maaf la. sanggup tak pergi klinik masa tu.

try tanya mak pulak.
mak cakap usus saya tak kuat kot. tak leh makan makanan yang keras-keras.
sebab pernah saya kena cirit birit lepas makan makanan yang banyak rempah.
mak cakap sape perut alah memang akan cirit birit.
maka, hari tu jugak terus makan bubur.
tapi bila membuang still ada lagi darah menitik.
aduhh, masa ni rasa macam tak nak makan sebab takut membuang lagi.
bila rasa nak membuang , dah takut nak cangkung sebab nanti nampak darah lagi.

Help me! :'(


last-last ada orang cadangkan saya makan SUNSWEET untuk lembutkan najis.
dengan segera pi ajak kawan cari sunsweet ni kat pasaraya.
makan sunsweet tu macam makan jajan.
sambil tu minum air kosong banyak-banyak dengan harapan 
darah tak keluar dah masa membuang nanti.

alhamdulillah lega sangat lepas tu sebab najis lembut dan
 dah tak keras macam selalu.
masa membuang pon darah dah takde.
mungkin sebab saya ni jenis kurang minum air kosong sikit tu sebab
 najis keras sikit.sayur pon kurang makan mane tak sembelit . huhu

start peritiwa tu, saya terus minum air kosong sehari tu kalau 
boleh habis satu botol besar. takut punya pasal.

Ni baru peristiwa pertama.
haa, korang nak tahu tak peristiwa kedua berlaku lagi sembelit tau.
tapi kali ni tak de darah tapi najis sangat sangat sangat susah nak keluar.


peristiwa ni berlaku saya pon dah selamat berkahwin.
masa tu pergi rumah akak ipar kat batu caves.
lepas asar macam tu sya rasa nak membuang dan cepat -cepat pergi tandas.
masa nak membuang tu masyallah punyalah susah tahap sampai takleh nak kata.
nak teran takut.
tapi kalau tunggu sampai esok tak sudah.
suami dah ketuk pintu banyak kali dah risau kot saya pengsan ke dalam tu kan. haha
buat lawak lak.
muka tengah serius nak selesaikan masalah kot dalam tu.

Masa tu rasa nak menangis pon ada sebab teran pon takleh keluar.
Rupa nya najis tu bapak besar ( maaf kalau ada yang geli) boleh
 terkoyak kalau najis tu dapat keluar.
last2 takde pilihan lain, saya cuba korek guna jari sebab nak
bantu najis tu keluar sikit-sikit.
kalau keluar sedebuk memang luka lah tempat tu nanti kan.
Cubaan mengorek dua tiga kali akhirnya berjaya .
memang besar betul.
lega sangat lepas dah membuang tu. keluar je toilet semua tanya kenapa lama sangat.
mane tak nye lama kot. sampai nak maghrib baru keluar tandas.
malu je masa tu sebab sembelit.
Penat pon ye. macam badan rasa lemah sangat lepas membuang tu. fuhh~

Lepas dari tu, memang berjaga-jaga .
dan sekarang saya  amalkan vitamin Ostematrix supaya najis lembut dan
 mudah membuang tiap hari.sejak makan Ostematrix ni, 
najis memang lembut sangat dan seronok nak membuang tiap2 hari.
Pernah juga saya kehabisan stok ostematrix dalam seminggu dua, 
najis saya mesti akan keras sedikit dan hampir nak sembelit.
lepas dari tu saya akan pastikan stok vitamin Ostematrix ni sentiasa
 ada supaya peristiwa ini tak berulang lagi.


Bagi korang yang ada masalah sembelit, jangan biarkan begitu sahaja.
sembelit yang berlarutan boleh jadi punca buasir.

haa, kalau taknak pergi klinik boleh amalkan makan OSTEMATRIX ni, 
 vitamin kalsium untuk melegakan otot bahagian membuang tu.
sambil tu jangan lupa minum air kosong banyak banyak !


ni gambar masa stok dah nak habis.







Tak tahu nak cari Ostematrix ni kat mana?
              




Wednesday, July 27, 2016

Bengkak Susu Akibat ESP

Assalamualaikum.
selamat pagi :)

Entry ni khas untuk mommy to be dan ibu-ibu yang menyusukan anak.
boleh juga kepada the bujang yang ingin menambah ilmu mengenai susu ibu.



Mungkin ramai yang tak tahu hak seorang anak untuk mendapatkan susu ibu adalah sehingga umur 2 tahun.

 kat sini, saya kongsikan sikit ayat Alquran.



