Wednesday, March 9, 2016

Nutrien Asas Bagi Rambut Sihat&Menawan

ada masalah rambut?

semestinya ada kan! huhu
saya pon ada masalah rambut gugur tiap kali sikat rambut.
rasa stress jugak kekadang tu kan. 

perempuan memang impikan rambut yang cantik ikal mayang, lurus beralun. ye dok? hehe
tapi ALLAH dah kurniakan kita pelbagai jenis rambut, kena lah bersyukur.
tapi tak salah nak usaha untuk jadikan rambut nampak sihat dan cantik 
buat tatapan suami tercinta dapat pahala lagi tau. 
Rambut juga salah satu mahkota bagi perempuan, 
jadi sangat penting seorang perempuan menjaga rambut dengan baik.


 PROTEIN ASAS UNTUK RAMBUT YANG SIHAT




Rambut sebenarnya dapat mencerminkan diet harian anda, terutama PROTEIN.
Kemungkinan ini adalah tuduhan yang melampau kan tapi jika kita tengok gambar-gambar mengenai manusia dalam kebuluran, barangkali orang banduan. Kulit mereka masih kekal tetapi rambut mereka sudah menipis.Nutrien asas bagi rambut ialah PROTEIN.

Untuk menjamin kesihatan rambut yang sempurna, pahatkan perkataan " PROTEIN" dalam kepala ye! Rambut anda ialah sekurang-kurangnya 97% protein yang mengandungi 19 daripada 22 asid amino yang membentukkan protein.Ini dengan jelas mempamerkan kenapa keadaan rambut anda begitu tergantung kepada kualiti dan kuantiti protein yang anda terima.


KEADAAN RAMBUT

Jika anda mengalami kekurangan protein berkualiti, maka rambut anda akan mencerminkan pemakanan buruk menerusi rambut yang pecah dan retak.

Jika berlaku berlaku rambut yang kekeringan, rapuh dan kurang berkilat serta rambut yang mudah gugur , maka anggaplah segala ini sebagai tanda-tanda bekalan protein yang buruk.

Oleh kerana protein tidak tersimpan dalan badan dengan lama maka ia harus diperbaharui setiap hari.Keperluan anda adalah bergantung pada ketinggian berat badan, struktur dan aktiviti seharian anda.Namun begitu , anda juga boleh mengikut petua ini.

sekurang-kurangnya 1gram protin berkualiti tinggi bagi setiap dua paun setengah berat badan ( kecuali anda terlampau berat)


STUDYCASE MENGENAI PROTEIN YANG DIAMBIL :

SARAPAN 1
 dua biji telur
Bakon
Roti bakar dengan mentega
Teh

SARAPAN 2
Semangkuk bijirin "bergula"
Roti bakar
Jus oren

Perhatikan perbezaan menu sarapan dia atas.

Sarapan 1: mengandungi kandungan protein yang tinggi, namun ia juga menragandungi amat banyak lemak.

Sarapan 2 : bukan sahaja kurang lemak , ia hampir tidak mengandungi sebarang protein langsung.


satu-satunya makanan yang dirayu oleh semua kumpulan kesihatan suapaya dikurangkan dalam diet kita ialah LEMAK terutama sekali LEMAK TEPU.

 Analisis diet di atas telah dijalankan dan usaha menelitikan perubahan dalam pengambilan makanan merupakan perkara yang amat menarik.

Pada hari ni, wanita yang sangat berhati-hati mengurangkan lemak dalam diet telah mengambil SARAPAN 2 yang hampir tidak mengandungi protein.

