Monday, March 21, 2016

Vitamin C Menjamin Wajah Bak Sutera

Selamat pagi warga blog sekalian. 
Pagi ni terasa sejuk sikit sebab cuaca agak mendung. 
boleh jadi kalau terus menerus duk atas katil yang empuk
 kompem mata akan tertutup je kann! hehe.

Tapi gagahkan diri lawan perasaan tu, 
sebab rezeki Allah bagi waktu pagi camnilahh.
Usaha untuk tak tidur sebelum subuh k. 
baru rasa semangat waja sikit pepagi gini. hehe.

ada apa dengan C?

 Saya rasa semua orang tahu apa kelebihan vitamin C.
sekarang pon dah bermacam-macam jenama vitamin C kat pasaran.
 tak nak kalah jugak yang pergi cucuk vitamin C untuk kekal cantik & awet muda tuu, hehe

sebab apa Vitamin C ni PENTING?

keadaan kekurangan Vitamin C menyebabkan jelas kelihatan pada kulit yang lebam teruk.
Vitamin C + Protin adalah sangat perlu bagi membentuk bahan "bersimen" yang dinamakan kolagen,

Bayangkan sel kulit anda sebagai batu dan simen yang melekatkan batu-bata ini supaya menjadi kukuh ialah kolagen.Jadi tanpa simen (kolagen) yang secukupnya, 
maka bahan-bahan akan terbocor menerusi batu-bata (sel-sel kulit).
Dalam keadaan luka, darah sebenarnya melesap menerusi kolagen buruk antara sel.

Untuk melengkapkan analogi 
" batu dan simen " ini adalah :

jika anda menggunakan simen yang lemah untuk melekatkan tembok bata, 
kekuatan dan corak tembok ini akan roboh.
kes yang sama pasti akan terjadi jika kolagen yang anda hasilkan itu lemah
 dan kekurangan vitamin C,kulit akan menjadi kasar dan kedut 
serta cenderung mempunyai liang yang besar.

Vitamin C juga perlu bagi menjamin tiriod yang berfungsi secara normal.
 Tiriod harus dipelihara dalam keadaan baik untuk menjamin kulit halus bak sutera. 

Vitamin C sangat mudah dimusnahkan oleh pencemar udara dan air.
sebagai contoh: 
Orang yang menghisap rokok sekotak boleh membakar sebanyak 500mg vitamin C .
selain itu, Vitamin C juga mudah dimusnahkan oleh stress fizikal dan mental.

APA BEZA VITAMIN C SHAKLEE?

Bagi sesiapa yang belum tahu lagi nama Vitamin C shaklee 
ialah SUSTAINED RELEASE VITA- C.


Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. 
Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 

Sustained Release Vita-C mengandungi:
🍄Kandungan Vitamin C yang tinggi.
🍄Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
🍄Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah


APA BESTNYA SR VITA-C SHAKLEE ni?



✔️vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.


✔️Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

✔️Sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

✔️Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

✔️Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.


Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee

😋Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri

😋Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata

😋Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

😋Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

😋Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

😋Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

😋Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

😋Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

😋Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

😋Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

😋Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

😋Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

😋Merawat jangkitan saluran kencing.

😋Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



TAHUKAH ANDA?
1 tablet VITA-C = 7 BIJI OREN SUNQUICK
180 TABLET X 7 BIJI OREN = SEBOTOL SR VITA-C 


WOWWW!! 
banyakkkk kann manfaat Sustained Release Vita-C ni!
sangat jimat beli Vita -C ni terus telan.
nak telan oren hari2 memang taklahh kann. hihi
lagi2 malas nak kupas oren tuu. 
so, telan je vit c kan mudahh :)

eh, VITA - C ni juga boleh buat masker tau! 
sangat berbaloi2 sebab kegunaan 2 dalam 1.
jimat duit takyah beli masker muka dah. 
hehehe.


anda berminat untuk dapatkan VITAMIN C SHAKLEE? 
BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS  DI TALIAN 
0145010786 