Petikan Ayat 14, Surah Luqman:



" Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa : ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;dengan yang demikian bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibu bapamu ;
 dan ingatlah , kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"


Kalau tengok sekarang ni, ramai ibu yang bekerja menghadapi masalah untuk memberikan susu ibu secara exclusive kepada anak sehingga 2 tahun. Ramai yang memberikan susu formula kepada anak sebelum umur anak mencecah 2 tahun kerana kekurangan susu badan. Paling sedih anak baru je usia 2 bulan dah bagi susu formula.

Kenapa SUSU IBU sangat penting buat si anak?

Antara faedah susu ibu kepada anak ialah :

1. Dapat mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian mengejut
2. Membantu bayi melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaanya
3. Bayi mendapat kesemua nutrient yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu ibu
4.Mendapat perlindungan daripada bakteria jahat
5.Melindungi bayi daripada sakit perut dan sebarang jangkitan
6. Membantu bayi sembuh dari penyakit dengan cepat.


Setelah dah tahu apa faedah susu ibu kepada anak, mungkin ibu-ibu lebih sensitif dengan perihal susu yang patut diberikan kepada anak supaya anak-anak membesar dengan sihat.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang atau susu drop, jangan cepat mengalah.
saya kongsikan sedikit tips untuk banyakkan susu yang saya dapat dari seorang sidelines yang pakar bab penyusuan ibu. Antara tipsnya :


Tips banyakkan susu badan :

1. Kena rajin kosongkan breast.Rajin perah susu.
Lagi banyak demand lagi banyak supply.
2. Jangan stress,banyakkan bertenang dan berzikir
3.Minum air kosong lebih dari 3 liter
4.Makan makanan berkhasiat.



Bagimana ESP membantu membanyakkan susu ibu?

ESP merupakan sumber protein yang berkualiti. 
Protein pula makanan untuk sel-sel dalam tubuh kita.
bila sel dapat protein yang berkualiti, 
maka sel-sel tubuh akan berfungsi dengan baik dan
 membantu pengeluaran susu dengan banyak.


Bagi ibu-ibu yang ingin mencuba supplemen shaklee untuk menambah kualiti susu, 
bolehlah cuba SET MILK BOOSTER ASAS SHAKLE


Gandingan ALFALFA + ESP membantu ibu mendapat susu yang lebih berkualiti 
dengan vitamin yang lengkap.


TESTIMONI CUSTOMER YANG 
BENGKAK SUSU AKIBAT ESP.




jika ada yang berminat boleh roger-roger saya :

 KONSULTATION PERCUMA DAN SERVIS TERBAIK!



Perlu Ke Supplemen Antioksidan?

Assalamualaikum,

Selamat bersantai-santai dirumah diwaktu orang sedap tidur.hehe
baru je lepas makan. lewat betul makan tengahari kan. 
Mata mengantuk tapi cam tak elok pulak rasanya lepas makan terus tidur.
bagi peluang perut menjalankan proses pencernaan dengan
 baik sambil tu boleh la update blog. ahaks!

ok, topik harini nak cite pasal ANTIOKSIDAN.



PERLU KE SUPPLEMEN ANTIOKSIDAN?

Firstly, kena kenal dulu apa itu antioksidan.

Antioksidan ni antara istilah kesihatan yang seringkali kita dengar 
berkait rapat dengan produk kesihatan.
Mungkin ada di antara kita yang pernah terserempak dengan " antioksidan"
ketika mencari-cari produk kesihatan atau produk kecantikan di pasaraya.
Terngiang-ngiang kat telinga duk dengar orang cakap antioksidan 
ni banyak manfaatnya untuk tubuh. 
Bagi mereka yang selalu mengikuti produk kesihatan mungkin 
serba sedikit tahu mengenai antioksidan ni. 

cuma persoalannya sejauh mana 
kepentingan antioksidan untuk tubuh kita?



ANTIOKSIDAN 

merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga secara alaminya, terdapat pada kebanyakkan makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato,bayam , brokoli, kentang, dan sayur-sayuran hijau adalah sumber yang kaya dengan antioksidan.

Antioksidan sama pentingnya dengan vitamin dan mineral. 
Beta karotin, vitamin A,C,E, asic lipoik,koenzim Q10 dan
 selenium merupakan antara contoh antioksidan.

Antioksidan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan
 melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif oleh radikal bebas
 yang lama -kelamaan akan mengakibatkan masalah penuaan seperti katarak, artritis, penyakit Alzheimer's dan juga pelbagai penyakit lain.





