Thursday, March 17, 2016

9 Manfaat Hebat Dari SENAMAN

Assalamualaikum warga blog sekalian. 
apa khabar harini?
dah buat senaman ke belum ni?

saya baru je lepas basuh karpet,
aci tak kalau itu dikira sebagai senaman? hehehe

kalau cakap pasal "SENAMAN" sudah cukup mneggerunkan.
Cuba tengok buku-buku senaman dan video-video senaman kebanyakkan menunjukkan orang-orang yang mempunyai badan yang langsing serta potongan badan yang menarik kannnnn yang sedang melakukan senaman yang mana 
amat segan dilakukan oleh mereka yang agak gemuk.

betul tak?

agak-agak kurus tak buat camni?


JOM kita tengok apa 9 MANFAAT HEBAT
 yang anda bakal dapat dari senaman.

1. Anda akan mengubah bentuk badan dari seorang yang 
GEMUK menjadi seorang yang KURUS.

Salah satu rahsia orang kurus yang kuat makan tapi tak gemuk-gemuk adalah kerana mereka mempunyai enzim yang boleh membakarkan kalori.Sesetengah orang bernasib baik kerana 
bakanya melengkapi mereka dengan enzim yang lebih.

Bersenam boleh membantu anda menghasilkan serta mengekalkan lebih enzim yang mampu membakar kalori dengan lebih baanyak.Jadi ini akan membantu anda untuk menghilangkan berat badan, dan lebih penting lagi memastikan anda kekal menjauhinya sesudah tahap pengurangan kalori.

2. Anda akan membina cerowong " membakar kalori" dengan lebih besar.

Kebanyakkan lemak dibakar pada otot anda.Sambil anda bersenam, anda akan membentuk lebih jisim otot lalu meningkatkan saiz cerowong tersebut.

Jika anda tidak bersenam, kemungkinana anda akan kehilangan jisim otot sekali dengan lemak.
maksudnya, lemak hilang, otot pon hilang.
Jadi, pada hari -hari seterusnya susah untuk anda mengekalkan berat badan anda.
Inilah sebabnya begitu ramai orang akan kembali semula ke berat badan yang asal dalam masa setahun.

3. Anda akan membakar kalori semasa bersenam.

Ini tak semestinya anda harus membuat senaman
 yang teruk atau sehingga membeli peralatan senaman yang mahal.
Cukup sekadar anda berjalan kaki dengan kadar yang laju setiap hari 
selama 30 minit hingga sejam sudah mampu membakar lemak2 anda tu. 

4. Tenaga yang digunakan untuk menjamin jantung berdenyut,
 otak yang aktif dan badan hidup dinamakan kadar metabolisma basal.

Senaman meningkatkan kegunaan kalori dalam cara ini membakar lebih lemak 
biarpun anda sedang beristirahat.

5. Ini paling HEBAT! lepas senaman, 
selera makan akan terkawal selama beberapa jam.

6. Anda akan merasa lebih berwaspada,badan rasa bertenaga, merasa tenang.

Banyak diet tanpa senaman boleh menjadikan diri anda gelisah.

7. Senaman menyebabkan tubuh badan anda membakar lemak dan bukan jisim otot.

Diet tanpa senaman akan menyebabkan anda kehilangan otot.
jadi keupayaan untuk menurunkan berat badan sangat susah sebab otot hilang bersama lemak.

8. Anda akan kelihatan lebih bertenaga, potongan badan yang lebih cantik 
dan kulit  tidak akan gelebeh semasa menghilangkan berat badan.

9. Kemungkinan sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, 
pelbagai kanser akan berkurangan.

Anda akan sentiasa berwaspada dengan tubuh anda, lebih cergas dan lebih bertenaga berbanding 
diri anda yang dulu.


Tabiat makan yang baik dan selamat serta manfaat dari
 senaman telah banyak membantu 
wanita menghilangkan berat badan secara selamat dan selesa.
Anda akan kelihatan lebih tampan, cantik. serta mempunyai lebih tenaga 
dan kecergasan berbanding dulu apabila anda kehilangan berat badan!

jika anda berminat mengenai senaman,
boleh dapatkan buku " The Aerobics Program For Total Wellbeing" oleh Dr.Kenneth Cooper. 


haaa, banyakkan manfaat yang kita dapat dari senaman ni.
anda hanya memerlukan 

SEPASANG KASUT dan SeGUNUNG KEAZAMAN 
untuk melakukan senaman! 

jangan malas-malas...

Kesihatan anda amatlah berharga!

berminat untuk mencari makanan
 tambahan untuk sihat dan semulajadi?

Boleh hubungi terus di talian 
0145010786


VITAMIN SIHAT SEISI KELUARGA
PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN


sumber oleh DR. Bruce B.Miller
Post a Comment