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN


sumber : Dr.Bruce B.Miller

Thursday, March 17, 2016

9 Manfaat Hebat Dari SENAMAN

Assalamualaikum warga blog sekalian. 
apa khabar harini?
dah buat senaman ke belum ni?

saya baru je lepas basuh karpet,
aci tak kalau itu dikira sebagai senaman? hehehe

kalau cakap pasal "SENAMAN" sudah cukup mneggerunkan.
Cuba tengok buku-buku senaman dan video-video senaman kebanyakkan menunjukkan orang-orang yang mempunyai badan yang langsing serta potongan badan yang menarik kannnnn yang sedang melakukan senaman yang mana 
amat segan dilakukan oleh mereka yang agak gemuk.

betul tak?

agak-agak kurus tak buat camni?


JOM kita tengok apa 9 MANFAAT HEBAT
 yang anda bakal dapat dari senaman.

1. Anda akan mengubah bentuk badan dari seorang yang 
GEMUK menjadi seorang yang KURUS.

Salah satu rahsia orang kurus yang kuat makan tapi tak gemuk-gemuk adalah kerana mereka mempunyai enzim yang boleh membakarkan kalori.Sesetengah orang bernasib baik kerana 
bakanya melengkapi mereka dengan enzim yang lebih.

Bersenam boleh membantu anda menghasilkan serta mengekalkan lebih enzim yang mampu membakar kalori dengan lebih baanyak.Jadi ini akan membantu anda untuk menghilangkan berat badan, dan lebih penting lagi memastikan anda kekal menjauhinya sesudah tahap pengurangan kalori.

2. Anda akan membina cerowong " membakar kalori" dengan lebih besar.

Kebanyakkan lemak dibakar pada otot anda.Sambil anda bersenam, anda akan membentuk lebih jisim otot lalu meningkatkan saiz cerowong tersebut.

Jika anda tidak bersenam, kemungkinana anda akan kehilangan jisim otot sekali dengan lemak.
maksudnya, lemak hilang, otot pon hilang.
Jadi, pada hari -hari seterusnya susah untuk anda mengekalkan berat badan anda.
Inilah sebabnya begitu ramai orang akan kembali semula ke berat badan yang asal dalam masa setahun.

3. Anda akan membakar kalori semasa bersenam.

Ini tak semestinya anda harus membuat senaman
 yang teruk atau sehingga membeli peralatan senaman yang mahal.
Cukup sekadar anda berjalan kaki dengan kadar yang laju setiap hari 
selama 30 minit hingga sejam sudah mampu membakar lemak2 anda tu. 

4. Tenaga yang digunakan untuk menjamin jantung berdenyut,
 otak yang aktif dan badan hidup dinamakan kadar metabolisma basal.

Senaman meningkatkan kegunaan kalori dalam cara ini membakar lebih lemak 
biarpun anda sedang beristirahat.

5. Ini paling HEBAT! lepas senaman, 
selera makan akan terkawal selama beberapa jam.

6. Anda akan merasa lebih berwaspada,badan rasa bertenaga, merasa tenang.

Banyak diet tanpa senaman boleh menjadikan diri anda gelisah.

7. Senaman menyebabkan tubuh badan anda membakar lemak dan bukan jisim otot.

Diet tanpa senaman akan menyebabkan anda kehilangan otot.
jadi keupayaan untuk menurunkan berat badan sangat susah sebab otot hilang bersama lemak.

8. Anda akan kelihatan lebih bertenaga, potongan badan yang lebih cantik 
dan kulit  tidak akan gelebeh semasa menghilangkan berat badan.

9. Kemungkinan sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, 
pelbagai kanser akan berkurangan.

Anda akan sentiasa berwaspada dengan tubuh anda, lebih cergas dan lebih bertenaga berbanding 
diri anda yang dulu.