RADIKAL BEBAS

adalah atom atau sekumpulan atom yang sekurang-kurangnya
 mengandungi satu elektron.
Biasanya ia terhasil daripada pencemaran.
Alkohol dan dadah juga merupkan  penyumbang radikal bebas pada badan dan 
radikal bebas juga terdapat dalam bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan
seperti bahan pengawet, bahan pewarna tambahan dan  sisa racun serangga.



KEPENTINGAN VITAMIN ANTIOKSIDAN


 

Beta karotin - merupakan molekul yang berubah menjadi Vitamin A ( larut lemak) apabila diproses dalam badan, dan ia juga antioksidan yang bermanfaat untuk penglihatan dan kanser.


VITAMIN E - Vitamin larut lemak dan penting dalam pembentukan sel darah merah.
Kekurangan Vitamin E ini boleh mengakibatkan anemia iaitu penyakit  kemusnahan sel darah merah yang banyak.








Simptoms Kekurangan Vitamin E :

- rabun malam
- kulit kering
- mudah terkena jangkitan



VITAMIN C - Vitamin larut air yang berupaya meningkat sistem pertahanan badan.
Vitamin C atau nama lainnya asid askorbik adalah antara vitamin yang diperlukan untuk perkembangan sel badan dan membantu penyerapan zat besi dalam badan.






Simptoms Kekurangan Vitamin C :

- Kulit lebam
- gusi sering berdarah 
- luka lambat sembuh
- mudah kena jangkitan




Agak-agak perlu ke supplemen antioksidan ni? 

PERLU LAH  untuk melindungi diri kita daripada radikal bebas.

Ibarat Rumah.
Hari-hari rumah kita berdebu dan berpasir.
sebab apa?
sebab radikal bebas ni la.
kita tak nampak pon sebab radikal bebas ni tersebar melalui angin.
That's way rumah kita selalu berpasir dan banyak habuk.
tah mana datang habuk pon tak tahu.
nak-nak kalau rumah depan jalan raya,
kompem cepat sangat berhabuk!
hehe sebab rumah den tepi jalan yo.
memang cepat betul berpasir.

kalau nak makan buah pon dah tak berapa nak yakin sebab kita tak 
tahu buah tu petik dari mana kalau kita beli kat pasaraya.
melainkan rumah kita ada pokok sendiri , agak-agak nak makan je terus petik dari pokok.
haa, kalau camtu memang syok sangat! 

sebab tulah, supplemen antioksidan ni penting! 

mujur shaklee pon ada vitamin A,C,E iaitu vitamin antioksidan yang
 selamat dan semulajadi untuk dimakan.

Vitamin C
 Vitamin E

Beta Carotene










Tuesday, July 26, 2016

Pencarian Bloglist Sesi Ogos By Aisyhah Nyais

               
 klik BANNER untuk join


Bismillah .


SYARAT PENYERTAAN :
  1. Follow blog Aisyhah
  2. Buat entry dan letakk banner di atas dan linkkan di entry ini
  3. Wajib tag 3 rakan anda
  4. Comment entry di bawah dengan link entry korang
               
Tarikh tutup Penyertaan :

31 JULY 2016

Pemenang diumumkan :

1 OGOS 2016 


Jom join Pencarian Bloglist Sesi Ogos ni!
mana tahu rezeki kita kan. hehehe 
dengar-dengar 15 blogger yang bakal terpilih sebagai pemenang nanti.
syok tuuuuuu!

dengan ini saya mengajak 3 orang kawan saya untuk sertai sekali :





All the best guys! 


Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum,
tetiba rasa terpanggil nak tulis blog malam ni. hehe

free-free ni camni boleh la nak share sikit respi ayam masak kicap pedas semalam.
almaklum aku ni pelupa sikit orangnya. sekali masak sekali tu tanya mak. haha
macam tulah situasi di dapur kalau memasak masa bujang-bujang dulu la.

sekarang ni dah kahwin kena lah berdikari. tapi tu pon takboleh move on lagi. still tanya mak  tapi kali ni tanya macam mana nak bajet makanan.
especially kalau kawan-kawan / tetamu nak datang rumah. hehe
sabo je aku ni kan.

anyway, aku update resepi sini boleh lah korang cuba jugak kan.
masakan ni ikut kreativiti sebenarnya tapi aku ni memang kena test dulu resepi kot tak menjadi lak kan kalau terlebih kreatif. haaa, sape nak makan? hihi

ok, kita mula ye.

