Saturday, March 5, 2016

Sotong masak sambal.Nyum nyum!

Assalamualaikum semua warga blog :)
apa khabar?
da lunch ke korangg?

i baru je lepas masak sotong masak sambal permintaaan 
encik husband dengan kubis goreng kicap je.

Actually saje je nak update pasal menu sotong masak sambal ni.
alkisahnya encik husband teringin nak makan.
den pulak tak berapa pandai nak masak menu best-best sangat.
tapi, eden torai jelah.


sambil2 leh praktis belajar lebih banyak lagi masakan.
yelaa.dulu time bujang bukan selalu sangat ke dapur.
tunggu balik kampung baru gi dapur memasak ni. 
tup2 rezeki kawin awal pulak.
berpeluh jugak dahi kalau tibe2 orang nak datang rumah.
nak masak ape kann! hehe


lagipun, jarang dapat makan sedap2 sangat sebab 
sabtu ahad selalu je ada pogram.
so, bile free je i akan masak sehabis sedap untuk my love ni. hihi

kalau hari kerja memang susah nak makan sama.
dapat buat breakfast dia je. sebab balik keje dah nak maghrib.
so saya masak saya jelaa makan sorang2 kat rumah. 
balik keje, kot ada lebih saya masak tu ler dia makan. hehe
kejam tak?


bukan apa, taknak bagi dia makan banyak sebab dah malam.
jaga kesihatan sambil-sambil dalam proses nak menurunkan berat badan.
hihi
bak kata orang kalau sayangkan suami jangan sampai perut dia boroi.
haaa, tak gitu?


pemakanan pon kena jaga
harus yang sihat-sihat 
rebus-rebus
bakar-bakar
gituuuuuuuuuuu!

tapi sabtu atau ahad memang cheatday.
so, sambal sotong laa jawabnye. 


ok, nilah rupa sambal sotong den.
hehe

gambar dari dalam kuali.

nak tahu resepi ke?
alaa campak2 je asalkan jadi. haha





ok guys , selamat makan tengahari.

dalam proses mengamalkan pemakanan seimbang. 
nasi sikit je
lebihkan sayur
air kosong


tapi nampak macam nasi banyak je tu.hihi.
yang pasti bila makan perut tak terlalu kenyang.

ehh, lepas makan jangan lupa telan #VITALEA 
untuk melengkapkan vitamin dalam badan kita! 








Post a Comment