Tabiat makan yang baik dan selamat serta manfaat dari
 senaman telah banyak membantu 
wanita menghilangkan berat badan secara selamat dan selesa.
Anda akan kelihatan lebih tampan, cantik. serta mempunyai lebih tenaga 
dan kecergasan berbanding dulu apabila anda kehilangan berat badan!

jika anda berminat mengenai senaman,
boleh dapatkan buku " The Aerobics Program For Total Wellbeing" oleh Dr.Kenneth Cooper. 


haaa, banyakkan manfaat yang kita dapat dari senaman ni.
anda hanya memerlukan 

SEPASANG KASUT dan SeGUNUNG KEAZAMAN 
untuk melakukan senaman! 

jangan malas-malas...

Kesihatan anda amatlah berharga!

berminat untuk mencari makanan
 tambahan untuk sihat dan semulajadi?

Boleh hubungi terus di talian 
0145010786


VITAMIN SIHAT SEISI KELUARGA
PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN


sumber oleh DR. Bruce B.Miller

Wednesday, March 16, 2016

Tips Tingkatkan "Kolestrol Baik"

Assalamualaikum! 
apa khabar arini? hehe

lambat pulak tulis blog harini.
biasa nya pagi dah set dah time untuk tulis blog .
tapi tadi takde line pulak memang kacau sikit laaa. hihi

ok, straight to the point. 
nak citer pasal "kolestrol baik"
hehe. pelik kann. 
tak sangka kolestrol pon ada yang baik dan jahat.
ingatkan manusia je ada baik dan jahat. hihi

haaa. kena tahu .KOLESTROL ada 2 jenis:
1. HDL (kolestrol baik)
2. LDL (kolestrol jahat)


ok, harini kita cite dulu pasal kolestrol baik.

KUASA HDL
semua orang tahu, kalau kolestrol tinggi akan menyebabkan serangan jantung.
sebab saluran darah kita macam getah paip.
kalau tersumbat lama-lama akan pecah. 
begitu juga kolestrol yang tinggi akan blok saluran darah kita.
so, darah takleh lalu lame2 pecah saluran darah 
tu pasal tetibe kena serangan jantung.

haaa, takut tak?
mestilahh takut. minta dijauhkan insyallah.

ok, bacaan HDL kena tinggi. takboleh rendah.
dengan meningkatkan HDL, akan mengurangkan risiko serangan jantung dengan dramatik! gituuu.. hehe

bagaimana nak meningkatkan HDL ni?

"Para penyelidik di Cooper Institute for Aerobics Research di Dallas Texas, membuat kesimpulan bahawa anda boleh meningkatkan HDL tanpa bersenam begitu teruk.Kajian ini diterbitkan dalam jurnal American Medical Association."

Peserta terdiri daripada 59 orang wanita sihat yang dibahagikan kepada 4 kumpulan:

Kumpulan 1: Berjalan dengan pantas ( 5 batu sejam, hampir berlari2)
Kumpulan 2: Berjalan dengan lincah ( 4 batu sejam)
Kumpulan 3: Berjalan secara sederhana ( 3 batu sejam)
Kumpulan 4: Duduk, tidak buat apa2

Setiap kumpulan yang berjalan menamatkan 3 batu setiap kali,
 5 hari seminggu selama 6 bulan.

HASILNYA :

kumpulan 1 & 2 hampir sama dalam peningkatan HDL, dan kemampuan aerobik mereka juga hampir sama.
Malah, pejalan perlahan pon memperolehi sedikit peningkatan.Yang tidak memuaskan untuk dua kumpulan perlahan ini hanya masa; mengambil masa lebih lama untuk menamatkan 3 batu sejam.

Hippocrates pada tahun 400 S.M berkata :

" ubat yang baik untuk manusia ialah berjalan" 
kelengkapan yang diperlukan hanyalah kasut yang selesa dan keazaman untuk melakukannya!

Meningkatkan HDL adalah senjata yang amat berkuasa.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dengan menakjubkan sebanyak 7% bagi setiap mata HDL yang anda tingkatkan di atas paras 50.