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS

BAHAN :
1. setengah ekor ayam
2. halia
3. bawang putih
4. bawang merah
5. cili padi ( ikut banyak mana nak letak ,
nak pedas buh banyak2 ler)
6. kentang
7. kicap pekat
8. kicap manis
9. kicap lemak masin


CARA PENYEDIAAN : 

- Bersihkan ayam dan macam biasa gaul kunyit dengan garam dan goreng.
Goreng tu jangan sampai garing sangat.
- Blender (halia, bawang putih, bawang merah, cili padi). agak2 je jangan le sampai lumat sangat ye.
- Kupas kentang dan hiris bulat-bulat ikut kreativiti korang pon boleh. Lepas tu goreng dulu.


CARA MASAK :

1. Tumis bahan yang diblender tadi sampai naik minyak.
2. Letak kicap pekat, kicap masin, dan kicap manis sekali gus. sukatan agak2 je.Jangan sampai hitam legap sudah. hehe
3. agak-agak dah mendidih , masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
4. Kecilkan api biar mendidih lama sikit.
5.Tutup api, taburkan kentang dan gaul.
6. Siap! Boleh hias dengan potongan bawang besar dan cili merah.


Senang je kan. hehe 
aku ni memang suka simple dimple gitu. 
tapi bila nak masak mengagau juga cari resepi kat mr google.pastu
mesti comparekan sebab banyak sangat versi masak kicap ni. 

anyway, alhamdulillah menjadi juga resepi ni.

thanks to my chef (my mom of course) for this resepi. :)

p/s: gambar tu fresh dalam kuali
 tak sempat nak tangkap gambar masa nak makan. hehe
maklumlah lauk berbuka semalam.
cepat je mr hubby serbu. hihi






Monday, July 25, 2016

Testimoni : ESP ALL IN ONE

Assalamualaikum!

selamat pagi.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bangun sahur dan solat subuh.
 hari ni puasa ke 3 untuk puasa 6 .
lagi 3 hari je lagi puasa sebelum habis syawal ni.
soo, kena gigih sikit nak habiskan ni.hehe

hari ni lepas subuh terus update blog ni sebab sat lagi ada kelas memandu.
takut mak ai nak JPJ rabu ni.
doakan den yo!
moga lulus dengan cemerlang tanpa perlu repeat test. fuhhh~~~

ok, hari ni nak share pasal testimoni ESP.
mungkin selama ni ramai nak tahu apa kesan lepas consume ESP kan?
selalu dengar kan ESP ni mengenyangkan , untuk tenaga kan?
adakah setakat tu je ?
haaaa..
Kalau ada yang tercari-cari produk yang ALL IN ONE ni memang saya sangat syorkan ESP sebab manfaat dia sangat banyakkkk untuk tubuh!

especially untuk yang nak KURUS, 
untuk HILANGKAN PARUT JERAWAT ,
 untuk TENAGA,
 untuk MILKBOOSTER ,
untuk yang ada GASTRIK,
 kalau nak tahu amatlah sesuai untuk yang ada DIABETES! haaa best kan?


Perhatikan testimoni ni. 
sangat All in one kan? :)


Kesan almost 3 years dengan ESP :

1. Gastrik dah takde 
2. Parut jerawat dah semakin pudar
3. Selulit dah kurang sampai hubby pon tegur!
4.Rasa bertenaga je badan
5. Kurangkan diabetes masa mengandung
6.Masalah angin berkurangan.


Tahniah kepada testimoni customer ini yang setia dengan ESP almost 3 years 
dan dapat kesan yang sangat bermakna dalam hidup dia. hehe
yang paling best takde dah gastrik . 
faham sangat sape yang ada gastrik tu mesti selalu sakit perut 
sampai takleh nak wat pape.


Testimoni kakak ipar sendiri yang ada diabetes lepas
 consume ESP pon dah takde dah diabetes dia.
alhamdulillah terkejut dengar.
hanya minum ESP je, tak perlu dah ambil ubat-ubat doktor.
dia pon cakap kalau tak amik ESP badan rasa kurang tenaga.

NAK TAHU SEBAB APA?

sebab ESP mempunyai GLISEMIK INDEX yang rendah iaitu 39 

glisemik index yang rendah melambatkan rasa lapar kerana 
makanan di cerna secara perlahan-lahan. bukan sekaligus. 
so no wonder lah amat bagus untuk 
sesiapa yang ada diabetes ni sebab selalu lapar.