Trend kurang lemak , kurang protin ini diteruskan bagi sarapan-sarapan pada hari berikutnya.
Nampak tak masalah kekurangan protein disitu?
Kebanyakan sumber protein yang baik dalam diet Amerika yang biasa juga dikaitkan dengan lemak. Apabila kita mengurangkan lemak, kita secara tidak sedar telah mengurangkan protein. ini amat membinasakan rambut kita!

memandangkan trend ini semakin berkembang, 
jadi saya sangat mengesyorkan anda semua untuk menambah protein yang kurang lemak bagi semua wanita yang ingin memperbaiki kualiti rambut mereka kerana PROTEIN sangat penting untuk rambut.

sama macam ESP tau! 
minum laa ESP kalau nak dapat protein yang lengkap dengan 9 asid amino tu! hehe

MAKANAN TAMBAHAN YANG BAIK HARUS DI PARAS INI:

PROTEIN               16gram
KARBOHIDRAT       8gram
LEMAK                  1gram

Dengan tambahan protein boleh meningkatkan paras asid amino darah dan memperbaiki peredaran darah ke folikel dan kuku jari.Pertumbuhan dan kekuatannya juga dapat diperbaiki.



B KOMPLEKS UNTUK RAMBUT KUAT 


B kompleks juga dikenali sebagai " vitamin kecantikan"
Bkompleks sangat penting bagi rambut dan banyak salon jagaan rambut mewajibkan penambahannya seiring dengan protein asas pogram permulaan. 

Vitamin-vitamin B boleh membantu dalam 4 cara tersendiri:

1. B kompleks ada kaitan rapat dalam pembentukan dan pemeliharaan batang rambut yang sihat

2. Ia melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar perkembangan yang rata dan tidak kucar kacir

3. B kompleks yang secukupnya mengukuhkan batang rambut, menjadikan rambut kuat dan tidak rapuh

4. Ia membantu memelihara warna yang kekal.Ia di laporkan dalam banyak kajian sebagai melengahkan masa mula bagi rmabut beruban dan dalam beberapa kes ia sebenarnya menerbalikkan proses rambut beruban.


B kompleks bersifat rapuh, mudah dimusnahkan atau dipupus dengan cepat.Asap roko, pencemaran udara alkohol, pil perancang , stress dan aspirin semuanya boleh menghapuskan anggota-anggota utama dalam B kompleks.

jadi, pilihan yang terbaik adalah makanan tambahan B kompleks yang secukupnya untuk memelihara kesihatan dan kecantikan rambut yang optimum.



ZINK UNTUK RAMBUT IKAL MAYANG YANG KAYA


Zink ialah mineral yang terlibat dalam proses pertumbuhan sel yang amat pesat.
Pemakanan optimum yang mendorong pertumbuhan rambut yang pantas, memerlukan zink yang secukupnya.Zink boleh ketara mengukuhkan batang rambut dengan cara menebalkannya, menghasilkan rambut ikal mayang yang kaya.

Dengan adanya batang rambut yang kuat, bilangan rmabut yang gugur juga kan kekurangan.Walaupun kehilangan sebanyak 90 utas rambut adalah perkara normal, zink didapati boleh membantu mencegah kehilangan rambut yang berlebihan.

Salah satu cara untuk memastikan bekalan zink yang secukupnya
 ialah dengan memerhatikan sikat anda.
Jika kehilangan rambut menjadi-jadi, anda perlu menambah lebih zink.

Jika anda terlibat dengan senaman aerobik atau aktivit yang berat, anda kehilangan banyak zink sebenarnya.Untuk mengelakkan kekurangan zink, ambil lah makanan tambahan untuk menambah bilangan zink dalam diet seharian anda.

nampak tak ?
nampak tak?
nampak tak?

Rambut perlukan VITAMIN yang cukup untuk tumbuh dengan sihat , kuat dan cantik! 

haaa, jangan nak stress kalau rambut kering, rambut rapuh , rambut gugur ye 
bertindaklah sekarang
baiki secara semulajadi
dengan menambah makanan tambahan
dalam diet seharian anda! 


BERMINAT NAK ORDER?

PM 0145010786

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN

sumber : Dr.Bruce B.Miller (Pemakanan Rambut)
Post a Comment