JOM IKUTI 6 LANGKAH BAGI MENINGKATKAN HDL.

1. Bersenam untuk kesihatan


Jika anda berazam meningkatkan kolestrol baik, ia memerlukan sedikit usaha.

" Sepasukan penyelidik diketuai oleh Peter Kokkinos, Ph.D , pakar penyelidik dari George Town University, mengukur paras kolestrol pada lelaki berumur 30 hingga 64 tahun seramai 2,900 orang.Kebanyakkan mereka pelari ,yang lain semua sihat tetapi tidak bersenam.Apabila para penyelidik ini mencartakan batu larian dan paras HDL, mereka mendapati HDL meningkat kira-kira 0.008mmol/L bagi setiap batu tambahan yang dilarikan.Mereka yang lari paling jauh mempunyai HDL yang paling tinggi."

Berdasarkan kajian ini, para penyelidik mengesyorkan berlari 7 hingga 14 batu seminggu dengan langkah sederhana bersamaan dengan 30 minit senaman, 3 hingga 5 kali seminggu.
Di samping berjalan, senaman aerobik , berenang , berbasikal dan badminton juga membantu.

Ingatlah anda belum terlambat untuk memulakan senaman!

2. Turunkan berat badan anda ke paras normal ( BMI 18-24.9)
Gabungan diet rendah lemak dan senaman pasti memberi hasil yang memuaskan. 
Badan yang gemuk menyumbang kepa
da kolestrol dan trigliserida yang tinggi, dan LDL yang rendah.

3. Makan ikan dari laut sejuk.

Ikan tenggiri, hadok, bilis, sardin, tuna dan sesetengah ikan salmon, semua mengandungi sejenis asid lemak istimewa dikenali sebagai asid EPA ( eikosapentaenoik).EPA menurunkan trigliserida.HDL yang tinggi dikaitkan dengan trigliserida yang rendah sebab ini ikan termasuk dalam pilihan makanan anda.Kalau susah nak cari ikan macam disebutkan tadi, ambillah supplement EPA . ( semestinya ada dalam OMEGA GUARD.hihi)

4. Tingkatkan pengambilan gentian larut.



Gentian larut ni mensasarkan kolestrol LDL dan tidak menyentuh HDL.
Oleh itu, apabila anda menurunkan jumlah kolestrol dengan cara ini, nisbah anda menjadi bertambah baik kerana HDL terus kekal tinggi , malah meningkat satu dua mata.

5. Jangan menghisap rokok dan sewaktu dengannya.


Ini nasihat yang baik untuk semua orang.
Begitu ramai pakar telah ditanya " Apakah perkara yang boleh dilakukan untuk melanjutkan jangka hayat yang sihat? "
Jawapannya tetap sama " Jangan menghisap rokok"
Bahkan asap dari penghisap rokok boleh menurunkan HDL.

6. Keluarkan lemak daripada diet anda.


Kira-kira 17% diet rakyat Amerika kini mengandungi lemak tepu. 
Mengurangkan kalori lemak tepu sebanyak 10% daripada jumlah 
kalori boleh menurunkan jumlah kolestrol sehingga 20%


KEPENTINGAN MENGAWAL BERAT BADAN,
KEGIATAN FIZIKAL DAN PENGGUNAAN NUTRISI SECARA BERSUNGGUH-SUNGGUH
 TAK SYAK LAGI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.

sayangkan kesihatan anda?
jom lakukan aktiviti yang meningkatkan HDL 
agar sentiasa di paras yang tinggi.
Jangan lupa makan makanan tambahan untuk 
membantu anda kekal sihat sepanjang hayat.

berminat untuk mengambil makanan tambahan?
boleh hubungi saya terus di talian 
0145010786

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN

Monday, March 14, 2016

The Simple KIMBAP:)

siapa tak kenal makanan popular jepun yang dipanggil "sushi" 
dan telah dipopularkan jugak di korea yang di kenali sebagai  "kimbap".


biasanye orang kita ni makan sebab terpengaruh drama laaa ni kann.