Bagi uolss yang nak dapatkan ESP ni boleh contact
 saya untuk dapatkan consultation percuma! :)

DIJAMIN SERVIS TERBAIK!





Sunday, July 24, 2016

Ostematrix Vitamin Untuk Tulang.

Assalamualaikum.

bismillah, moga penulisan ini bermanfaat untuk kita semua dalam menjaga kesihatan :)

Hari ni nak share sikit pasal TULANG.
Ramai kita yang masih muda ni mengalami masalah sakit-sakit tulang, lenguh-lenguh dan sebagainya.

Adakah ianya normal atau sebaliknya?

mungkin sebelum ni kita hanya tahu minum susu boleh kuatkan tulang. sebab susu ada kalsium.
cukupkah sekadar susu yang kita minum tiap2 hari tu?

First of all, kena tahu apa yang ada dalam tulang yang normal.

Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalisum yang menjadikannya kuat.


perbezaan tulang normal dan osteoporosis


Tahukah anda?
Selepas umur 40 tahun kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.

Pernah dengar tak OSTEOPORISIS ?

Osteoporisis adalah keadaan dimana kepadatan normal tulang menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Ia menyumbang kepada poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam.
Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Tulang yang mempunyai masalah Osteoporisis boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringgan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah,kebiasaanya kawasan yang berisiko untuk kena ialah tulang belakang, pinggul dan pinggang, turut kemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.


Perbezaan shaklee :

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.
Formula unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati ,mengandungi kalsium,magnesium, fosforus dan Vitamin D ,zinc, kuprum, manganes dan boron.
Nutrien-nutrien ini perlu di ambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur secara berkesan.

Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada supplemen
 adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap
 kalsium darah selepas penggunaan suplemen.
Penggunaan hanya dua caplets dari ostematrix menyebabkan
 dalam peningkatan stastistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12 jam.


Manfaat Utama Ostematrix

- Menguatkan tulang : Kalisum menghalang osteoporosis , menguatkan kuku, kerangka,gigi, sistem saraf.Ia juga membantu merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) ,kuku rapuh, eczema,kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah utnuk memekat.

- Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas : Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan ,sakit sendi dan artritis.
-Meringkan stress : Iannya menginbangi tekana darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur selesa

-Memperbaiki masalah haid : Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000 mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid

-Pengalkalian tubuh : Kalisum adalah mienral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan Ph tubuh.Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. juga membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

- Vitamin D : dinamakan sebagai vitamin D pada tahun 1916 apabila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal.

-Magnesium : ini adalah ion positif no 2 penting dalam tubuh. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh utnuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot ,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit.


- Zinc, Boron,Manganes,kuprum : Memelihara metabolism kerangkan dan pertumbuhan otot menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.



Tips memilih Kalsium premium.

1. Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.


Friday, July 22, 2016

Lempeng Cicah Sardin

Assalamualaikum. 
Harini nak citer santai-santai je. 
hujung minggu ni macam biasa sentiasa ada jemputan ke
 kenduri atau rumah terbuka raya.
so apa lagi, makan dan terus makan jela kan. 
hehe sonang hati takyah masak lunch nanti. hihi

akak ipar ada ajak pi rumah terbuka kat Selayang tapi 
tak dapat pergi rumah terbuka akak ipar tu sebab jauh. 
Husband pon nampak macam malas nak drive jejauh. hehe 

pagi ni dapatlah kitorang breakfast bersama-sama . 
Memang jarang dapat breakfast sesama tau maklumlah busy
 dengan pogram memasing. hehe
taknak kalah juga walaupon duk rumah ada pogram jugak tau! 

pagi ni ingat nak minum Esp dulu sebelum masak breakfast.
 tengok2  stok ESP dah abis lah pulak. dah order dah semalam tapi 
harini kan cuti kompem dapat isnin nanti. 
maka tak bershake Esp lah dua hari ni.
 tulahh lain kali order 2 tong terus buat stok ye puan dila.

cuba teka breakfast apa pagi ni?
alaa nak teka-teka pulak konfem lah semua dah tahu kan. 
tengok la tajuk entry ni. hihi

LEMPENG CICAH SARDIN


kenapa lempeng?

hehe, actually my husband memang minat sangat sangatt
 sangattt makan kodok dan lempeng. 
kodok ni cekodok tau, bukan kodok yang macam katak tu.
 aii loya tekak terbayang.

