Monday, February 22, 2016

STEVIA bukan ubat kencing manis

Sekarang ramai orang sudah bertukar kepada stevia & meninggalkan gula putih yang 
dikatakan penyebab banyak penyakit.
Namun perlu diingatkan Stevia bukan ubat kencing manis tetapi adalah alternatif 

kepada gula sebagai pemanis dan ianya 150 kali ganda lebih manis daripada gula.

Stevia dihasilkan daripada pokok "Stevia rebaudiana". 
Justeru stevia adalah pemanis semulajadi.

Alternatif lain bagi pemanis makanan & minuman ialah pemanis jenis sintetik,

 contohnya Erythritol.

Yang menarik tentang pemanis makanan, sama ada semulajadi atau sintetik ,

 ia tak mengandung kalori.



Tapi betulkan persepsi anda mengenai pemanis-pemanis makanan ini.

Mereka berfungsi sebagai PENGGANTI GULA dalam minuman.

Khusus bagi individu yang sukar meninggalkan

 minuman manis dalam menu setiap hari.
Tapi ia langsung tidak menurunkan paras gula dalam darah dan

tidak mencegah kencing manis.

Cuba fikir balik,walaupun tiada gula dalam minuman anda, tapi makanan-makanan lain
yang anda makan secara tidak terkawal boleh meningkatkan paras gula dan risiko 
menghidap kencing manis tetap ada.
Anda boleh gunakan Stevia atau apa saja untuk gantikan gula dalam minuman, tapi mesti 
pastikan pengambilan makanan yang sihat & seimbang juga.


instagram: shakleebydieyla
Post a Comment