tengok drama korea nampak macam sedap jee. 
tu yang semangat nak jadi macam ala-ala korea.hihi


betul tak?

ok fine, saya sendiri mengaku adalah sikit terpengaruh
 nak buat sendiri kimbap ni zaman tengok cerita2 korea tu.
sekarang ni memang tak layan dah drama2 korea tu 
sebab macam buang masa pulak tengok life dorang. hehe .


actually memang dah lama sangat nak try buat sendiri.

tapi disebabkan malas dan mase tu duk menumpang rumah orang lain masa keje dulu.
so macam leceh nak beli barang2 dan takde tempat nak letak.
lagi pon bukan dapur kita. 


haa, sekarang da duk rumah sendiri,

keje sendiri kat rumah,
so, masa tu memang boleh manage sangat
nak buat kimbap ni bukan lah susah mana,
cuma kena ada bahan dan kena ada RAJIN sikit. hihi.


ok, jom tengok bahan buat kimbap.

sory ler, sebab sesorang je kat rumah takde plak
 orang nak tgkap gmbar masa buat kimbap ni.
so, ambil gambar google je untuk bahan2 kimbap ni.
 tapi memang sama macam saya gunakan.


BAHAN NAK BUAT KIMBAP :

1. NASI 


Nasi ni guna beras kita makan tulah.
 takyah laa susah2 nak cari beras SUMO untuk buat kimbap ni.
sebab rasa lebih kurang je. cuma beras SUMO lagi melekitla macam pulut.

nasi ni masak 1 pot je da cukup dapat 4 gulung kimbap. 
masak nasi ni lebihkan air biar lembik senang nak lenyek2 nanti atas seewed. hihi
kang tak lembik, tambah je air asalkan lembik.
bila nasi dah masak, cepat2 gaul dengan secubit garam.
masa tengah panas nasi masih lembik
so kena cepat bertindak ok! hehe

2. SEEWED

ok, seewed saya guna jenis ni.
 hasil google dari blog orang ramai guna jenis ni 
ni saya beli kat giant, puas gak mencari. 
sebelum fed up mencari cepat2 gi tanya pekerja giant.
so senang dorang mesti tahu kat mana kan. hihi
rupanye kat bahagian snack.
memang laa sebab seewed ni makan cam tu je pon boleh.
saya cari yang perisa classic flavour,
tak pasti ade tak perisa original.
dalam ni ada 10 keping seewed.
simpan dalam peti ais terus .jangan ganas2 sangat pegang seewed ni 
kang terkoyak pulak seewed korang dalam plastik tu sebab seewed ni rapuh..hihi

3. BAMBOO MAT SUSHI


Haa, sebijik macam saya beli.
saya beli kat MR D.I.Y . 
dulu dok ushar2 barang kat sana dah memang nampak bamboo mat ni.
so apa lagi, teringin nak buat kimbap, terus teringat bamboo mat ni ada jual kat sana.
hehe.so terus pi beli, sebab kalo takde ni susah nak gulung kimbap korang nanti.

4.  TUNA CHILI

Ok, ni untuk lauk dalam kimbap tu . saya guna tuna chili . saje nak pedas2 sikit.
ikut korang kalau nak tukar atau nak lauk lain boleh je.
letak sardin pon sedap. hehe. 
terpulang mana yang korang suka.

6. CRAB STICK

selain tuna, saya letak jugak crab stick dalam kimbap tu.
cara nak rebus ni takperlu pi rebus atas kuali sampai mengelegak.
ambil bekas letak air bebetul panas tu guna air heater pon boleh.
pastu rendam je crab stick ni sampai air dalam bekas tu sejuk.
pastu potong la 4 setiap satu crab stick ni.

simple je lauk kali ni sebab first time buat. 
so, ikut korang nak letak apa.
letak timun ke carrot ke semua boleh.
takde hal punye! hehe


CARA BUAT KIMBAP :

1. Bentangkan seewed atas bamboo mat tadi macam ni 


haaa, masa nak bentangkan tu, rasa permukaan seewed tu.
kalo bahagian kasar letak bahagian atas. 
bahgian lembut tu bentangkan atas bamboo mat tu.