haaa, memang favourite sangat.
tu pasal dia bambam sikit dari saya. 
takpe bambam pon saya sayang. hehe
tapi kalau makan kodok mesti goreng dengan minyak yang banyakkan.
so pilih lempeng supaya dapat kurangkan minyak.
biar sihat sikit makan tu. 
bukan apa dah macam-macam makan dah musim2 raya ni kan.
so, kena jaga kolestrol dan minyak2 ni. 

apa salahnya jaga untuk diri sendiri jugak kan.
kali ni lempeng cicah sardin je. 
kalau saya pon memang suka kodok cicah sardin
 tak pon kuah ayam lemak masak cili api tu.
pehh, memang sodap bona! 

hehe .

okla, saja nak share cite kali ni. 
selamat berhujung minggu semua.
sat lagi nak pi kenduri kat rembau sambil2 tu boleh
 hantar herbal blend kat customer. 
kulit tangan dia kering sebab tukar sabun mandi katenye. 
Takpe, sat gi sapu krim ni ye.
TAKDE PARABEN jadi selamat untuk semua kulit
tak kira baby ataupon orang dewasa. :)


pergi kenduri pon sempat lagi berbisnes kauu! haha

kalau nak tahu, krim ni dah jadi favourite my husband
juga sebab kulit kaki dia cepat kering.
Alhamdulillah lama jugak pakai tak habis2. 
sapu kat kulit rasa cool je. 


kalau nak cari krim herbal ni boleh lah 
contact saya :)





Cara Kuruskan Badan Style Shaklee.

Assalamualaikum. 

petang-petang ni santai je  nak cite pasal kuruskan badan. 
Semua orang obses nak kurus sebenarnya sebab nak nampak cantik, 
sebab nak bila pakai baju nampak lawo je. takde lah semua benda nak terkeluar ye tak? hihi

paling penting nak kuruskan badan adalah kerana nak jaga kesihatan sebab berat badan yang melebihi tahap normal berisiko untuk pelbagai penyakit datang melamar.
 haa kalau orang laki melamar kita takpela jugak kan.
ni penyakit. 
nauzubillahiminzalik.
moga-moga kita sama sama usaha jaga kesihatan sebelum terlambat.

ok, panjang berjela pulak mukadimah nye. hehe

back to the topik.
CARA KURUSKAN BADAN STYLE SHAKLEE.

dalam shaklee cara untuk kuruskan badan menggunakan 3 kaedah. iaitu 

BAKAR - BUANG -BINA

Jom tengok satu-satu kaedah ni.

1. BAKAR lemak dengan Omega Guard dan Lecithin.


Omega Guard dan Lecithin berfungsi membakar , memecahkan dan menyingkirkan  lemak-lemak degil dan tepu dari badan. Sangat bagus diambil bersama makanan yang berkolestrol tinggi dan berminyak supaya mereka dua ni boleh pecah-pecahkan lemak supaya tak melekat pada dinding perut.

Sebab itu bila nak kurus, kena senam sampai keluar peluh. 
peluh tu adalah toksik2 yang keluar dari badan dan senaman yang dibuat itu boleh pecahkan lemak dikawasan berlemak.

Antara Omega guard dan Lecihtin, Omega Guard paling hebat dalam kerja-kerja membakar lemak!


2. BUANG toksik dengan Alfalfa dan Herblax




                    

Alfalfa dan Herblax berfungsi membuang segala toksik yang yang tak diperlukan oleh badan.
Alfalfa ni ala-ala jamu moden dan Herblax pula macam julap yang mana dia akan membuang semua kerak-kerak lama dalam usus kasi clear.

dalam detox 2 ni sangat diperlukan untuk cuci usus.baru lah badan jadi ringan.

3. BINA shape dengan ESP dan CINCHSHAKE
           

          









ESP dan Cinchshake berfungsi untuk memelihara otot dari kehilangan semasa menguruskan badan.
Bila kehilangan otot, kita akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolism badan.
 Sebab tu, Esp dan cinchshake sangat diperlukan untuk orang yang ingin kuruskan badan.

Kalau nak tahu, cinchshake ada 3 perisa yang sedap iaitu, coklat , vanila dan latte. 

inilah cara kuruskan badan style shaklee. 
Kebiasaannya customer akan tanya berkait vitamin untuk kurus, dan
 saya pasti akan syorkan vitamin mengikut keperluan badan customer.

jangan risau, Saya cuba bantu anda mendapatkan vitamin semulajadi ini.

apa yang saya bagitau disini hanyalah umum sahaja setiap fungsi vitamin,
jika berminat untuk tahu lebih lanjut