Monday, March 14, 2016

The Simple KIMBAP:)

siapa tak kenal makanan popular jepun yang dipanggil "sushi" 
dan telah dipopularkan jugak di korea yang di kenali sebagai  "kimbap".


biasanye orang kita ni makan sebab terpengaruh drama laaa ni kann.

tengok drama korea nampak macam sedap jee. 
tu yang semangat nak jadi macam ala-ala korea.hihi


betul tak?

ok fine, saya sendiri mengaku adalah sikit terpengaruh
 nak buat sendiri kimbap ni zaman tengok cerita2 korea tu.
sekarang ni memang tak layan dah drama2 korea tu 
sebab macam buang masa pulak tengok life dorang. hehe .


actually memang dah lama sangat nak try buat sendiri.

tapi disebabkan malas dan mase tu duk menumpang rumah orang lain masa keje dulu.
so macam leceh nak beli barang2 dan takde tempat nak letak.
lagi pon bukan dapur kita. 


haa, sekarang da duk rumah sendiri,

keje sendiri kat rumah,
so, masa tu memang boleh manage sangat
nak buat kimbap ni bukan lah susah mana,
cuma kena ada bahan dan kena ada RAJIN sikit. hihi.


ok, jom tengok bahan buat kimbap.

sory ler, sebab sesorang je kat rumah takde plak
 orang nak tgkap gmbar masa buat kimbap ni.
so, ambil gambar google je untuk bahan2 kimbap ni.
 tapi memang sama macam saya gunakan.


BAHAN NAK BUAT KIMBAP :

1. NASI 


Nasi ni guna beras kita makan tulah.
 takyah laa susah2 nak cari beras SUMO untuk buat kimbap ni.
sebab rasa lebih kurang je. cuma beras SUMO lagi melekitla macam pulut.

nasi ni masak 1 pot je da cukup dapat 4 gulung kimbap. 
masak nasi ni lebihkan air biar lembik senang nak lenyek2 nanti atas seewed. hihi
kang tak lembik, tambah je air asalkan lembik.
bila nasi dah masak, cepat2 gaul dengan secubit garam.
masa tengah panas nasi masih lembik
so kena cepat bertindak ok! hehe

2. SEEWED

ok, seewed saya guna jenis ni.
 hasil google dari blog orang ramai guna jenis ni 
ni saya beli kat giant, puas gak mencari. 
sebelum fed up mencari cepat2 gi tanya pekerja giant.
so senang dorang mesti tahu kat mana kan. hihi
rupanye kat bahagian snack.
memang laa sebab seewed ni makan cam tu je pon boleh.
saya cari yang perisa classic flavour,
tak pasti ade tak perisa original.
dalam ni ada 10 keping seewed.
simpan dalam peti ais terus .jangan ganas2 sangat pegang seewed ni 
kang terkoyak pulak seewed korang dalam plastik tu sebab seewed ni rapuh..hihi

3. BAMBOO MAT SUSHI


Haa, sebijik macam saya beli.
saya beli kat MR D.I.Y . 
dulu dok ushar2 barang kat sana dah memang nampak bamboo mat ni.
so apa lagi, teringin nak buat kimbap, terus teringat bamboo mat ni ada jual kat sana.
hehe.so terus pi beli, sebab kalo takde ni susah nak gulung kimbap korang nanti.

4.  TUNA CHILI

Ok, ni untuk lauk dalam kimbap tu . saya guna tuna chili . saje nak pedas2 sikit.
ikut korang kalau nak tukar atau nak lauk lain boleh je.
letak sardin pon sedap. hehe. 
terpulang mana yang korang suka.

6. CRAB STICK

selain tuna, saya letak jugak crab stick dalam kimbap tu.
cara nak rebus ni takperlu pi rebus atas kuali sampai mengelegak.
ambil bekas letak air bebetul panas tu guna air heater pon boleh.
pastu rendam je crab stick ni sampai air dalam bekas tu sejuk.
pastu potong la 4 setiap satu crab stick ni.

simple je lauk kali ni sebab first time buat. 
so, ikut korang nak letak apa.
letak timun ke carrot ke semua boleh.
takde hal punye! hehe


CARA BUAT KIMBAP :

1. Bentangkan seewed atas bamboo mat tadi macam ni 


haaa, masa nak bentangkan tu, rasa permukaan seewed tu.
kalo bahagian kasar letak bahagian atas. 
bahgian lembut tu bentangkan atas bamboo mat tu.

2. Ambil nasi sikit2 dan lenyekkan atas seewed.


haaa, macam ni. lagi senang pakai tangan tau.
sebab memula tu guna sudu melekat2 plak dia. 
kang korang yang emosi terlebih lak.
so pakai tangan lenyek selenyeknya.
jangan banyak sangat nanti masa gulung semua benda nak terkeluar nanti. haha

3.Lepas dah lenyekkan nasi tu,
 letak crab stick susun cantik2 dan ratakan tuna atas nasi.

ni gambar google so lauk dia lain pulak,hehe
tapi sama je kaedah nya. letak camni.
jangan letak kat semua tempat atas nasi tu
kang memang terkoyak lah seewed korang. haha

4. Gulung dan mampatkan seewed tu sampai gulungan yang terakhir.
masa nak gulung tu, bahagian hujung tu korang lapkan dengan air sikit sebab
seewed ni rapuh , bile kena air dia jadi lembut dan liat. 
so senang nak gulung cantik je bentuknya.


ok da siap da kimbap korang!
potong guna pisau tajam sebab sangat laahhh liat ye.
kalo tak , kimbap korang akan hancusss macam saya buat.
tu pasal saya tak ambil gambar sebab rupe terlalu buruk disebabkan pisau tumpul.
so, sebesar2 macam ni saya ngap je dalam mulut.
memang SEDAPPP!! 
boleh buat lagi lepas ni. 


TARAAAAAAAAAAAAA!!



ni lah rupa kimbap saya.
ni je yang mampu tunjuk sebab buruk beno rupenye. hahaha
yang pasti rasa kimbap ok.

makan 2 gulung je kenyang dah sebab cepat muak lagi2 makan sedebuk besar camtu.haha
kalo potong kecik2 menikmati laa sikit makan kann.
yang kat belakang tu tinggal sikit untuk husband.
dia cakap tak pernah makan.

balik keje dia perli :

" assalamualaikum, saya datang nak beli kimbap"

mengade2 plak eh. haha
yang pasti dia pon suka,.

alhamdulillah , seronok dapat buat sendiri.
memang jimat berbaloi2 .
bayangkan kalo makan 4 potong kimbap kat kedai dah RM10 

bajet dalam RM25 je 
dapat buat banyak kali boleh kasi ramai2 makan tau. haaa
best ke best ?

kena buat sendiri baru tahu. 

makanan sihat insyallah sebab:
takde minyak
takde MSG
takde gula


SELAMAT MENCUBA! 






Post a Comment