2. Ambil nasi sikit2 dan lenyekkan atas seewed.


haaa, macam ni. lagi senang pakai tangan tau.
sebab memula tu guna sudu melekat2 plak dia. 
kang korang yang emosi terlebih lak.
so pakai tangan lenyek selenyeknya.
jangan banyak sangat nanti masa gulung semua benda nak terkeluar nanti. haha

3.Lepas dah lenyekkan nasi tu,
 letak crab stick susun cantik2 dan ratakan tuna atas nasi.

ni gambar google so lauk dia lain pulak,hehe
tapi sama je kaedah nya. letak camni.
jangan letak kat semua tempat atas nasi tu
kang memang terkoyak lah seewed korang. haha

4. Gulung dan mampatkan seewed tu sampai gulungan yang terakhir.
masa nak gulung tu, bahagian hujung tu korang lapkan dengan air sikit sebab
seewed ni rapuh , bile kena air dia jadi lembut dan liat. 
so senang nak gulung cantik je bentuknya.


ok da siap da kimbap korang!
potong guna pisau tajam sebab sangat laahhh liat ye.
kalo tak , kimbap korang akan hancusss macam saya buat.
tu pasal saya tak ambil gambar sebab rupe terlalu buruk disebabkan pisau tumpul.
so, sebesar2 macam ni saya ngap je dalam mulut.
memang SEDAPPP!! 
boleh buat lagi lepas ni. 


TARAAAAAAAAAAAAA!!



ni lah rupa kimbap saya.
ni je yang mampu tunjuk sebab buruk beno rupenye. hahaha
yang pasti rasa kimbap ok.

makan 2 gulung je kenyang dah sebab cepat muak lagi2 makan sedebuk besar camtu.haha
kalo potong kecik2 menikmati laa sikit makan kann.
yang kat belakang tu tinggal sikit untuk husband.
dia cakap tak pernah makan.

balik keje dia perli :

" assalamualaikum, saya datang nak beli kimbap"

mengade2 plak eh. haha
yang pasti dia pon suka,.

alhamdulillah , seronok dapat buat sendiri.
memang jimat berbaloi2 .
bayangkan kalo makan 4 potong kimbap kat kedai dah RM10 

bajet dalam RM25 je 
dapat buat banyak kali boleh kasi ramai2 makan tau. haaa
best ke best ?

kena buat sendiri baru tahu. 

makanan sihat insyallah sebab:
takde minyak
takde MSG
takde gula


SELAMAT MENCUBA! 






Sunday, March 13, 2016

ESP PRODUK SOYA TERBAIKK!

ENERGIZING SOY PROTEIN atau nama popularnya dikenali sebagai ESP.

ESP sudah pon menjadi kegemaran ramai sekarang ni.
nak2 yang tengah mengandung tu sangat2 suka ESP ni sebab sejarah 
minum ESP ni membantu ibu hamil bertambah cergas 
dan bertenaga sepanjang kehamilan.
best ke best? hehe

persoalannya KENAPA ESP PRODUK SOYA TERBAIKK?

1.Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik.

haa, kenapa pulak kacang soya mesti tanam secara organik?
sebab kajian penanaman secara kimia ( bukan organik) akan menyebabkan  nutrisi makanan berkurangan.Dari segi kajian sudah pon terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.Jadi amatlah penting pesticides,fungicides dan herbicidies tidak digunakan sepanjang proses tumbesaran kacang soya ini.

2.Kacang soya mestilah Non GMO.( Tidak dihasilkan secara genetik).

ok, kenapa pulak soya mestilah non-gmo? 
sebab secara umumnya kacang soya yang jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan 
( lebih kurang vitamin sintetik) dan kebanyakkan syarikat mencari dana untuk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik.Dr.Louis J.Pribly, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian bahawa toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

3. Soy Protein mesti mengandungi 9 asid amino perlu.

ciri ni amat penting sebab badan memerlukan kesemua 9 asid amino untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman, antibodi, enzyme.Jika salah satu asid amino ni hilang, imun badan boleh turun 30% dan banyak fungsi penting dalam tubuh akan terhenti atau terganggu.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate,soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan alkohol.

Alkohol dah sah2 haram.kalau dicuci dengan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88% kemusnahan tersebut.Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko cancer paru2 & lain2.Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

5. Bahan anti-tyroid / anti growth substance mesti disingkirkan.

Soy yang mentah mengandungi " anti-growth", " anti-tyrosine" substance.Sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature and restless leg syndrome.Cari brand yang mana menggunakan kaedah proses extract untuk menyingkirkan substance dalam masa yang sama mengekalkan highest level asid amino dan isoflavones yang mana sangat sensitif dengan panas.

6.Proses pembuatan Kacang Soya sebaiknya tanpa pemanasan.

Amino asid sangat sensitif dengan suhu yang panas.hasil kajian mengatakan " cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ASIDS. jika seseorang individu mengamalkan secara istiqomah yang kurang asid amino dalam diet sehariannya boleh menyebabkan otak tidak berkembang dengan baik dan hormon atau tisu badan tidak berkembang.

7.Soy Isolate mesti ditambah dengan kalsium.

Kajian/ artikal melaporkan serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang.oleh sebab itu unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dengan soy protein untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakkan pengusaha? pengeluar protein tidak menambah kalsium.


Berapa lama ESP sejak dihasilkan oleh Shaklee?

1972-2016 : 44 Tahun!

ESP Sumber Protein mantap keperluan asas badan yang sihat bertenaga

Ada 2 sumber protein yang kita boleh dapat dari diet seharian:
1. Protein dari sumber haiwan
2. Protein dari sumber tumbuhan


perbezaan sumber protein dari haiwan dan protein dari tumbuhan:

- Protein dari haiwan biasanya tinggi kandungan lemak dan kolesterol 
eg:- ayam, daging, telur, tenusu yang akan memberi sumbangan kpd peningkatan tahap kolesterol = meningkatkan risiko sakit jantung

ok, saya ambil contoh 🐔 ayam 

Ayam akan mengalami pelbagai suntikan bahan kimia yg banyak

Contohnya:
1. Suntikan hormon pertumbuhan - supaya cepat besar utk memenuhi kehendak pasaran. Pada hakikatnya umur ayam masih belum matang

2. Suntikan hormon utk tambah daging- daging banyak dan gemuk, supaya penjual dpt profit yg banyak.

3. Suntikan antibiotik supaya ayam tak mudah dapat penyakit


CADANGAN TUKAR KEPADA PROTEIN TUMBUHAN


Jadi, ESP adalah cadangan untuk bertukar kepada mendapatkan sumber protein 
dari haiwan kepada tumbuhan (kacang soya) 

Kenapa?

Kerana kacang soya ada 9 asid amino perlu yang badan tidak boleh hasilkan. 
9 asid amino ni adalah pelengkap kepada penghasilan protein yang sihat.


Dan kelebihan sumber protein dr tumbuhan ni adalah:-
💥 tiada KOLESTEROL
💥 kualiti yg sama dengan protein haiwan
💥 ada satu keistimewaannya iaitu mengandungi ISOFLAVONES


APA PENTINGNYA ISOFLAVONES NI?

Isoflavones berfungsi :
1. mengurangkan risiko knser payudara dan kanser prostat.
2. melegakan gejala manapous




ANDA BERHAK BERIKTHIAR UNTUK MENDAPATKAN PROTEIN YANG TERBAIK.
Kesihatan adalah kualiti hidup sekeluarga.

berminat untuk mendapatkan protein yang sihat dan berkualiti?

PM 0145010786

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN